Bangunan Green Building di Malaysia.

Ketika berjalan menerokai pelosok negeri, kita mungkin akan melihat bangunan yang mempunyai rekabentuk yang unik. Jelas sekali berbeza dengan bangunan yang sedia ada. Uniknya, bangunan ini sering menampilkan elemen kehijauan.

Pernah terlintas di fikiran, mengapa bangunan tersebut didirikan dengan sebegitu rupa.  Reka bentuk yang berbeza dan menampilkan imej bangunan yang tersendiri. Kali ini, penulis akan memperkenalkan konsep Green Building yang terdapat di Malaysia.

 Laman PKNS, Shah Alam, Selangor.

Apa itu Green Building?

Green Building atau bangunan hijau adalah satu konsep pembinaan yang bercirikan teknologi mesra alam semulajadi. Matlamat utama adalah peningkatan penggunaan sumber semula jadi (tenaga, air dan bahan) secara efesien.

Tenaga solar.

Sumber sel suria untuk kegunaan solar panel dan strategi pencahayaan.

Air.

Sistem penuaian air hujan “Rain Water Harvesting System”. Membantu basuhan di bilik air dan siraman pokok.

Bahan.

Mengalakkan pengunaan bahan kitar semula. Mengamalkan construction waste management.

 

Kelebihan Green Building.

  1. Mengurangkan impak kesihatan manusia akibat daripada pembangunan.
  2. Mengurangkan impak pada alam sekitar akibat daripada aktiviti pembinaan.
  3. Menjimatkan kos operasi, selenggara dan pembinaan.

Beberapa kriteria perlu di kenal pasti sebelum bangunan tersebut boleh di klasifikasikan sebagai Green Building. Antaranya ialah:

  1. Energy Efficiency
  2. Indoor environmental quality
  3. Sustainable site planning and management.
  4. Materials and resources.
  5. Water efficiency.
  6. Innovation.

Kriteria ini digunakan untuk memberi skor terhadap bangunan tersebut. Skor ini yang akan menentukan pencapaian atau status bangunan tersebut.

GBI dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM). Ia adalah inisiatif yang untuk menjadikan industri hartanah Malaysia ke arah menjadi lebih mesra alam.

Senarai Green Building.

Inilah antara Green Building yang terdapat di Malaysia. Masing-masing mempunyai reka bentuk yang menarik dan tersendiri.

Bangunan Suruhanjaya Tenaga.

GBI Rating:PLATINUM  Certificate No. : GBI-NRNC-0005(RVA1)

Cyberjaya Community Recycling and Collection Centre

GBI Rating: Certified Certificate No. : GBI-NRNC-0146(P)

Marvelane Home by The Lake. GBI Rating: Gold Certificate No. : GBI-T 0006(P)

DIGI Technology Operation Centre, Malaysia

GBI Rating: Gold Certificate No. GBI-NRNC-0002(RVA2)

Heriot-Watt University Malaysia at Putrajaya

GBI Rating: Certified Certificate No. : GBI-NRNC-0038

Dengan reka bentuk yang lebih mesra alam, bagi penulis mungkin bangunan ini mampu melahirkan aura positif kepada penghuni atau sesiapa yang memerhatinya. Dalam masa yang sama, bangunan sebegini juga mampu mengurangkan gejala-gejala Sick Building Syndrome kepada mereka yang menghuninya.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

RUJUKAN.

  1. https://www.frim.gov.my/frim-sets-up-rain-water-harvesting-system/
  2. http://new.greenbuildingindex.org/whatandwhy