Keunikan Di Luar Imaginasi Dengan Konsep Rumah “Tree In Cage”

Sebuah rumah transformasi di bandar. Wah, jarang benar kita mendengar konsep sebegini untuk menempatkan tumbuhan dalam sangkar sebagai konsep dalaman untuk rumah terutamanya di Malaysia. Tapi kali ini sah memang pecah tradisi apabila terdapat pemilik rumah yang menjadi semakin kreatif dalam menatarias rumah mereka melalui konsep sebegini.

Dengan bantuan teknologi, kreativiti dan peralatan canggih, kelihatan proses senibina rumah juga semakin bergerak maju ke hadapan. Mengaplikasikan kecanggihan ini sekurang-kurangnya boleh membantu untuk memberikan rekabentuk alternatif kepada rumah untuk tahun 2017 ke hadapan disebabkan kekurangan tapak yang semakin meruncing.

Rumah ini awalnya telah diilhamkan oleh sangkar, dan apabila kita bercakap pasal sangkar maka ramailah orang yang berfikir tentang sangkar, mereka akan mula memikirkan sangkar adalah dalam bentuk persegi, dan kebanyakannya hanyalah untuk mengurung haiwan, tetapi untuk pemilik studio rekahias “Yong Studio Sdn Bhd” mereka akan selalu berfikir luar dari kotak.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Di sinilah mereka membuat rekabentuk sangkar segitiga untuk dijadikan agar “bersesuaian” untuk meletakkan pokok di dalam sangkar tersebut. Kedengaran aneh, bukan? Namun kreativiti kini boleh merentasi sebarang sempadan. Pokok dalam sangkar itu adalah dikatakan sebagai titik utama rumah, kita dapat menikmati pokok di sudut yang berbeza-beza.

Rumah hijau bukan sahaja membawakan kepada anda visual yang menarik tetapi ia juga membawa perasaan santai dan suasana yang lebih menenangkan. Kami sertakan beberapa gambar menarik untuk memberikan anda gambaran sebenar mengenai konsep rumah yang sebegini.

Dengan wujudnya senibina sebegini, pemilik rumah boleh mendapatkan pelbagai bentuk sudut pandang yang sesuai berdasarkan pokok yang diadikan titik utama rumah. Ia mungkin boleh menyebabkan keadaan rumah akan kelihatan lebih luas dan bervariasi berbanding konsep lama yang sering kita guna pakai selama ini.

Mungkin melalui konsep sebegini boleh memberikan anda pelbagai kemudahan dan idea untuk menatarias rumah anda pada masa yang akan datang dengan cara yang lebih efektif dan efisyen terutamanya di kala kekurangan ruangan yang menjadi isu untuk pemilik rumah pada masa kini.