PRU14 telah berlangsung pada 9 Mei yang lalu dan keputusan telah mengejutkan dunia. Bermula dengan SPR yang mengumumkan tarikh pilihan raya umum jatuh pada hari bekerja, sudah mencetus ketidakpuasan. Kemudian, keputusan PRU14 pula yang rasmi pada pukul 5 pagi keesokkannya. Penat rakyat menunggu.

Keputusan PRU14 Tanda Kebangkitan Rakyat

Pada mulanya, ramai yang tak yakin Pakatan Harapan boleh menang kerana terdapat khabar angin yang Barisan Nasional ada merancang sesuatu untuk mengelakkan Pakatan Harapan menang.

Namun, suasana pulang mengundi sehingga sesak jalan macam pulang beraya dan rata-rata mengibarkan bendera Pakatan Harapan pada kenderaan, menunjukkan sesuatu bakal berlaku.

Berdebar rakyat menunggu keputusan rasmi daripada SPR yang dilengah-lengah sehingga tengah malam. Lebih kurang pukul 3 pagi baru la PM kita yang baru Tun Dr Mahathir isytihar Pakatan Harapan menang walaupun SPR tak umum secara rasmi lagi.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

keputusan pru14

Keputusan rasmi telah memihak kepada Pakatan Harapan. Dengan gabungan beberapa parti yang lain telah meletakkan Pakatan Harapan dihadapan mengalahkan Barisan Nasional yang hanya menang 79 kerusi.

Lepas tu tunggu pulak Tun M untuk diangkat jadi PM ke-7. Katanya pukul 5 petang, last-last pukul 9.50 malam 10 Mei, baru la Tun M secara rasminya jadi PM Malaysia yang ke-7.

Dapat la rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega kan. Kita sudah mempunyai kerajaan semula yang dilantik mengikut perlembagaan Malaysia.

keputusan pru14

Pihak kami tak sabar nak tengok apakah perubahan yang akan dibawa terutamanya dalam bidang hartanah.

Dalam Manifesto Pakatan Harapan, banyak menyentuh isu rumah mampu milik. Kalau yang belum baca lagi artikel tentang manisfesto tu boleh baca DI SINI.

Menurut manifesto mereka, Pakatan Harapan akan cuba bantu rakyat untuk beli rumah dengan skim sewa milik berganding bahu dengan bank komersial.

Apa yang paling menarik bagi saya adalah tentang PTPTN dan pemansuhan GST.

Untuk PTPTN, nama yang ada dalam CCRIS akan dikeluarkan dan hanya wajib bayar jika gaji anda RM4000 ke atas. Sebelum ni, tak habis belajar lagi nama dah dalam CCRIS sebab PTPTN. True story.

Jika hal ini betul-betul dilaksanakan, maka anda semua yang sangkut CCRIS nak beli rumah sebab PTPTN dah boleh tersenyum sikit. Nanti dah rasmi keluar dari CCRIS, contact kami ye, kita cari rumah terbaik untuk anda.

Pemansuhan GST pula boleh mempengaruhi harga rumah yang meningkat sekarang ni terutama rumah baru disebabkan harga bahan mentah yang mahal. Jadi harap bila GST takda nanti, boleh turun sikit kot harga rumah baru. Pemaju jangan ambil kesempatan.

Apakah perubahan dan improvement yang akan dibawa oleh Pakatan Harapan? Jika Barisan Nasional sebelum ini membawa MRT, UTC, BR1M, MyDeposit, dan beberapa lagi untuk rakyat, kita berharap Pakatan Harapan mampu buat lebih daripada tu tanpa apa-apa konflik yang membebankan rakyat. Keputusan PRU14 menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam berpolitik. Walaupun kita berbeza pemahaman politik, tetapi hati kita tetap bersatu dibawah satu negara iaitu Malaysia. Apa pun kita tunggu 100 hari untuk tengok prestasi awal mereka.