Kenapa ramai yang berminat untuk tinggal di Bangi?

Sebelum nak cerita panjang-panjang pasal tempat menarik yang ada kat sini, kena lah tahu dulu latar belakang dan overview bandar awesome ni.

Latar Belakang Bangi

Bangi ialah sebuah bandar yang terletak di selatan Hulu Langat yang mana berjiran dengan Kajang dan Semenyih. Ia terletak sedikit terpinggir dari bandar dan pembangunan di sini agak perlahan. Namun begitu, dalam kekurangannya, ada kelebihannya yang tersendiri.

Harga hartanah di sini boleh dikatakan agak berbaloi untuk dibeli disamping jarak untuk ke pusat bandar KL tidak terlalu jauh, yang mana hanya memakan masa sekitar 40 minit sahaja untuk sampai ke Kuala Lumpur.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau kita lihat daripada segi komuniti penduduk Bangi sendiri, boleh dikatakan 80% penduduk disini majoritinya terdiri daripada orang Melayu sendiri. Maksudnya lebih daripada separuh penduduk di sini terdiri daripada orang Melayu. 11% adalah bangsa Cina, 7% dari kaum India dan 2% lain-lain bangsa.

Okay dah tahu serba sedikit latar belakang. Jom kita ambil tahu pula apa yang ada di Bangi.

Kenapa ramai yang berminat untuk tinggal di Bangi?

Ada Kemudahan Di Mana-mana

Sumber: ukm

Pertamanya adalah soal kemudahan. Kemudahan ni menjadi first option kebanyakan orang. Makin banyak kemudahan, makin mantaplah kawasan tu.

Orang ramai akan mula terfikir mana lokasi sesuai untuk family tinggal, mana tempat nak hantar anak ke sekolah, kalau anak dah besar nanti nak cari U dekat mana dan berbagai-bagai persoalan lagi.

Kalau kita berbalik kepada tahun 2008, Bangi pernah dinobatkan sebagai Bandar Ilmu atau Knowledge City pada tahun tersebut. Jadi takkan Bandar Ilmu, tak ada sekolah kan. Mesti ada punya.

Ini antara sekolah yang ada dekat Bangi ni,

Sekolah Rendah

  • SK Jalan 3
  • SK Jalan Enam
  • SK Bangi
  • SK Bandar Baru Bangi
  • SK Bangi
  • SK Bandar Seri Putra
  • SK Bukit Mahkota

Sekolah Menengah

  • SMK Bandar Seri Putra
  • SMK Bandar Baru Bangi
  • SMK Jalan Tiga
  • SMK Jalan Reko
  • SMK Jalan Empat
  • Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

Selain daripada itu, IPT dan Pusat Pendidikan di Bangi tak lupa juga.

Institut Pengajian Tinggi dan Pusat Pendidikan

Jadi tak payah lagi nak serabut kepala untuk fikir tentang pendidikan anak-anak. Banyak je kat sini.

Nak cari barang dapur kat mana?

Untuk mak-mak jangan risau. Barang dapur semua boleh settle kalau tinggal dekat Bangi ni. Katakan esok kenduri, sehari sebelum dah boleh prepare barang nak jamu orang. Apadahal!

Antara port nak cari barang dapur dan keperluan yang lain sekitar Bangi:

  • Pasaraya CS
  • Tesco Bandar Puteri Bangi
  • Tesco Extra Kajang
  • Econsave Kajang
  • Tesco Semenyih
  • Tesco @IOI City Mall
  • Tesco Putra Nilai

Kalau anak-anak sakit macam mana pulak??

Anak-anak sakit memang menjadi kerisauan buat semua ibu bapa. Kawasan yang terbaik untuk didiami adalah kawasan yang ada kemudahan dari hospitaliti dan kesihatan.

Oleh itu, Bangi serba lengkap dengan adanya hospital dan klinik kesihatan di sekelilingnya. Ia memudahkan lagi penduduk yang menetap di sini untuk nak buat check up atau sebagainya.

Antara pusat kesihatan yang ada di sekitar Bangi:

  • Hospital Pakar An-Nur
  • Hospital Islam Az-Zahrah
  • Pusat Kesihatan UKM Bangi
  • Klinik Kesihatan BB Bangi (Bandar Baru Bangi)
  • Kajang Plaza Medical Centre
  • Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra
  • KPJ Kajang Specialist Hospital

Apa yang bestnya tinggal di Bangi ni?

Bangi ni nampak je kecil kalau nak banding dengan bandar-bandar lain yang ada kat Selangor ni. Tapi jangan disangka kecil tak berbisa, kecil-kecil cili padi kata orang.

Lebih daripada 10 lokasi menarik yang ada kat Bangi ni. Okay kita start dengan port makanan dulu. Nak makan apa? Western? Masakan Kampung? Steamboat? Semua ada.

Kenapa ramai yang berminat untuk tinggal di Bangi

Sumber: picgra.com

Bangi memang Syurga bagi penggemar makanan. Antara restoran best kat  Bangi ni:

  • Restoran Ana Ikan Bakar Petai
  • Restoran Sup Urat Keting
  • Warung Dusun Sup Gear Box
  • Mohd Chan Bandar Baru Bangi
  • Restoran Belauk
  • Red Wok Restaurant
  • Me’nate Setak Hub
  • Austin Steak House
  • Tuah Cafe
  • Burrito Shack
  • Steamboat Antarabangsa
  • Warung Kita (Nasi Manggey)

Haa tu baru port makanan! Nak cari port mandi manda dengan family? Pernah dengar Bangi Wonderland?

Kenapa ramai yang berminat untuk tinggal di Bangi

Sumber: myfave.com

Bangi Wonderland adalah salah satu taman tema air yang menarik untuk dilawati. Banyak tarikan menarik yang ada kat sini macam Boomeriang, Magic Tunnel, Pirates Bay, Body Slide dan macam-macam lagi. Sesuai untuk semua lapisan umur. Bukan setakat budak kecil je, silap-silap yang veteran pun layan main gelongsor sekali.

Ada tak yang ‘kaki borong’? Yang jenis suka borong ni, Bangi memang jadi location terbaik sebab jarak nak ke Nilai 3 tak jauh mana. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Bolehlah anda borong sepuas hati.

Selain Jalan TAR dan Kompleks PKNS yang ada dalam Selangor ni, Bangi Sentral dan Bangi Gateway pun dikira lokasi terbaik untuk shopping kat Bangi ni. Ni antara port terbaik nak lepaskan gian berbelanja. Dianggarkan lebih 100 pengusaha fesyen tempatan menjalankan perniagaan di Bangi Sentral. Kedai-kedai branded yang ada seperti Al-Ikhsan, De’Xandra, Al-Humaira dan banyak lagi!

Jaringan Lebuh Raya Yang Baik

Kenapa ramai yang berminat untuk tinggal di Bangi

Sumber: alchemyrider.me

Kebolehaksesan lebuhraya yang bagus dan sistematik pun menjadi antara sebab kenapa orang minat mendiami sesebuah kawasan. Walaupun kedudukan Bangi agak terpinggir tapi siapa sangka lebuhraya di sini memang terbaik.

Kalau nak ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya makan masa sekitar 40 minit dengan menggunakan lebuhraya yang sedia ada. Nak ke Putrajaya pun dalam setengah jam je dah boleh sampai.

Antara lebuhraya yang ada di sekitar Bangi:

  • Lebuhraya Utara-Selatan
  • New Klang Valley Expressway (NKVE)
  • South Klang Valley Expressway (SKVE)
  • North-South Expressway Central Link (ELITE)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Kajang-Seremban Highway (LEKAS)

Di samping itu, kemudahan public transport ada juga di sini. Pekan ini mempunyai sebuah stesen KTM Komuter iaitu Stesen Komuter Bangi yang terletak di dalam Laluan Rawang-Seremban.

Selain tu, kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), telah melancarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Bangi pada 5 Ogos 2017. Jadi dengan adanya inisiatif sebegini memudahkan lagi penduduk di sini untuk ke tempat yang dituju. Tak payahlah bazir minyak nak pergi dekat-dekat kan. Bas pun free je.

Pasaran Hartanah Yang Bagus

Pasaran hartanah di Bangi boleh dikatakan berpotensi disebabkan beberapa faktor yang tertera dalam penulisan awal saya seperti kemudahan, jaringan lebuhraya. Berdasarkan maklumat daripada Brickz.my, dari Mei 2018 hingga April 2019, median harga bagi rumah banglo adalah RM670k, Semi D dengan RM835k dan Rumah Teres RM480k.

Bagi rumah non-landed, median harga bagi rumah Condo mencatatkan RM480k, Apartment dengan RM255k dan Flat RM120k.

Wahh Menarik Kan??

Dengan kemudahan serba lengkap yang ada disekeliling, apa yang boleh saya rangkumkan adalah lokasi ni sangat ideal buat mereka yang berkeluarga.

Semoga dengan info yang ada ni, ia dapat bagi sedikit pencerahan kepada anda semua tentang apa yang ada kat Bangi ni dan mungkin berfikir-fikir untuk tinggal di Bangi.

Antara projek yang di Bangi : Vista Hijauan