Penting atau tidak untuk membeli sebuah rumah? Pastinya ramai yang mempunyai kepentingn tersendiri kenapa perlu beli rumah.

Tidak dinafikan ada yang berpendapat mereka lebih ‘’selesa menyewa’’ daripada membeli rumah yang harganya beratus ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit.

Jelas menunjukkan bahawa masih ramai yang tidak mengambil peduli soal kepentingn memiliki rumh sendiri. Boleh jadi, mereka yang lebih selesa menyewa ini masih tidak mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk mereka membeli sebuah rumah meskipun hanya sebuah rumah subsale.

Jika dilihat, kepentingan setiap individu membeli sebuah rumah tidak kira rumah idaman ataupun tidak, ternyata ianya berbeza-beza. Ada sesetengah individu yang membeli rumah hanya untuk tujuan pelaburan semata-mata dan ada juga yang membeli rumah bertujuan untuk dijadikan tempat tinggal.

Walau apa pun perbezaaan keperntingan setiap individu, inya masih berada dalam satu matlamat iantu mereka ini masih berkeinginan untuk memilki sebuah rumah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Tanpa ulasan lebih panjang, mari kita lihat dan baca satu persatu factor pendorong yang menjuruskan seseorang individu itu untuk membeli sebuah rumah.

3 Sebab Kenapa Perlu Beli Rumah

#1. Asset

Rata-rata di antara kita mengetahui bahawa rumah adalah berbentuk asset dan bukannya liabiliti. Ianya tidak sama seperti kita membeli sebuah kereta ataupun motorsikal. Tentunya kereta dan motorsikal ini empunyai nilai susutnya pada masa akan datang. Berbeza pula dengan rumah yang semakin tahun nilainya semakin meningkat naik dan sangat berharga.

#2. Harta untuk diwarisi Anak-Anak

Apa yang bakal berlaku pada 10-20 tahun akan datang dalam hidup kita ini, sama sekali tidak kita ketahui. Perlu kita fikir sejenak, adakah kita mahukan kehidupan kita pada masa kini masih sama seperti kehidupan kita pada masa akan datang? Bagaiman pula dengan nasib dan masa depan anak-anak? Adakah kita sanggup membiarkan mereka hidup merempat tidak tentu hala sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita?

Justeru itu, dengan adanya rumah ini ia adalah satu tempat perlindungan kepada anak-anak yang boleh kita wariskan sekiranya kita telah tiada kelak.

#3. Peningkatan harga rumah

Menjadi satu fakta yang jelas tanpa sebarang penipuan bahawa harga rumah semakin meningkat naik dari semasa ke semasa. Jells, harga rumah tidak menunggu bagi mereka yang lambat bertindak. Oleh itu, perlunya untuk anda bertindak lebih pantas dengan membeli sebuah rumah.

Jika terus dengan alasan harga rumah baru yang mahaL, cuba dapatkan sebuah rumah subsale. Walaupun ianya berstatus rumah subsale tetapi ia tetap satu bentuk asset kepada kita. ianya tetap memberikan nilai pulangan yang lumayan sekiranya kita sewakan.

NAK BELI RUMAH? Kami bantu carikan yang paling best

KLIK >> JOM BELI RUMAH.