Categories
Ilmu Hartanah

Kenapa Loan Rumah Anda Senang Kena Reject?

Dalam pembelian rumah, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat untuk membiayai rumah. Sama ada melalui KWSP, cash, loan bank, loan LPPSA dan lain-lain lagi. Lazimnya, kebanyakan orang membeli rumah dengan menggunakan loan daripada pihak bank.

Deposit rumah perlu anda bayar dengan wang sendiri dan selebihnya adalah dengan bantuan loan, bergantung pada margin pinjaman yang telah ditetapkan.

Namun begitu, masalah yang sering timbul pada kebanyakan orang yang memohon untuk dapatkan loan adalah loan ditolak atau senang kena reject.

Apa sebabnya loan anda boleh direject oleh pihak bank?

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Tiada Langsung Rekod

Percaya atau tidak, jika anda tiada langsung rekod pembayaran atau clean sahaja untuk mana-mana perkara, bank agak sukar untuk beri pinjaman loan kepada anda.

Kenapa? Bukan bagus ke macam tu? Kenapa bank tak senang-senang bagi loan pada mereka yang tiada langsung rekod pembayaran?

Hal ini demikian kerana bank tak tahu sama ada anda ini seorang yang mampu atau tidak untuk buat pembayaran pada kadar dan masa yang ditetapkan. Pihak bank meragui sama ada anda good pay master atau tak. Maka untuk sesiapa yang rekodnya clean, ciptalah sedikit track rekod ASB untuk nampakkan anda ada rekod pembayaran di situ.

BACA: Cara Buat ASB Financing

Gaji Terlalu Kecil

Faktor gaji memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk membuat loan dengan pihak bank. Masalah ini sering berlaku pada individu yang membeli rumah yang harganya agak tinggi dan mempunyai komitmen yang banyak.

Apabila anda nak beli rumah dengan maksimum kelayakan, bank akan tengok kemampuan anda untuk bayar instalment bulanan nanti. Kalau dari awal bank dah dapat detect yang ability gaji anda rendah untuk membeli rumah tersebut. Tak mustahil untuk loan anda kena reject.

Jadi, nak beli rumah, carilah harga yang seimbang dengan komitmen yang anda ada atau buat dua atau lebih pekerjaan untuk besarkan jumlah gaji anda.

Terlalu Banyak Komitmen

Kereta sahaja instalment sudah RM800. Motosikal RM200. Personal loan sahaja dah RM700 dan bermacam lagi komitmen yang anda ada. Bila mana anda ada terlalu banyak komitmen dan gaji anda rendah.

Memang permohonan loan rumah anda berpotensi tinggi untuk direject oleh pihak bank. Ini kerana hasil daripada gaji tolak bersama komitmen-komitmen yang dicipta mungkin akan menjejaskan balance duit bulanan anda. Bank sendiri dah boleh tengok balance yang anda ada tu boleh atau tidak untuk membiayainya setiap bulan.

Kalau instalment yang kena bayar dengan bank lebih 70% daripada pendapatan bulanan. Jadi, bank akan reject pinjaman perumahan anda.

Salah Pilih Bank

Ada sesetengah bank syarat permohonan loan nya agak ketat untuk profil anda. Setiap bank ada syarat dan terma tersendiri yang berbeza-beza. Sebaiknya, carilah bank yang serasi dengan kelayakan dan profil kewangan anda. Istilah bank yang terbaik tiada, tetapi bank yang serasi dengan diri anda itu InshaAllah pasti ada.

Kaji dan teliti dahulu syarat serta terma bank yang bersesuaian dengan anda. Dapatkan juga tips dan info daripada rakan-rakan seperti banker atau ejen hartanah. Mereka ini lebih tahu bank mana sesuai dengan status kewangan anda.

CCRIS Tak Cantik

Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah ibarat sejarah pembayaran hutang anda.

Kalau CCRIS rekod cantik, semua ‘0’ sahaja dan komitmen tak tinggi. Biasanya bank akan mudah luluskan pinjaman, bank nak luluskan pinjaman seseorang akan rujuk kepada rekod dalam CCRIS report.

Kalau rekod anda dalam CCRIS tak berapa elok, agak sukar untuk anda dapatkan pinjaman daripada pihak bank. Kadang bukan takat susah, malah kena loan kena reject terus. Maka, dari awal lagi anda kena jaga profil kewangan anda.

Muflis/Bankrap

loan reject
SUmber: moneyunder30.com

Sekali anda kena cop muflis dengan rasminya, secara automatik anda takkan dapat dan boleh buat apa-apa pinjaman daripada pihak bank sampailah tempoh muflis selesai. Jadi, berhati-hatilah sebelum nasi sudah menjadi bubur.

By Aziz Idham

Penulis di KakiProperty. Suka berkongsi tips serta info asas mengenai hartanah dan kewangan demi manfaat semua pembaca.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.