Ramai yang tahu nak beli rumah bukan la mudah seperti membeli kereta. Banyak yang perlu diberi perhatian.

Salah satu benda yang paling susah adalah kos. Sebab nak beli rumah bukannya perlu ada 10% deposit sahaja.

Banyak lagi kos-kos yang terlibat yang mana akan menelan belanja sekitar 13% hingga 15% daripada harga rumah.

Kata kan rumah yang anda nak beli harga RM400,000 anda perlu menyediakan cash sekitar RM55,000.

Banyak tu RM55,000. Bukannya sekejap nak kumpul tu kalau gaji kita sekadar biasa-biasa ja.

Kalau kumpul sebulan RM1000, selepas 5 tahun baru la cukup duit yang anda perlukan,

Kenapa ASB Financing?

Anda tahu tak, dalam masa 5 tahun anda kumpul tu kalau anda gunakan pelaburan dengan ASB Financing, anda boleh dapat lebih banyak?

Anda boleh dapat dalam anggaran RM95,000 iaitu RM40,000 lebih banyak daripada anda kumpul bulan-bulan.

ASB financing

Itu adalah jumlah yang anda berpotensi dapat jika buat ASB Financing maksimum iaitu sebanyak RM200,000.

Bulanan nak kena bayar kepada bank dalam RM1100. Kalau anda layak untuk beli rumah RM400,000 anda takda masalah untuk buat financing maksimum ni.

Cukup je 5 tahun, terminate la ASB financing anda dan bayar baki financing tadi kepada bank. Untung anda seperti tadi iaitu RM95,000.

RM55,000 diperlukan untuk kos pembelian rumah, yang selebihnya anda boleh buat modal untuk renovate rumah anda kaw-kaw.

Kalau tak guna untuk renovate, anda boleh buat modal untuk rumah yang kedua anda.

Nampak tak ASB Financing boleh jadi “leverage” untuk anda dapatkan MODAL yang lebih.

Kalau anda tak boleh dapat financing RM200,000 pun, anda apply je financing ikut had kelayakan anda.

Kalau layak RM100,000 sebagai contoh. Letak je dalam ASB dan INGAT jangan keluarkan dividen ASB anda.

Sebab kita nak buat teknik compounding, yang mana kita kumpulkan sekali dengan dividen untuk dapatkan lebih banyak dividen untuk tahun seterusnya.

Kalau anda keluarkan dividen untuk kegunaan anda, dividen yang anda dapat tahun tu akan kurang la, jadi yang kurang modal anda.

Kalau semua berjalan lancar, walaupun ASB Financing anda hanya RM100,000 tapi selepas 5 tahun anda berpotensi dapat anggaran RM50,000.

Wah, banyak kan? Jadi anda perlu belajar selok belok ASB financing ni, ada beberapa teknik. Nanti kami cuba kongsikan.

BACA LAGI: Cara Kira Kelayakan Beli Rumah