Peguam hartanah merupakan individu yang kita percayai untuk menguruskan urusan undang-undang bagi pembelian hartanah kita.

Pemilihan peguam hartanah tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan harus dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan pemilihan peguam hartanah yang terbaik untuk anda.

Baru-baru ini, menurut laporan Berita Harian sis terbaca tentang peguam hartanah yang telah pecah amanah berkaitan dengan penjualan rumah. Berita lanjut di sini.

Terdetik di hati penulis untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai  tips pemilihan peguam hartanah sebagai peringatan dan perkongsian kita bersama.

Tips Untuk Jual Rumah Cepat

Image: Wealth Mastery Academy

Peguam adalah individu yang dilesenkan oleh Majlis Peguam Malaysia yang boleh menawarkan khidmat guaman kepada orang awam setelah memiliki lessen dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Guaman Malaysia.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Dalam bidang guaman, tiada pengkhususan rasmi bagi mana-mana peguam. Peguam hartanah adalah peguam yang mengkhususkan diri mereka dalam bidang hartanah.

Bolehkah saya memeriksa latar belakang peguam dan di mana?

Ya, anda boleh memeriksa latar belakang peguam dengan menghubungi Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam Malaysia bertanggungjawab dalam mendaftar dan mendisiplinkan semua peguam.

Maklumat lanjut mengenai Majlis Peguam ini boleh didapatkan di laman web ini.

Majlis Peguam adalah badan yang mengawal semua peguam yang beramal di Semenanjung Malaysia. Badan ini menetapkan piawai bagi kelakuan professional yang harus dipatuhi oleh peguam.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan perkhidmatan peguam anda, anda harus cuba menyelesaikan dengan peguam anda terlebih dahulu kerana masalah itu mungkin kerana salah faham atau putus komunikasi.

Sekiranya ini tidak berhasil, anda bolehlah menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bantuan mereka.

Apakah fungsi peguam hartanah dalam pembelian rumah atau hartanah?

Secara umumnya, tanggungjawab peguam hartanah adalah memudahkan urusan pindah milik rumah dan melakukannya dengan prosedur yang betul dan sah dari segi undang-undang.

Berikut adalah fungsi lain peguam hartanah secara lazimnya:

  • Mendraf Perjanjian Jual Beli
  • Mendapat persetujuan dan kelulusan dari pihak pemaju perumahan tentang Perjanjian Jual Beli yang didraf
  • Mematikan setem hasil untuk mengesahkan Perjanjian Jual Beli
  • Menerangkan klausa-klausa dan isi kandungan Perjanjian Jual Beli
  • Membayar duti setem bagi pihak pembeli
  • Mendaftar dokumen di pejabat tanah

Secara ringkasnya, terdapat beberapa tips yang boleh dikongsi untuk membuat pemilihan peguam yang terbaik untuk diri anda.

  1. Buat kajian latar belakang tentang firma guaman dan peguam yang ingin dipilih dan pastikan mereka berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.
  2. Cuba dapatkan cadangan dari agen hartanah yang boleh dipercayai. Kebiasaannya, mereka sudah mempunyai firma guaman yang senang dan mudah berurusan.
  3. Peguam tidak dibenarkan mengiklan tetapi Majlis Peguam ada menerbitkan sebuah buku panduan yang mempunyai nama, alamat dan maklumat lain yang relevan tentang semua peguam yang beramal di Malaysia. Cara terbaik untuk memilih seorang peguam adalah menerusi cadangan kawan, rakan kerja dan saudara-mara

Apa yang perlu saya lakukan untuk berjumpa dengan pihak peguam?

Hubungi pihak peguam dan tentukan tarikh dan masa temujanji terlebih dahulu dan tujuan anda ingin menggunakan khidmat mereka.

Jika ada persoalan yang ingin ditanya dan juga sebarang keraguan, senaraikan soalan terlebih dahulu untuk memudahkan perbincangan pada tarikh temujanji nanti.

Pada perjumpaan nanti bawa bersama-sama anda segala dokumen relevan dan maklumkan kepada peguam semua maklumat yang perlu. Jangan rasa takut untuk bertanya soalan supaya tidak berlaku salah faham sewaktu proses pembelian rumah.

Jangan lupa untuk sentiasa ‘update’ perkembangan urusan pembelian rumah anda supaya anda tahu proses pembelian rumah anda sentiasa ada perkembangan dan peguam akan sentiasa ’alert’ dengan kes pembelian rumah anda.

Ini adalah sedikit sebanyak yang sis boleh kongsi mengenai peguam hartanah. Yang paling penting, kenali peguam hartanah agar proses pembelian rumah anda berjalan lancar tanpa masalah!

Rujukan: Jabatan Penerangan, Buku “40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia” oleh Khairul Anuar