Kematian Pelajar Pusat Tahfiz & Sekolah Agama Terbakar. Boleh Dielakkan Ke?

Pada 14 September 2017, netizen di Malaysia digemparkan satu kejadian yang menjadi titik hitam kepada kita semua. Kejadian yangg yang sangat menyayat hati. Kejadian kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, ibarat mengulangi tragedi yang pernah berlaku hampir tiga dekad lalu di Padang Lumat, Yan, Kedah.

Ramai yang mula menunding jari, mencari salah siapa. Tetapi kita jangan lah terlalu mencari salah siapa sehingga kita terlupa untuk mencari punca kebakaran tersebut. Selamatkah rumah kita sebenarnya? Jika rumah tahfiz itu terbakar, bagaimana pula dengan rumah-rumah yang lain? Bukankah boleh terbakar juga?

Tragedi kali ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia, bahkan 3 dekat yang dahulu terdapat kebakaran yang belaku yang meragut 27 nyawa pelajar perempuan serta tenaga pengajarnya.

Jadi berapa kali kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama yang berlaku di Malaysia sebenarnya?

Kes kejadian  kebakaran di Pusat Tahfiz & Sekolah Agama di Malaysia tahun 2017:

  1. 13-Jan-2017, Asrama Pondok Darul Iman, Pekan Pahang.

    Ada Pertanyaan?

    Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

  2. 16-Jan-2017, Pusat Pemdidikan Islam atau an-Nuur, Kuantan, Pahang.

  3. 07-Feb-2017, Sekolah Agama Maran, Maran, Pahang.

  4. 28-Feb-2017, Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan.

  5. 17-Apr-2017, Pondok Seri Permai, Pasir Putih, Kelantan.

  6. 30-Apr-2017, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

  7. 03-Jul-2017, Sekolah Agama Maahad Al-Islah, Teluk Intan, Perak.

  8. 04-Jul-2017, Madrsah Addiniah Al-Fatihah, Pengkalan Hulu, Kelantan.

  9. 20-Jul-2017, Maahad Tahfiz Al-Barakah, Sepang, Selangor.

 

Kalau korang tengok, dekat 10 kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama yang terbakar. Jadi macam mana nak elakkan kejadian berlaku? Adakah pusat jagaan kanak-kanak pun boleh terbakar macam ini? Jadi Kaki Property nak terangkan specifikasi minimum untuk mengelakkan kejadian berlaku sekali lagi.

Kaki Property memberi pandangan mengikut pada AKTA 133 AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974, dan Kehendak Kebombaan.

Specifikasi minimum untuk mengelak kebakaran:

  1. Memasang sistem penyembur kebakaran.

    Sekolah perlulah dilengkapi dengan penyembur kebakaran mengikut Piawaian Malaysia MS 1910 dan peruntukan dalam UUKBS.

    Dengan adanya sistem penyembur kebakaran, kebakaran boleh dikawal sewaktu ia bermula.

  2. Meletakkan APAR (Alat Pemadam Api Ringan).

    Alat pemadam api adalah salah satu daripada pepasangan keselamatan kebakaran
    bangunan yang termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan
    Seragam 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba1988 (Akta 341).Dengan adanya alat pemadam api ini, api boleh dipadamkan ketika masih kecil dan mengelakkan api merabak ke seluruh rumah.

  3. Tangga kebakaran

     

    Adakan tangga keselamatan. Tangga keselamatan ini penting supaya ada jalan keluar dari tingkat atas. Sebab tu admin bila nak pilih taska anak, admin tengok ade tak taska itu sediakan tangga keselamatan untuk keluar dati tingkat atas. Semua tangga keselamatan hendaklah dikepung dengan tembok batu bata setebal 100mm atau bagi tangga jenis terbuka mematuhi UUKBS 1984.

  4. House Keeping.

    Kawasan rumah perlu ada house keeping. Bahan yang mudah terbakar jangan letak dikawasan ada punca api. Periksa paip tong gas terutamanya, periksa guna teknik buih sabun. Takut ada bocor. Tong gas yang tidak digunakan tolong lah letak jauh-jauh dan periksa ada bocor atau tidak. Dulu admin pernah beli tong gas yang bocor. Terus admin call bomba.

 

“House Keeping penting, mana-mana flammable item seperti kertas, kain kena simpan jauh dari punca¬†api. Apabila sekolah nak buat penambahan harus beri norifikasi kepada bomba.”

  • Raz Ramli (Safety & Health Officer, Akashi Kikai Industry Malaysia)

 

 

Kaki Property pun ingin berkongsi sedikit tips Keselamatan dari NIOSH.

 

Kesimpulan

Dari kita mencari kesalahan, apa kata kita ambil langkah proaktif, periksa rumah kita dahulu. Cukup tak spesifikasi minimum? Ade alat pemadam kebakaran tak? Sekolah anak kita tu, Kita periksa tak sebelum hantar? ada tak SOP jika kebakaran berlaku. Kalau takde, korang nak hantar disitu lagi ke? Atau korang nak suggest kepada pihak pengurusan sekolah untuk ikut spesifikasi minimum? Bawa ke PIBG ke? Kalau nak cegah, semuanya bermula dari diri sendiri. jangan salahkan orang sahaja. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua ada doakan supaya kejadian ini tidak berlaku sekali lagi.

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

Kaki Property

#kakiproperty