Negeri Selangor adalah antara negeri yang menjadi rebutan setiap kali PRU sebab pendapatan negeri yang tinggi. Selangor telah berjaya dipegang oleh parti PKR selepas PRU yang lepas. Sejak PKR pegang, apakah kelebihan Selangor berbanding negeri lain?

Kelebihan Selangor

Antara kelebihan yang anda dapat jika anda adalah rakyat Selangor:

1) Bas Selangorku

Inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Bas Selangorku adalah perkhidmatan bas percuma. Buat masa sekarang Bas Selangorku telah pun beroperasi di Shah Alam.

Perkhidmatan bas ni meliputi 22 stesen di Shah Alam dan kekerapan perjalanan setiap 15-30 minit. Memang tak perlu nak keluarkan duit dah kalau naik bas ni.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Buat masa sekarang hanya ada di Shah Alam, kawasan lain pula akan dilancarkan secara berperingkat.

2) Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku

Untuk isu rumah mampu milik, kerajaan kita telah membangunkan beberapa projek rumah mampu milik seperti PR1MA, PPA1M, dan beberapa lagi. Selangor tambah lagi dengan projek Selangorku.

Rumah Selangorku menawarkan harga yang sangat rendah iaitu serendah RM42,000 untuk rumah yang berkeluasan 700 sqft. Jauh lebih murah daripada PR1MA. TAPI, hanya untuk golongan pendapat seisi rumah bawak RM3000 saja.

Untuk yang berpendapatan RM3000 ke atas boleh la pilih Rumah Selangorku yang berharga RM100,000 ke atas. Untung jugak kalau ada projek ni, tak dapat PR1MA, boleh cuba apply projek ni pulak.

Tetapi disebalik kelebihan Selangor ni, terdapat kelemahan di mana ada pihak yang mengambil kesempatan. Ada dibincangkan dalam artikel INI.

3) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

kelebihan selangor

Terdapat beberapa peruntukan yang dikendalikan oleh YAWAS. Antara peruntukan yang disediakan ialah:

  • Insentif Perkahwinan Belia. Yang cukup syarat boleh mohon. RM500 diberikan sebagai bantuan perkahwinan. Check syarat DI SINI
  • Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Anak kelahiran Selangor yang mencecah umur 18tahun akan diberikan insentif RM1500 dan disertakan dengan khairat kematian.

4) WiFi Selangorku

WiFi Percuma yang diberikan kepada rakyat selangor. Banyak hotspot WiFi percuma ni di seluruh negeri Selangor. Cuma yang menjadi isu, complaint daripada pengguna yang mengatakan mereka tak dapat connect, kalau dapat pun, tersangat slow sampai tak dapat buka website.

Tapi kalau cakap tentang WiFi public macam ni, percuma lak tu memang sangat slow la. Ramai yang guna, download macam-macam lagi. Jadi, tak tau la berkesan ke tak WiFi percuma ni.

5) Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

  • Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR). Bantuan yuran RM50 yang disalur terus kepada TASKA yang berdaftar. Untuk anak umur 4 tahun ke atas.
  • Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian bagi warga emas dan OKU yang layak.

Kebanyakkan bantuan-bantuan adalah dibawah IPR, anda boleh tengok banyak lagi di website IPR sendiri seperti bekalan air percuma, pusat tusyen Selangorku, dan lain-lain lagi. Anda jangan salah faham pulak ye, bukan la saya puji Selangor ni bagus ke apa ke, cuma tertarik nak ulas sikit disebabkan PRU14. Perebutan Selangor pasti akan jadi antara tumpuan, adakah BN akan rampas kembali atau PKR kekal memerintah Selangor.

Mencari rumah di Selangor? Klik sini: Sewa/Beli Rumah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.