KakiReview: Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam ialah ibu negeri bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandaraya pada tahun 2000 menjadikan ia sebagai Bandaraya Shah Alam.

Pada asalnya, Shah Alam lebih dikenali sebagai Batu 3/Sungai Renggam dan suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Pada tahun 1963, Sungai Renggam telah dipilih untuk dibangunkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan telah berhajat untuk menjadikan ia sebagai pusat pentadbiran baharu bagi negeri Selangor.

Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama ‘Shah Alam’ sendiri dipilih atas perkenan baginda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Lokasi

Shah Alam terletak di dalam negeri Selangor di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak 25km dari Ibu Negara, Kuala Lumpur dengan memakan masa sekitar 40 minit untuk tiba di pusat bandar tersebut.

Shah Alam turut dikelilingi oleh bandar-bandar lain yang kian membangun hingga ke hari ini seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan. Selain itu, jarak Shah Alam ke Port Klang tidak jauh mana, hanya 20 km sahaja.

Komposisi Penduduk

Berkeluasan 290.3 km persegi (112.1 batu persegi), Shah Alam berjaya menempatkan penduduk melebihi 400,000 orang. Majoriti penduduk di sini terdiri daripada bangsa Melayu sebanyak 66% yang mana ianya melebihi daripada separuh penduduk di sini.

Penduduk berbangsa Cina dengan 13%. Penduduk berbangsa India dengan 11% dan Bumiputera lain sebanyak 2%. Peratusan selebihnya terdiri daripada lain-lain bangsa dan bukan warganegara Malaysia. Kalau kita lihat keseluruhan, Shah Alam menjadi sebuah bandaraya yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa.

Jaringan Pengangkutan dan Akses Lebuhraya

KakiReview: Shah Alam

Sumber: Berita Harian

Shah Alam, Selangor mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan sistematik kerana akan ada sahaja jalan penghubung antara bandaraya ini dengan bandar-bandar disekelilingnya. Dengan kebolehaksesan yang baik ini, ia memberi satu kelebihan buat semua penduduk serta pengunjung untuk datang ke sini.

Berikut antara Lebuhraya yang ada di sekitar Shah Alam:

  • Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE)
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya ELITE
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Jikalau anda ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya terletak 50 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE.

Di samping itu, Shah Alam dihubungkan  dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Dengan wujudnya sistem ini, ia mampu menghubungkan bandar ini dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

KakiReview: Shah Alam

Sumber: klia2.info

Terdapat 3 stesen KTM di Shah Alam iaitu:

  • Stesen Batu Tiga
  • Stesen Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19)
  • Stesen Padang Jawa

Hampir di semua jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam, Selangor adanya perhentian bas berbayar yang dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang.

Bukan setakat itu sahaja, dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma (Bas Smart Selangor) kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar. Untuk mengetahui hentian bas Smart Selangor di Shah Alam, anda boleh klik SINI.

Kemudahan

Sumber: TripAdvisor

Kemudahan menjadi faktor utama yang dititikberatkan di semua kawasan. Berikut saya rangkumkan serba sedikit kemudahan yang ada ataupun berdekatan dengan Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Antara kemudahan yang ada:

Pendidikan

Sekolah Rendah

  • Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan u3
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Subang
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Subang
  • Sekolah Rendah Ibn Khaldun (jalan kebun)
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
  • Sekolah Integrasi As-Syakirin
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Sekolah Menengah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
  • SMK Shah Alam
  • SMK Seksyen 7
  • SMK Seksyen 9
  • SMK Seksyen 11

Institut Pengajian Tinggi/Kolej/Pendidikan

  • Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM)
  • Management and Science University (MSU)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
  • Kolej PTPL
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Kolej Tingkatan Enam Shah Alam

Kesihatan

Hospital

  • KPJ Selangor Specialist Hospital
  • Avisena Specialist Hospital
  • Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
  • Columbia Asia Medical Centre
  • Hospital Shah Alam

Klinik 

  • Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic)
  • Klinik-klinik swasta kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan kediaman penduduk.

Pusat Membeli Belah

  • Plaza Alam Sentral
  • SACC Mall
  • Kompleks PKNS
  • Setia City Mall
  • AEON Mall Shah Alam(Jusco)

Pasaraya Besar

  • Aeon BIG Seksyen 23
  • Giant Seksyen 13
  • Tesco Seksyen 13

Tempat-tempat Menarik

Sumber: shutterstock.com

Apabila sudah digelar sebagai ibu negeri, sudah semestinya Shah Alam tidak terlepas dengan tarikan-tarikan yang menarik. Walaupun kawasan ini pesat membangun, ianya agak seimbang dari segi material dan alam semulajadi. Menjadikan ia sebagai lokasi dengan ketenangan dalam kesibukan bandar.

Terdapat lebih daripada 10 tempat yang anda wajib berkunjung bila ke sini. Rugi kalau anda tak pernah cuba. Antaranya:

  • Stadium Shah Alam
  • Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
  • Skytrex Shah Alam
  • Shah Alam Extreme Park
  • Litar Go Kart
  • Laman Budaya Galeri Shah Alam
  • Kompleks Taman Seni Islam
  • Taman Tasik Shah Alam
  • Taman Tema Air Wet World
  • Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah
  • Laman Seni 7
  • Muzium Sultan Alam Shah
  • I-City Shah Alam

Harga Pasaran Hartanah

Berdasarkan daripada info di atas seperti kemudahan, tempat menarik, akses lebuhraya dan kedudukan lokasi Shah Alam yang strategik sendiri. Harga pasaran hartanah di sini mula melonjak naik disebabkan oleh faktor-faktor tersebut.

Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya ini terutamanya di Seksyen 14, Seksyen 13 dan Seksyen 9. Seterusnya, hampir keseluruhan kawasan dalam Shah Alam terdiri daripada rumah-rumah landed, dan beberapa sahaja yang terdiri daripada rumah high rise. 

Berdasarkan analisa, median harga pasaran dari Julai 2018 hingga May 2019 di Shah Alam, median harga bagi rumah banglo mencapai sekitar RM1.96 Juta, rumah teres dengan RM620,000 dan rumah Semi-D dengan RM1.375 Juta.

Diikuti pula dengan rumah high-rise, Condominium dengan median harga RM390,000, Flat dengan RM150,000 dan Apartment RM251,000. Kenaikan harga hartanah di sini bergerak selari dengan pembangunan serta kelebihan yang diperuntukkan buat penduduk.

Oleh yang demikian, Shah Alam menjadi lokasi sesuai buat mereka yang mencari kediaman yang serba lengkap tanpa perlu mencari kemudahan jauh-jauh. Semua di depan mata anda.