Puncak Alam Selangor

Puncak Alam atau Bandar Puncak Alam merupakan sebuah bandar baru didalam daerah Kuala Selangor, 20 kilometer dari Barat Laut Shah Alam. Latar belakang kawasan ini pada asalnya merupakan estet kelapa sawit di bawah FELDA (Federal Land Development Authority) yang mana kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah.

Bandar ini mula membangun lewat 1990-an, di bawah pengurusan Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam. Pada 2001, dibangunkan oleh Puncak Alam Housing Sdn Bhd setelah bertukar nama bermula dari tarikh 15 Mei 2001, selaku pemaju yang memajukan pembangunan di sini. Berpindah operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.

Semasa peringkat awal, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan pada keluasan 14,000 ekar (57 km persegi). Berpunca daripada masalah ekonomi pada akhir 90-an, berlakunya pengecilan keluasan saiz sebenar bandar berkenaan.

Yang mana tanah-tanah asal yang diperuntukkan untuk Puncak Alam telah dibangunkan secara usahasama dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain bagi mewujudkan bandar-bandar kecil di bawah nama dan konsep-konsep yang berbeza misalnya Alam Perdana, Alam Jaya, Shah Alam 2, Ambang Suria dan pelbagai sub-bandar lain.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Lokasi

Berdasarkan peta, anda tumpukan perhatian kepada Puncak Alam(bulatan merah) dan kawasan sekelilingnya. Anda boleh lihat ia terletak diantara Jeram dan Sungai Buloh. 15 minit sahaja masa yang diambil dari Puncak Alam untuk ke Jeram dengan jarak 10km.

Di sebelah atas pula adalah Bestari Jaya, Rawang, dan Kuala Selangor. Menjadikan jaraknya untuk ke tiga-tiga lokasi ini memakan masa sekitar 30-40 minit. Bagi anda yang ingin ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, jaraknya 45 km dari Kuala Lumpur dengan anggaran masa sekitar 45 minit mengikut trafik perjalanan.

Kemudahan

KakiReview: Puncak Alam, Selangor

Sumber: ajm.com.my

Dengan adanya kemudahan yang disediakan dari sudut pendidikan, keselamatan, akses lebuhraya dan lain-lain lagi. Ia memberi kelebihan buat penduduk untuk menikmati keselesaan untuk mendiami kawasan bandar ini. Berikut saya senaraikan kemudahan yang ada di sekitar bandar ini:

Sekolah

  • SK Puncak Alam 1
  • SK Puncak Alam 2
  • SK Puncak Alam 3
  • SMK Puncak Alam

Pasaraya

  • Econsave
  • Tesco

Balai Polis

  • Balai Polis Komuniti Alam Jaya
  • Balai Polis Saujana Utama
  • Balai Polis Meru

Balai Bomba

  • Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
  • Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang
  • Balai Bomba dan Penyelamat Kapar

Hospital/Klinik

  • Hospital Sungai Buloh
  • Avisena Specialist Hospital
  • Hospital Shah Alam
  • Klinik Desa Puncak Alam
  • Hospital UiTM(dalam perancangan)

Universiti

KakiReview: Puncak Alam, Selangor

Sumber: ucs.uitm.edu.my

Akses Lebuhraya

  • LATAR Expressway
  • Lebuhraya GCE(Guthrie Corridor Expressway)
  • Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya DASH (Damansara-Shah Alam)

Kewujudan pembinaan lebuhraya-lebuhraya ini, memudahkan penduduk Puncak Alam yang bekerja di bandar sekitar seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Destinasi Santai Bersama Keluarga

Sumber: visitselangor.com

Oleh sebab Puncak Alam berada dalam daerah Kuala Selangor, ia memberi ruang dan peluang buat anda seisi keluarga untuk memanfaatkan masa cuti anda dengan aktiviti keluarga. Yang mana lebih daripada 5 destinasi yang boleh anda tuju pada masa kelapangan. Antaranya:

  • Kelip-kelip Kg Kuantan
  • Pantai Remis Sungai Sembilang
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Batu Hampar
  • Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor
  • Sky Mirror
  • Eagle Feeding di Pasir Penambang
  • Bukit Belanda
  • Bukit Melawati dan lain-lain lagi

Potensi Pasaran Hartanah Setempat

Berdasarkan analisa kawasan, Puncak Alam mencatatkan median harga hartanah bagi rumah Teres dengan RM345,000 sekitar Mei 2018 hingga April 2019. Selain itu, rumah cluster dengan median harga RM465,000. Bagi high rise seperti apartment mencapai median harga RM169,000.

Apa yang dapat disimpulkan, harga pasaran kawasan hartanah di sini tidak terlalu mahal dan bersesuaian buat mereka yang memiliki bajet rendah. Namun begitu, infrastruktur dan kemudahan pengangkutan masih belum memuaskan.

Ia memberi kekurangan buat penduduk di sini. Mungkin keadaan ini akan berubah dari semasa ke semasa bagi menaiktaraf kawasan ini pada masa akan datang. Justeru itu, ia agak menjejaskan harga pasaran hartanah di sini.

Andai kemudahan prasarana di sini mula lengkap, populasi penduduk di sini berkemungkinan akan bertambah dan memberikan impak positif. Bukan setakat itu, ia turut bakal menjadi lubuk emas buat mereka yang bergelar pelabur hartanah untuk meluaskan jajahan pelaburan di sini sekaligus memberi peluang buat ejen hartanah untuk lebih fokus di Puncak Alam.

Sekian, itu sahaja untuk KakiReview: Puncak Alam, Selangor

Antara Projek yang berdekatan dengan Puncak Alam

Eco Grandeur oleh EcoWorld
Forum oleh Sunsuria