Kaki Review : Palm Spring, Kota Damansara

Assalamualaikum pembaca semua, hari ini admin nak bercerita tentang condominium di Kota Damansara. Palm Spring adalah condominium berkepadatan tinggi. Developer dia adalah Muafakat Kekal. Hurm, admin pun tak kenal developer ini >.< . Ia mempunyai 6 blok dan 2180 unit. Setiap blok berbentuk U, jadi view pembeli disini tidak jauh. Palm Spring ini mempunyai 329 tempat parking untuk resident dan 38 parking untuk pelawat. Jadi pelawat kena berebut siket. Tambah-tambah musim open house nie.

 

Persekitaran

Dikawasan Palm Spring ini mempunyai banyak kedai-kedai. Sini ade cafe, restoran dan 7-Eleven. Boleh la korang minum air big gulp hari-hari. Dengan kata lain, kawasan ini dah matang. Kalau korang drive, tak sampai 5 minim dah boleh shopping dekat Mutaira Damansara! E-Curve, Ikano, Ikea dan macam-macam lagi lah. Hari jumaat bila dapat gaji bole bawa keluarga beriadah di situ. Apa yang seronok dengan kawasan ini, korang parking dan boleh jalan kaki merata. Kawasan ini memang walker friendly. Semua ada sky bridge. KidZania pun ade di sini. Boleh anak-anak korang main Mr. Pilot Suri Hati.. ehhhhhh…..

Facilities

Macam kondo yang lain, Palm Spring ada pool untuk setiap block. Pool ini kali terakhir saya melawat memang dijaga dengan elok. Selain itu, ade juga taman permainan kanak-kanak dan badminton court. Keselamatan disini juga 24-jam. Guard dia pun strict. Jadi InsyaAllah keselamatan korang dan keluarga akan terjaga.

Connectivity

Palm Spring sangat mudah untuk keluar dan masuk. Terdapat Jalan Damansara, LDP, NKVE dan Penchala Link. Kalau nak pergi ke Kuala Lumpur, Dalam 10 minit ikut penchala link * Tanpa jam ye* atau 30 minit guna jalan tanpa tol.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Property Details

 

  • Nama: Palm Spring (also known as Palm Spring Condominium)
  • Pemaju: Muafakat Kekal
  • Tarikh Siap: 2005
  • Jenis: Condominium
  • Built-up: 915 – 1,259 sf
  • No. of Blocks: 6
  • No. of Units: 2,180
  • Launch Price: From RM160,000
  • Subsale Price:RM 39X,XXX

 

Facilities

 

  • Clubhouse
  • 7 swimming pools
  • Children’s wading pool
  • Indoor badminton court
  • Gymnasium
  • Sauna
  • Jacuzzi
  • Tennis court
  • Nursery
  • Children’s playground
  • Mini market
  • Golf-putting ground
  • Multi-level car park
  • 24-hour security with smart card access system

Analisis/ Kesimpulan

Palm Spring adalah kondo yang sesuai untuk dibeli sama ada untuk duduk sendiri atau invest. Kawan admin yang berkeluarga juga beli rumah disini. Kalau untuk melabur pula, keuntungan korang memang tidak akan sama dengan pembeli awal dahulu. Tetapi masih ada peluang untuk melabur. Dengan MRT yang siap, harga Palm Spring dijangka akan meningkat lagi. Management dan komuniti disini sangat kuat. Mereka akan memantau security, tambah bilangan CCTV dan sebagainya.

Setakat ini sahaja review admin pada kali ini.

Like | Share | Comment artikel ini!

Jangan lupa like FB page kami ye. Klik SINI.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.