Ada beberapa artikel yang saya muatkan di kakiproperty ni tentang kos-kos dalam proses jual beli rumah. Sama ada anda seorang pemilik yang nak jual ataupun pembeli, ada kos-kos yang anda perlu bayar. Kali ni tentang jual rumah, ada tak cara nak jimat kos jual rumah.

Pertama sekali, review sikit apa kos yang terlibat bila nak jual rumah

  • Repair rumah
  • Iklan/Marketing
  • Ejen Hartanah
  • Penilai/Valuer
  • Peguam
  • Cukai keuntungan harta dan tanah (RPGT)
  • Lock-in period

“Macam mana nak jimat kos jual rumah?”

Kita tengok satu-satu ikut kos-kos yang terlibat:

1) Repair rumah. Kalau rumah anda tiada kerosakan, tak perlu la keluarkan modal untuk repair hanya keluarkan tenaga sedikit untuk cuci rumah agar nampak cantik dan pembeli pun tertarik.

Jika rumah anda memerlukan repair, anda boleh jimatkan dengan repair yang betul-betul penting sahaja seperti kebocoran paip. Jika anda tak repair, kemungkinan tidak ada yang berkenan atau harga rumah akan jatuh. Repair sikit, jangan repair seperti anda yang nak duduk situ.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2) Iklan atau marketing. Ini adalah kos yang diperlukan jika anda nak jual sendiri. Gunakan iklan yang paling murah tetapi pastikan anda upload gambar yang cantik. Try tanya rakan-rakan anda yang mahir buat ayat untuk menarik perhatian pembeli.

Kurang tempoh iklan, kurang kos anda. Anda juga boleh iklankan guna banner yang digantung di rumah anda. Ini sangat jimat, tetapi lambat dapat pembeli.

3) Ejen hartanah. Anda ada pilihan sama ada untuk melantik ejen atau pun tidak. Jika anda melantik ejen, kos anda adalah 3.18% daripada harga rumah termasuk GST. Tetapi tidak perlu kos iklan dan marketing sebab ejen akan buat.

4) Penilai atau valuer adalah untuk menyemakkan berapa harga pasaran sebenar untuk rumah anda. Selalunya jika anda ada buat renovation, valuer akan naikkan harga rumah anda sikit. Kos dalam ratusan ringgit, tetapi tidak penting pun sebab anda boleh saja tengok dapat iklan pesaing di kawasan anda untuk survey harga pasaran.

5) Peguam. Melantik peguam adalah satu kemestian kerana peguam yang akan meguruskan proses jual beli tanah. Jika nak jimat kos di sini, anda boleh berkongsi peguam dengan pembeli. Lebih rendah bayaran dan proses pun jadi lebih cepat. Tetapi peguam tu akan berat sebelah pembeli berbanding penjual. Jangan risau, peguam tetap akan berlaku adil.

Calculator Legal Fee – untuk kira kos peguam

6) RPGT adalah cukai yang kena bayar ikut tempohan pegangan hartanah. Kadar bayaran ikut berapa lama anda dah beli rumah anda. Jika bawah 5 tahun memang kena la. Cara nak jimat, jual rumah anda selepas 5 tahun, RPGT tidak akan dikenakan.

BACA LAGI: Cara Pengiraan RPGT

7) Lock-in period pula adalah penalti yang dikenakan bila anda setelkan loan rumah anda dalam tempoh tertentu. Bayaran penalti pula ikut bank anda. Sebelum jual, pastikan anda dah habis lock-in period untuk elakkan daripada bayar penalti.

Kos-kos yang terlibat sudah semestinya ribuan ringgit malah ada yang mencecah belasan ribu ringgit. Jadi, penting untuk anda kenal pasti cara dan situasi bagi jimat kos jual rumah.

Pening-pening sangat nak cari buyer rumah anda, anda boleh klik sini: Jual Rumah , kami akan memudahkan kerja anda.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.