Semua orang faham kalau bab-bab yang melibatkan wang ni, pasti ni kita nak cuba jimatkan sebanyak yang boleh, betul tak? Nak beli rumah pun anda boleh cuba untuk cut kos. Ada caranya nak jimat kos beli rumah ni.

Sebelum anda dah tau apa kos yang terlibat? Kalau belum tau klik bawah ni:

BACA LAGI: Kos-kos beli rumah

Saya ringkaskan je kos yang terlibat:

  • Deposit
  • Kos Guaman
  • Setem Duti
  • Insurans/Takaful
  • Valuation

Banyak tak? Boleh tahan la kan. Sebab bila nak beli rumah anda kena sediakan lebih daripada deposit rumah je. Disebabkan kos-kos ni la.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

“Jadi Macam Mana Nak Jimat Kos Beli Rumah?”

Tak semua anda boleh cut. Contohnya deposit, tetap 10%. Sebab loan hanya bagi 90% sahaja. Kalau la anda dapat 100% loan sekali pun, 10% tetap kena bayar dulu. So, yang tu kita tak dapat nak cut ye.

Sama macam Setem duti, dan kos valuation. Setem duti dah tetap kadar ikut harga rumah. Valuation tak tetap tetapi valuer adalah daripada pihak bank, maknanya anda terpaksa ikut la bayaran valuer tu.

Kos guaman pulak adalah bayaran untuk peguam kita. Bayaran untuk peguam tak tetap, ikut “disbursement” yang dikeluarkan oleh peguam tu. Peguam akan kenakan bayaran berdasarkan apa tugas yang mereka lakukan. Jadi, anda boleh kurangkan tugas mereka dengan buat sendiri 3 benda ni:

1) Tukar nama semua bil ultiliti

Bila anda dah jadi pemilik rumah baru, anda boleh tukar sendiri je bil air, elektrik, dan indah water tu. Dapat je rumah terus tukar nama. Kalau tak tukar nanti mungkin akan mengundang masalah di masa akan datang.

Kalau nak tukar nama anda boleh je terus buka akaun bil yang baru atau sambung guna akaun pemilik lama, cuma tukar nama.

2) Tukar nama cukai pintu

Yang ini anda boleh tukar di pejabat Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Kena sediakan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan SNP
  • Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
  • Salinan cukai pintu terkini

3) Tukar nama bil maintenance

Untuk maintenance ni anda kena berhubung dengan pihak JMB dan caj perkhidmatan. Tapi ni untuk yang jenis strata atau gated and guarded.

Kena tukar bagi memudahkan pihak pengurusan nak kemaskini rekod untuk pemilik rumah yang baru.

Semua tu memang pembeli yang kena buat, tetapi akan ada peguam yang offer untuk buatkan semua. Kalau anda nak jimat kos beli rumah, anda buat sendiri je semua tu.

“Untuk Insuran/Takaful Boleh Jimat?”

Ada dua jenis insuran iaitu MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT. Setiap jenis tu harga lain-lain. Nanti kami akan buat artikel tentang jenis insuran rumah tu. Boleh follow FB kami untuk update.

Kalau nk jimat dari segi insuran ni, anda kena tau tujuan anda beli rumah. Untuk investment ke untuk duduk sendiri. Kalau MRTA/MRTT bayaran sekali gus dan boleh masuk dalam loan, lebih murah.

Kalau MLTA/MLTT lebih mahal, bayar secara ansuran bulanan dan tidak boleh masuk dalam loan. Sebelum pilih jenis insuran/takaful mana yang anda nak, anda kena kira dulu la. Kalau beli untuk investment 5-6 tahun, boleh ambil MRTA/MRTT je.

Walaupun tak banyak sangat yang anda boleh cut, tapi sekurang-kurangnya anda dapat jimat kos beli rumah anda dalam seribu dua pun dah berbaloi.

Haa bagi anda yang memang nak cari atau beli rumah ikut bajet yang ada, boleh klik sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan untuk anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.