Pembelian rumah pertama boleh menjadi sesuatu yang menakutkan bagi kita semua, termasuk sis sendiri. Walaupun begitu, ketakutan ini boleh diatasi dengan ilmu yang betul dan penyelesaian yang betul supaya korang boleh buang jauh-jauh rasa takut ini dari dalam minda anda dan memulakan langkah pertama pembelian rumah korang. Sis akan cuba bantu korang untuk atasi ketakutan korang ni ye. Jangan beli rumah pertama selagi ada 3 TAKUT dibawah ini.

Jangan beli rumah pertama selagi ada 3 TAKUT ini di dalam minda anda!

1. TAKUT pada komitmen ansuran bulanan

Saya TAKUT saya tak dapat langsaikan komitmen ansuran bulanan la sis. Mesti banyak! Jangan begitu mudah untuk membuat sesuatu tanggapan negatif tanpa kite cuba mencari punca masalah yang berlaku. Kebanyakan generasi muda, mampu memberikan komitmen bulanan sewa kepada tuan rumah, tetapi tidak berani memulakan langkah bagi pembelian rumah sendiri.

Sebagai contoh yang sangat mudah, sis cadangkan kepada korang cuba cari  rumah di mana ansuran bulanannya adalah sama seperti komitmen sewa rumah terhadap tuan rumah. Melalui perbandingan yang cukup mudah ini, anda akan lebih terbuka tentang kemampuan anda dalam membeli rumah anda sendiri! Sekiranya korang rasa tak faham secara mendalam lagi apa itu sebenarnye ansuran bulanan, boleh baca di sini.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2. TAKUT tidak ada wang modal untuk DEPOSIT RUMAH

Deposit rumah pertama sering menjadi igauan generasi muda dan dikatakan merupakan halangan yang terbesar bagi membeli rumah mereka kerana jumlah wang yang besar diperlukan pada satu-satu masa. Jangan bimbang, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengumpul deposit rumah. Baca artikel ini untuk dapatkan bukan satu atau dua tips untuk kumpul deposit rumah, tapi sampai LIMA tips deposit untuk kumpul deposit rumah di sini. Selain itu, terdapat banyak skim dan bantuan yang ditawarkan oleh badan kerajaan yang sah seperti Mydeposit dan juga skim smart sewa. Semua tips yang dikongsi pasal deposit ini sudah dikongsi di blog KakiProperty ini dan tunggu tindakan daripada pihak korang je!

3. TAKUT ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab

Tak dinafikan zaman sekarang bukannye sedikit tapi ramai individu yang tidak bertanggungjawab. Macam-macam cara ‘scammer’ sekarang tak kira menyamar sebagai agensi, orang tengah atau pemaju dan sebagainya. Semuanya bertujuan untuk menipu wang dan mempergunakan korang untuk tujuan yang salah. Sis sangat bimbang korang akan terjebak dengan perkara ni dan sentiasa doakan korang jauh dari mereka yang berniat tidak baik. Sis juga nak korang baca tips ni untuk membantu korang dari mudah terpedaya dengan individu yang tidak bertanggungjawab melalui perkongsian artikel ini.

Kesimpulannya, bagi sis sendiri tidak salahnya sebenarnya korang tanam sedikit perasaan TAKUT dalam minda semasa pembelian hartanah untuk memastikan korang dalam keadaan sedikit berjaga-jaga dalam perkara ini, tapi jangan jadikan perasaan takut ini sebagai batu halangan untuk terus mengorak langkah bagi membeli rumah idaman korang. Apa yang penting, sis paling TAKUT korang KURANG ILMU PENGETAHUAN untuk membeli rumah ni. Jadi, teruskan membaca dan sis yakin, dengan usaha korang, pasti korang akan berjaya membeli rumah idaman korang!

Peringatan, jangan beli rumah pertama selagi ada 3 TAKUT ini di dalam minda anda.

Haaa nak bagi korang lebih mudah untuk beli rumah, tak payah susah-susah klik je sini ha: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.