Apa yang anda lakukan pada cuti persekolahan yang lepas? Mungkin ada di antara pembaca yang bercuti bersama keluarga dan mungkin juga ada yang perlu bekerja. Entri kali ini agak ringan berbanding hari-hari biasa. Penulis bukan mahu berbincang mengenai tempat percutian, tetapi mengenai hotel sebagai tempat penginapan anda. Jenis hotel yang macam mana anda menginap?

Musim cuti biasanya hotel akan fully book, biasanya akan digunakan untuk berehat. Tapi ada juga yang menginap untuk merasai pengalaman menginap sesebuah hotel yang berbeza. Semata-mata untuk merasai sendiri kemudahan apa yang disediakan.

 

Jenis hotel apa je yang ada.

1. Airport Hotel.

Terletak berhampiran dengan lapangan terbang. Ada juga yang berada dalam bangunan airport itu sendiri. Memudahkan anda untuk berehat sebelum meneruskan penerbangan anda. Tak jauh dari lapangan terbang, jadi risiko untuk tertinggal flight jadi tipis!

Jenis hotel: Tune Hotel
Tune Hotel

2. Resort Hotel

Jenis resort hotel ini selalunya terletak berhampiran dengan tarikan istimewa sesuatu tempat. Contohnya seperti pantai, taman tema, tempat bersejarah atau spa. Selalunya resort hotel akan fully book pada musim cuti. So, ada sesetengah resort hotel ini hanya beroperasi pada musim-musim tertentu. Ada jugak yang beroperasi sepanjang tahun. Apa yang best, resort hotel menyediakan kemudahan yang nampak mewah. Mereka akan sentiasa cuba memperkenalkan tarikan baru. Supaya pengunjung tak bosan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Sunway Resort Hotel & Spa
Sunway Resort Hotel & Spa

Baca juga: 5 Kolam Renang yang paling best di Lembah Klang

3. Boutique Hotel

Boutique hotel biasanya ada keunikan mereka sendiri terutama konsep dan seni bina hotel tersebut.  Maksudnya setiap design boutique hotel tak akan sama antara satu sama lain. Sebab mereka akan menampilkan identiti hotel mereka tersendiri. Kalau ada yang sama? Hmm… mungkin kebetulan.

Casa Del Rio, Melaka
Casa Del Rio, Melaka

4. Motel

Selalunya terletak berdekatan dengan main road atau jalan-jalan utama. Motel itu sendiri pun membawa maksud more to way hotel. Jadi motel ini agak mudah untuk dikenal pasti jenisnya. Memandangkan kebanyakan bilik-bilik motel ini bertentangan dengan jalan besar, maka senang untuk pengunjung akses ke motel ini.

Motel di Melbourne, Australia
Motel di Melbourne, Australia

Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis hotel yang ada di dunia ni. Tapi, inilah antara hotel-hotel yang selalu kita nampak apabila kita bercuti. Antara yang lain ialah Country Hotel, City Centre Hotel dan sebagainya. Setiap jenis hotel ini kalau di amati, mempunyai price rates yang berbeza. Sebabnya? Setiap daripada jenis hotel menyediakan faciliti dan servis yang berbeza. Ada yang nampak mewah ada juga yang menyediakan kemudahan asas sahaja. Tak peliklah bila ada hotel tertentu mahal kadar sewa semalaman mereka.

Rujukan: TripSavvy, Dictionary

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.