Iklan Rumah Sewa Anda Dari Jauh? Simple dan percuma!

Iklan rumah sewa dari jauh? Simple dan percuma je! Untuk rumah pertama sis, rasa nervous jugak  untuk uruskan rumah sis dari jauh. Ye la, sis tak ada pengalaman dan sibuk pula dengan kerja hakiki. Untuk pengetahuan  korang,  rumah sewa sis berada di Johor dan sis pula bekerja di KL. Nak tahu kenapa sis beli rumah di Johor walaupun jauh dari tempat kerja sis? Tekan sini

 

But well,nothing is impossible. Sebab setiap benda ada jalannye dan dengan teknologi yang ada sekarang, everything is so simple .Kalau phone korang boleh upgrade, ilmu pasal hartanah pon mestilah upgrade jugak. Hehe. Meh sis sharekan macam mana sis berjaya dapat penyewa walau hanya deal dari jauh.

                                 

1.Mudah.my

Dengan menggunakan apps ini, korang boleh iklankan rumah sewa secara percuma. Daftar dan login serta sediakan gambar terbaik rumah sewa korang. Pastikan gambar yang disediakan berkualiti tinggi untuk mudah korang tarik minat prospek penyewa korang. Ye la sapa yang nak tengok kalau gambar bergegar, lighting pon gelap semacam. Haha. Pastikan dekat iklan tu ada maklumat lengkap pasal rumah sewa supaya mudah prospek penyewa nak buat pilihan yang betul.

2.Facebook

Cari group kawasan perumahan rumah sewa korang di Facebook. Sambil sambil layan gosip di Facebook bolehlah korang post saja iklan rumah korang. Post iklan tersebut pada waktu waktu puncak. Jangan pula dalam  pukul 12 tengah malam nanti baru nak post iklan pula ye! Nanti takut ada benda lain pulak yang tengok iklan tu. Huuu.

3.Google Maps

Kalau penyewa pula tanya bertalu-talu dekat tak rumah ni dengan tempat kerja saya? Dekat tak dengan sekolah anak saya? Dengan rumah awek saya? Usah bimbang sahabat. Haha. Ada penyelesaiannya. Dengan guna apps ni korang masukkan sahaja alamat kawasan rumah sewa korang dan alamat dari tempat kerja/sekolah/rumah awek diorang. Jarak serta masa akan terus dipaparkan pada apps. Screenshot dan hantar saja pada prospek penyewa korang! Mudah, bukan?

Dengan bantuan apps ni sis berjaya dapat deal dengan penyewa sis walaupun dari jauh dan dapat duit booking rumah sis yang pertama  walaupun deal dari 2 negeri yang berbeza. Awesome kan? Jeles la tu. Rahsianye pastikan kawasan uolls dalam range kawasan yang hotspot lah ye. Baru senang nak dapat deal yang best. Macam mana pulak tu nak dapatkan kawasan rumah yang hotspot? Meh Tekan sini