Hidup Simple Bantu Jana Kewangan Anda

Duit atau wang adalah elemen penting dalam kehidupan hari ni. Semua benda pakai duit. Sedangkan nak masuk toilet awam pun perlu guna duit, apatah lagi untuk benda-benda yang lain. Bila bercerita tentang duit, isu masalah kewangan mesti akan timbul dalam kalangan kebanyakan masyarakat harini.

Realitinya, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kesilapan berlaku saban hari disebabkan boros dalam berbelanja. Ingat! Anda yang mengawal duit tu, bukan duit mengawal anda. Jangan sebab kertas dan figure tu, anda jadi leka.

Salah satu cara yang saya nak kongsikan adalah dengan amalkan gaya hidup simple untuk menjana kewangan anda. Apa itu gaya hidup simple? Gaya hidup simple adalah hidup yang minimalis, kurang berbelanja benda yang tak patut dan tahu hala duit tu kemana.

4 Tips Hidup Simple

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Strategi hidup minimalis adalah salah satu gaya penjimatan yang baik. Keluar masuk duit sentiasa dipantau untuk membentuk simpanan dan kewangan. Jadi, macam mana nak hidup simple untuk bantu anda jana kewangan?

#1. Kurangkan Beli Barang Yang Tak Penting

Bila keluar beli barang di pasaraya atau kedai-kedai, pastikan buat senarai barang yang penting sahaja. Beli barang ikut dalam senarai tadi. Andai kata ada barang yang penting lupa nak tulis, silakan beli. Tak salah pun selagi ianya penting.

Jangan la pula, tengah jalan di pasaraya. Tiba-tiba nampak pasu cantik, lepastu beli. Sedangkan kat rumah dah ada belambak lagi pasu yang tak digunakan. Sudahnya mengeluh tak tentu pasal, rumah sempit dan sebagainya. Salah siapa? Ha tanya diri tu. Berfikir dahulu sebelum beli. Jadi pembeli bijak.

#2. Fokus Pada Tujuan

Hidup Simple Bantu Jana Kewangan

Saya bagi contoh, anda pergi ke pasaraya Tesco, IOI Putrajaya berdua dengan tujuan nak beli barang dapur ‘je’. Ini contoh je tau. Selesai beli tu, anda pun jalan nak pergi ke parking kereta dan ternampak satu iklan action movie baru. Movie tu pula ngam timing nya sebab dah beli barangkan tadi. Memandangkan anda cuti, tak fikir sangat dah.

“Jom kita letak barang kat kereta. Boleh tengok kejap lepas ni” Sudahnya pergi ke wayang. Dengan perkataan ‘kejap’ tu, fokus pada tujuan tadi hilang.

Memang tak salah tengok wayang. Cumanya, cuba buat kira-kira. Kos wayang, pop-corn, parking kereta, dan masa anda. Kalau paling pun RM30. Sikit ke banyak tu? Padahal duit tu boleh hala untuk belanja benda penting lain. Buat duit minyak pun lepas. Jangan sebab nafsu, anda lupa tujuan anda.

#3. Bezakan Keperluan dan Kehendak

Andaikan ada dua cotton T Shirt plain hitam depan mata anda, yang mana kualiti kainnya sama. T Shirt A harga RM10 je jenama biasa. T Shirt B harga RM50 jenama mahal. Padahal jenama tu tulis belah dalam dan tak nampak. Disebabkan anda pandang brand yang ada pada T Shirt B tu, anda beli yang B. Nampak tak?

Itulah bezanya keperluan dan kehendak. T Shirt sama kualiti, warna, dan saiz cuma bezanya jenama sahaja. Disebabkan jenama punya pasal, harga Baju B dah tak kisah, dan baju A anda pandang sebelah mata je. Walhal baju A atau B pun, dua-dua fungsi yang sama. Untuk anda pakai juga. Simple. Baju yang sama, cuma harga yang berbeza.

Cara ni boleh apply untuk benda lain juga ye. Bukan baju sahaja.

#4. Rancang Kewangan Sebaik Mungkin

Hidup Simple Bantu Jana Kewangan

Melalui perancangan kewangan yang baik, anda tahu mana hala tuju kewangan anda. Guna untuk pembelian barang apa, pada waktu bila, jumlah dia berapa, dan beli untuk tujuan apa. Persoalan yang wujud ini, dapat bantu anda kenalpasti masalah yang ada pada kewangan anda dan boleh susun duit mana untuk simpanan dan pelaburan.

Pada era globalisasi ni, dah tak payah nak pening kepala cari buku 555 untuk catat setiap benda. Semua ada kat hujung jari anda je. Boleh download apps di AppStore/PlayStore seperti Monefy, ToshlGoodBudget, dan My Tabung untuk tahu cashflow anda. Jangan risau, ni semua free apps. Tak payah bayar. Benda free, buat apa beli.

BACA: Kenapa Orang Muda Susah Nak Beli First House?

Kesimpulan

Hidup simple bukanlah bermakna kita kedekut nak keluar duit. Cuma kita tahu, duit tu tak senang nak dapat. Perlukan kerja keras. Takkan kita nak sia-siakan manfaat yang ada pada nilai sehelai kertas. Kan?

Itu sahaja tips yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ni. Anda rasa tips ni berguna untuk anda? Jangan lupa share pada kenalan lain. Biar kita sama-sama tahu, biar kita sama-sama jadi bijak.