Hi AirBnb! Rasai Pengalaman Setaraf Hotel Lima Bintang

Pemandangan Di Regalia Suites Pada Waktu Malam

Nampaknya, hotel sekarang dah ada competitor yang baru. Kalau dulu mungkin competitor hotel adalah homestay, tapi sekarang dah ada platform baru yang dikenali sebagai AirBnB. Benda ni mungkin merisaukan para pengusaha hotel lah sebab diorang dah start kena fikir macam mana nak attract pengunjung pi dok dekat hotel depa. Tapi, yang baiknya untuk pengguna macam kita. Sebab apa? Sebab lagi banyak choices selepas ini.

Kolam di Regalia Suites Yang Mempunyai Latar Belakang Yang Menarik

Kesusahan akan membuatkan kita lebih kreatif

Sejarah asal AirBnB ni apabila tiga orang kawan yang tak mampu nak bayar sewa. Kemudian mereka cuba cari alternatif untuk mencari duit lebih bagi menampung sewa apartment diorang. Awalnya mereka hanya membuat sewaan katil dan menyediakan sarapan pagi sahaja. Sebab tu nama awal AirBnB adalah AirBedNBreakfast. Hasil daripada kesusahan itu, mereka dah berjaya peroleh hampir $1.3 billion pada tahun 2012. Jadi, betullah yang kesusahan tu boleh membuatkan kita menjadi lebih kreatif.

Kemudahan TV yang memunyai aplikasi Netflix di Regalia Suites

 

Applikasi yang mudah dan senang!

Kami cuba go through aplikasi AirBnB ni. Interface dia sangat mudah dan korang boleh set up dan select berapa budget korang, bilangan tetamu dan kemampuan tetamu (oku ke tak). So nanti aplikasi tu akan cadang dekat korang rumah yang menarik! Tapi perlu diingat, harga yang ditunjuk merupakan harga asal dan belum termasuk segala yuran atau cukai. Dan, buat masa sekarang AirBnB hanya menerima pembayaran melalui kad debit sahaja.

Tandas dan Bilik Air Yang Bersih

Pengalaman menginap di Regalia Suites menggunakan AirBnB

Baru-baru ini kami telah menginap di salah sebuah AirBnB di sekitar ibu negara. Kami telah memilih sebuah apartment mewah dengan kadar yang sangat rendah. Regalia Suites Kuala Lumpur terletak di kawasan Chow Kit dan berhampiran dengan beberapa tempat menarik di sana. Jika menempah di web mereka, korang kena bayar RM 290 tetapi dengan AirBnB korang boleh dapat dengan harga Rm 209.00 termasuk segala fees dan taxes.

Mesin Basuh Juga Turut Disediakan

Pemandangan dekat Regalia Suites ni awesome gila!

Regalia Suites ni terkenal dengan swimming pool mereka yang menawarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Berlatar belakangkan dua bangunan pencakar langit utama, KLCC dan Menara Kuala Lumpur sememangnya memberi suasana yang mewah dan mengagumkan. Jadi, kalau korang datang sini memang wajib lah untuk korang pergi ke kolam renang mereka yang terletak di level 37 Block A. Serious korang akan teruja dengan pemandangan tersebut.

Kalau korang rajin, boleh lah memasak sebab dapur juga disediakan

 

Fasiliti yang power!

Bukan tu je, kalau korang check in dekt sini korang boleh guna facilities yang ada dekat situ. Antaranya, gymnasium, Squash Court, Bistro, Aerobic/Yoga, WIFI Centre, Perpustakaan dan sebagainya. Kiranya, sangatlah berbaloi dan berpatutan dengan bayaran yang dikenakan.

Soal makanan pula, korang boleh je masak dalam apartment ni. Tapi kalau malas sangat boleh order makanan melalui servis penghantaran. Mereka boleh sampai dan hantar makanan korang tu sehingga depan pintu. Selain tu, dekat bahagian bawah sekali ada kedai runcit. Boleh lah korang beli makanan ringan atau jajan sebagai pengunyah di kala bosan.

Pemandangan dari bilik apartment yang menarik

Bercerita kembali soal apartment yang ditempah melalui AirBnB, antara kemudahan lain yang ada adalah mesin basuh, iron, dapur, tv, netflix (bergantung pada apartment), meja makan, ruang tamu (bergantung pada jenis rumah) dn lain-lain lagi. Kiranya, dengan nilai ringgit yang sama taraf dengan hotel, korang boleh dapat nilai dan pengalaman yang lebih daipada tinggal di hotel. Jadi, lepas ni tak perlu rungsing lagi nak tinggal di mana selepas ini kalau hotel dah penuh.

Bestnya AirBnB ni jugak, selepas sahaja korang check out, korang diminta untuk memberi feedback tentang rumah tersebut. Dan feedback tu lah akan digunakan untuk rujukan orang lain. Jadi, sebelum koran nak booking mana-mana rumah melalui AirBnB ni, elok lah kiranya korang baca dulu review sama ada bagus ataupun tak. Dan host juga boleh memberi komen kepada guest. Kalau korang buat pasal, alamatnya nanti kena lah blacklist dengan AirBnB.

Tips yang mungkin korang boleh guna

Sedikit tips untuk tempah AirBnB: Kalau korang dah confirm tarikh untuk menginap seeloknya booking dengan lebih awal kerana akan dapat harga lebih murah dan rumah yang lebih cantik. Kalau tak, maybe akan lebih mahal dari harga biasa. Dan harga pada hujung minggu dan hari minggu juga sedikit berbeza.