Gara-gara Nak Jimat Duit, Lelaki Ini Bina Rumah Guna Botol Plastik

Gara-gara Nak Jimat Duit, Lelaki Ini Bina Rumah Guna Botol Plastik

Gara-gara Nak Jimat Duit, Lelaki Ini Bina Rumah Guna Botol Plastik. Kalau dulu mungkin ada yang akan kata gila buat rumah dari botol plastik. Mana taknya, botol plastik tu orang buang, diambil buat rumah. Silap haribulan, runtuh rumah tu. Tapi itu dulu la, sekarang siap dah jadi trend pulak rumah daripada botol plastik ni. Cuma di negara kita, saya belum pernah jumpa lagi, di luar negara dah banyak. Antaranya:

  1. ECOARK Exhibition Hall, Taiwan. Dibina menggunakan botol plastik kitar semula sebanyak 1.52 juta botol. Semua bahan binaan dan penyelidikan dibuat di Taiwan.

  1. Sekolah di San Pablo, Filipina. Dibina oleh Illac Diaz and MyShelter Foundation untuk mengurangkan sisa buangan plastik dan digunakan untuk sesuatu yang lebih baik.

  1. Rumah impian Tomislav Radovanovic, seorang prefesor matematik. Dibantu oleh bekas anak muridnya, dia menggunakan sebanyak 13,500 botol plastik.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Tapi, OK ke guna botol ni? Selidik punya selidik, saya jumpa antara kelebihan binaan dari botol plastik adalah:

Kebaikan:

  • Kos yang rendah. Hanya cari botol plastik yang terpakai, tak perlu beli.
  • Tidak rapuh.
  • Mampu menyerap hentakkan
  • “Bioclimatic”. Sebab guna bahan buangan, jadi secara tidak langsung mengurangkan pencemaran
  • Boleh guna semula selepas dirobohkan. Kalau bata biasa, selepas roboh, memang hancur la.
  • Kurang menggunakan bahan binaan
  • Senang dibina. Tapi, kalau nak betul-betul kuat, kena ada cara yang betul.
  • Pembinaan “hijau”. Mengurangkan sisa buangan platik.

Keburukannya pula:

  • Tak dapat dimusnahkan secara semula jadi. Botol tu akan kekal selama beratus tahun. Andaikata rumah tu orang tak nak duduk, dirobohkan, tetapi botol palstik tu tetap kekal sebagai plastik. Kalau rumah biasa, kita robohkan, sisa robohan dan jadi batu-batu.
  • Kalau terbakar, plastik tu akan dan boleh mengeluarkan gas beracun. Ni paling kita takut.

Kekuatan dinding daripada botol plastik ni adalah 20 kali ganda lebih kuat. Power tu, tapi kena ingat, dalam botol tu, dimasukkan pasir yang dimampatkan. Kalau kosong, memang kemek la botol tu.

 

Saya tak pernah cuba lagi duduk dalam rumah botol plastik ni. Mana tau lebih sejuk. Cuma, kalau nak buat rumah yang kecil pun dah kena guna 13,500 botol, kalau nak buat rumah teres standard 20′ x 65′ jenuh cari botol plastik terbuang. Haaa…cuba korang buat “Chalet Botol Plastik”, mana tau dapat sambutan. Kalau ada yang buat, jangan lupa bagitau kami ye.

Haaa nak tambah sikit, kot kot ada antara korang yang masih mencari rumah untuk dibeli atau disewa. Boleh ke sini: Sewa/Beli Rumah , nanti kami check.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.