Memiliki Hartanah adalah satu momen yang terbaik juga komitmen terbesar dalam kehidupan setiap manusia. Mana tak nya, Kebiasaanya hartanah perlu 35 tahun pinjaman untuk langsaikan hutang keseluruhannya. Bagi yang bijak, mereka mampu selesaikan dalam tempoh lebih singkat 5 tahun ke 10 tahun. Tetapi tiap pelaburan ada risiko. Risiko pelaburan hartanah juga ada.

Ya, ia tidak mustahil…. ada sahaja method atau kaedah penyelesaian pantas jika anda mahu…. dan berani lakukan….

Hartanah juga instrumen pelaburan yang terbukti sangat baik dan sudahpun menjadikan ramai jutawan hasil darinya….

Namun begitu, apa apa pun jenis instrumen tetap dan pasti ada risiko… bagi yang tersilap langkah, ia bakal jadi bebanan dan akhirnya kecundang di tukul LELONG.

Berbeza dalam permainan MONOPOLY setiap tapak kita singgah… kita pasti beli, kerana terbukti setiap pemilikan kita pasti untung apabila ada sahaja yang singgah…

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Saya kongsikan GAMEPLAN asas bagi mereka yang mungkin baru nak kenal dunia hartanah.

#1 – Capital Appreciation (CA)

dalam bahasa mudah, ia adalah peningkatan nilai secara “financial” dari masa pembelian hingga ke tarikh penjualan.

Sebagai contoh Abu, beli hartanah pada 2008 berharga 100k dan jualkan 200k pada tahun 2018. Maka, CA hartanah tadi adalah 100k belum ditolak kos kos gumanan, kos jual beli dan kos pembiayaan…

#2 – CashFlow (CF)

Cash flow amat penting dalam pelaburan hartanah kerana ia membantu pelabur untuk sekurang-kurangnya membayar semula kos pembiayaan…

Namun begitu, dalam realiti dunia hartanah hari ini, ia adalah cabaran terbesar dimana sangat sukar untuk mendapatkan “positif cash flow” terutamanya hartanah melebihi harga 500k.

Sebagai contoh; Rahman membeli hartanah dengan harga 200k dan bulanannya adalah 1000 sebulan. Selepas beliau menambah sedikit perabot dan barangan asas tadi, beliau dapat sewakan rumah yang dibelinya dengan harga 1300 sebulan… Maka, CF adalah +ve 300 sebulan…

Namun begitu, kos yuran selengaraan bulan dan cukai pintu belum kita kirakan lagi…

game plan

#3 – Cash Back (CB)

Hari ni ramai yang sukakan deal deal macam ni… yelah, dapat extra cash dari bank. Selalunya ini kes “Below Market Value” untuk undercon dan juga subsale

Selalunya projek projek atau hartanah “Undercon” banyak menawarkan pakej sebegini… Ada yang sampai 50k pun ada

Tapi itulah, jika tidak bijak… ia bukan menjadi manafaat tetapi musibat. Bagi pembeli hartanah yang mengambil peluang “Cash Back”, saya galakkan anda untuk menambah nilai hartanah anda dengan renovasi…

Kenapa?

Bayangkan pembeli undercon, ada 1000 unit yang sama mendapat kunci… Jika digunakan “Cash Back” tadi untuk menambah nilai dengan membelikan perabut… katil dan dekorasi yang menjadikan unit anda berbeza dari 999 yang lain… pastinya kita punyai lebih kuasa berbanding unit – unit orang lain.

Apa apa pun “Game Plan” yang anda pilih, anda harus faham risiko pelaburan hartanah yang anda bakal hadap… “Game Plan” harus bermula dengan matlamat yang jelas… Dan, matlamat yang jelas harus di siapkan sebelum anda memilih untuk beli….

Ingat ye… beli hartanah bukan main monopoly, kena atur strategi dan kena rancang lebih awal

Semoga perkongsian yang sedikit ini boleh membuka minda anda untuk memulakan langkah pembelian hartanah.

Jika anda masih tercari-cari rumah untuk dibeli atau disewa mahupun sebaliknya. Anda boleh klik di sini: Jual/Beli Rumah , nanti kami semakkan.