Berdebar-debar menunggu keputusan PRU14 ni kan? Pelbagai manifesto yang telah dibentangkan oleh BN, Harapan, dan guna PAS. Antara yang diperkatakan adalah gaji penjawat awam naik jika BN menang PRU14 ni. Adakah kenaikan gaji dapat memudahkan anda yang bekerja sebagai penjawat awam ni untuk membeli rumah?

Gaji Penjawat Awam Naik, Senang Beli Rumah?

Memang betul kalau ada yang kata gaji lagi tinggi, lagi la senang nak beli rumah. Lagi senang la loan nak lulus.

Tetapi realitinya, pinjaman perumahan bukan sekadar tengok berapa gaji bulanan anda je. Ada faktor lain yang diambil kira.

Untuk penjawat awam boleh gunakan LPPSA untuk mendapatkan pinjaman rumah. LPPSA sekarang dah bertukar sikit. Sekarang LPPSA juga dah mula kira Debt Service Ratio (DSR).

Kalau yang mohon LPPSA memang confirm lulus TAPI berapa peratus pinjaman yang layak tu bergantung kepada DSR.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

BACA LAGI: Cara Beli Rumah Jika Tiada Slip Gaji

Contoh kalau DSR terlalu tinggi, bila LPPSA kira anda hanya layak 60% daripada harga rumah. Jadi 60% tu la jumlah tawaran pinjaman di bawah LPPSA, lagi 40% anda cover sendiri.

Jika berlaku kenaikan gaji, DSR anda sudah tentu akan berkurang dan akan menaikkan jumlah had kelayakan pinjaman perumahan anda.

Itu bagi kes jika guna LPPSA, bagaimana kalau anda guna bank biasa?

gaji penjawat awam naik
Image: TheVocket

Bagi yang guna bank biasa akan jadi lebih susah. DSR memang dah confirm bank tengok. CCRIS pun bank akan tengok sama ada ada tertunggak atau tak, ada special kes ke tak.

Kalau CCRIS kosong tanpa sebarang pinjaman pun bank susah nak bagi loan walaupun gaji anda tinggi. Bank tak yakin anda boleh bayar on timeĀ sebab tiada bukti.

Selain tu bank juga akan tengok Net Disposable Income (NDI) iaitu baki gaji anda setelah tolak semua komitmen, cukup tak untuk buat sara hidup.

Banyak juga perkara yang diambil kira jika guna bank biasa berbanding LPPSA. Walaupun gaji penjawat awam naik, ianya tak kan terus jadi senang untuk beli rumah. Mungkin dapat meningkatkan sedikit kekuatan kuasa beli anda. Tapi kalau ada yang sebelum ni atas pagar je tak lepas loan, ha, kalau naik gaji memang terus boleh lepas. Nasihat daripada kami, nak senang beli rumah pastikan rekod kewangan anda cantik, settle yang tertunggak dan kurangkan komitmen bulanan anda.

Kalau ada yang masih tercari rumah atau hartanah untuk dibeli, boleh klik di sini: Beli Rumah, nanti kami usahakan pencarian anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.