Masalah berkenaan exit plan atau jalan keluar adalah paling top markotop number Wa’annn terutamanya pada pelabur hartanah. Kadang2 yang beli nak duduk sendiri pun boleh bertukar fikiran di saat akhir tak jadi duduk, perlu juga ada exit plan apa benda nak buat. Awas panjang !!!

Biasa sangat orang bertanya apa exit plan bila beli rumah ni, apa plan nak buat dengan rumah yang kita beli ni, rezab holding power atau simpanan tak banyak ni so camna nak bayar bulan-bulan ke bank ni, kalau rumah dah dapat kunci nanti takde orang nak beli atau sewa macam mana, kalau sewa murah macam mana, apa plan B plan C etc eeyyyy banyak tanya sungguh.

Inilah masaalahnya beli pandai tapi bila dah dapat rumah tak tahu apa nak buat, beli main bedal tanpa ada perancangan dari awal, beli sebab terikut-ikut, beli sebab terpengaruh & sebagainya.

Exit Plan Dalam Pelaburan Hartanah

Number Wa’annn secara automatis yang semua orang fikir, ohh bila rumah ni dah dapat kunci nak terus jual atau flip. Mesti boleh untung besar. Ohh bila rumah ni dah dapat kunci nak sewakan je lah, mesti untung dapat duit sewa tiap-tiap bulan. Itu jelah mantera jual sewa jual sewa yang biasa kita fikir.

Cakap memang sedap sangat. Bukan semudah itu lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran hartanah sekarang yang terdapat banyak sangat persaingan serta pilihan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Adakah kita fikir dengan mudah untuk kita terus menjual rumah setelah dapat kunci ? dengan kata mudah flipping hartanah dengan harga pasaran semasa. La’ ? Na’am ?

Belum tentu lagi saudara-saudara sekalian. Dalam setiap projek perumahan bukan kita seorang yang nak jual, ramai lagi yang ingin menjual dalam masa yang sama yang sudah pasti menjadi persaingan dan peperangan harga sesama sendiri. Belum masuk lagi kategori terdesak nak jual dan terpaksa jual asalkan lepas dari komitmen bank. Tak untung pun takpe, rugi pun takpe janji lepas.

Kena pula harga melebihi RM500K, dengan keadaan trend pembangunan rumah mampu milik berharga RM300K kebawah semakin bercambah, maka lagi lah senak nak cari pembeli yang bukan dari mass market.

Bagi yang nak menyewakan, bukan dia seorang yang nak sewakan. Ramai juga ingin menyewakan rumah mereka dalam masa yang sama. Misalan projek perumahan tersebut punyai 500 unit rumah siap serentak, 10% dari pembeli ialah dikalangan pelabur iaitu 50 unit rumah juga nak disewakan dalam masa yang sama. Iklan pun bersepah2 perang harga sewa sesama sendiri.

Setiap exit plan dan strategy selepas menerima rumah ia berbalik kepada berapa banyak duit rezab atau holding power yang kita ada. Sebabnya tanpa cash rezab, macam mana kita nak implement exit plan yang dirancang.

Sebelum dapat jual atau sewakan, wajib perlu bayar ke bank setiap bulan. Rumah nak disewakan pun perlu cash rezab atau modal untuk pasang lampu kipas dan peralatan. Kena pula harga sewa rendah tak boleh nak cover bayaran bulanan, dah kena topup duit sendiri dari cash rezab.

Tetapi usah gentar usah khuatir saudara-saudara. Jangan pulak lepas ni takut nak beli rumah. Jangan malu belajar, baca buku atau pergi seminar, belilah dengan matlamat & perancangan, buat lah sedikit study di kawasan tersebut, cari lah maklumat mengenai permintaan, pasaran, harga dan sewaan.

Kalau nak huraikan bab exit plan ni soheh mutawasyitah panjang berjela. Jadi dikongsikan secara ringkas beberapa point exit plan mengikut matlamat, strategi dan kesesuaian.
.

Buy & flip cari & lock pembeli sebelum dapat kunci rumah undercons.
Buy & flip selepas dapat kunci basic unit / reno rumah undercons.
Buy & flip current market value. Undercons / Subsale / Lelong.
Buy, fix, reno & flip biasanya rumah busuk, lelong, subsale below market.
Buy & flip dengan harga S&P. Undercons / subsale.
Buy & flip below market value. Undercons / subsale.
Buy & hold short-medium-long term untuk sewa then jual.
Buy & hold medium-long term untuk sewa then refinance.
Buy & hold short-medium-long term untuk duduk sendiri then jual / refinance.
Buy & hold untuk buat harta ke anak cucu / Weekend House / Kekasih Scandal.
Buy & Sell to own company / IHC.
Buy & Sell to channelling partner.
-Sewa basic unit / Sewa partialy furnished / Sewa fully furnished.
-Sewa per room / per head / Staff or student Hostel.
-Sewa Multiracial Per Room / Per Head.
-Sewa all single rooms / Mixed rooms / Sharing Rooms.
-Sewa ke subletter / Sewa ke Homestay operator.
Homestay / Guest House / Event House.
Office for personal & Individual business / Small Company.

Ditulis Oleh:

Ed Aswandi

Seorang Diversified Investor dalam Hartanah, Kelapa Sawit, Burung Walit, ASB, Ekuiti, Amanah Saham. Sangat berpengalaman dalam teknik pelaburan.

Anda masih tercari-cari rumah untuk didiami? Sama ada sewa mahupun beli. Anda boleh ke sini: Sewa/Beli Rumah, kami akan semakkan untuk anda.