Edisi Sukan SEA : Rumah Atlet-Atlet Terkenal Dunia

Sukan SEA akan di adakan tak sampai 20 hari lagi. Tahun ini Malaysia akan jadi Tuan rumah. Kalau lalu di Bukit Jalil sekarang, sedang giat persediaan dilakukan bagi menghadapi sukan SEA yang akan tiba tak lama lagi. Bahkan atlet-atlet Malaysia juga sedang sibuk berlatih mempersiapkan diri untuk menghadapi acara sukan Asia Tenggara ini. Jadi bagi edisi sukan SEA kali ni, kami nak lah bawa kan kepada anda untuk tengok rumah yang dimiliki oleh ahli sukan dunia. Nak ambil ahli sukan Malaysia karang takut kacau privacy ke apa. So kita cerita pasal ahli sukan dunia lah dan rumah mereka dalam artikel kali ini yang bertajuk Edisi Sukan SEA : Rumah Atlet-Atlet Terkenal Dunia.

Jom, lets check this out!

5 Rumah Atlet-Atlet Terkenal Dunia

1# Jupiter Island Mansion – Tiger Woods

Pemain golf nombor satu dunia ni memiliki sebuah mahligai yang giler punya besar. Mahligai di Jupiter Island, Florida ini adalah seluas 16,127 kaki persegi. Fuhhh!!! Besar sungguh. Berapa ramai agak nya bibik, tukang kebun dan staf-staf yang di gajikan untuk jaga rumah sebesar ni?

Oh, tahukah anda, rumah banglo mewah ini juga mempunyai padang golf seluas 3.5 ekar, kolam renang sepanjang 100 kaki, gym dan juga pelabuhan bot nya sendiri!

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

 

2# Beverly Hills Abode – Manny Pacquio

Banglo mewah di kawasan elit Beverly Hills ini adalah milik peninju terkenal dari Filipina, Manny Pacquio. Manny Pacquio ini adalah salah seorang peninju dunia yang terkenal. Walaupun bertubuh agak kecil orang Asia berbanding lawannya  , Manny adalah peninju berbisa.

Rumah Manny ini berjumlah USD 12.5 juta. Walaupun begitu, untuk memilik rumah ini Mannya bahkan menambah lagi 4 tiket perlawanannya dengan Floyd Mayweather Jr yang berjumlah USD 7500 sekeping!!

Rumah ini adalah seluas 10,000 kaki persegi dan memiliki 7 buah bilik serta 8 bilik air.

 

3# Chicago Chateau – Michael Jordan

Mahligai mewah ini adalah milik Michale Jordan. Michael Jordan ni saya fikir hampir semua generasi saya kenal. Pemain bola bakul (basket ball) terkenal dunia. Kalau tengok kartun Space Jam kecik-kecik dulu, dia lah yang berlakon. Antara pemain basketball terhebat yang pernah ada.

Rumah dia ini bernilai USD 29 juta. Ia nya mempunya kolam renang sendiri, pintu yang di ambil dari Playboy Mansion dan court tennis sendiri. Fuhh.. cantik kan design dia.

 

4# “Beckingham Palace” West London – David Beckham

Pernah tak terfikir nak duduk dalam istana. Well, my friend, David Beckham menjadikan impiannya sebagai realiti. But he is David Beckham kot. Hahahah. Every boys punya idola dan every girls punya crush. Dalam 5 orang budak lelaki awal 2000-an, mesti 3 ada poster David Beckham. Kalau tak da, sama ada dia tak minat bola atau jenis bapuk.

OK, rumah David Beckham ni diblei setelah dia menjual rumah nya di Hertfordshire dengan nilai GBP 12 juta! Dia kemudiaannya membeli rumah ni dan kemudian membuat pengubahsuaian dan nilainya semua sekali adalah sebanyak GBP 57.1 juta (imagine darab 8 jadilah RM)

Rumah ini berumur 150 tahun (risau jugak ada hantu. hahaha) dan seluas 9000 kaki persegi. Ia mempunyai 7 bilik, 5 bilik tidur dan 1 panic room. Rasa-rasa kalau anak-anak dia explore lagi entah-entah boleh jumpa bilik tersembunyi bawah tanah. Dah macam movie pulak.

 

5# Palm Beach Garden – Serena Williams

Banglo mewah di Palm Beach ini dimiliki oleh pemain tennis terkenal dunia, Serena Williams. Rumah ini terletak di dalam Bellen Isles di West Palm Beach Florida. Walaupun besar sebegini , ia hanya mempunya 4 buah bilik, 5 bilik air penuh dan 2 bilik air tambahan. Bilik air lagi banyak rupanya. Ia juga mempunyai kolam renang sendiri.

Pelik kan kenapa walaupun dia pemain tennis dunia, tak ada pula court tennis di rumah nya. Tak perlu pun!! Sebab rumah ini terletak di dalam kawasan Bellen Island Clubhouse yang mempunyai 22 court tennis bertaraf dunia!! Nak main sampai muntah pun tak pa dah.

 

…………………….

Cantik-cantik rumah mereka ni. Kalau di Malaysia tak ramai atlet yang boleh memiliki harta sebegini. Tapi yang penting yang kita mahukan adalah bermain dengan penuh semangat dan membangga kan negara kita. Kami dari kakiproperty.my mendoakan atlet-atlet kita berjaya merangkul pingat di sukan SEA nanti.

Kepada pembaca lain pula, tak apa lah kalau tak ada rumah besar sebegini asalkan ada rumah kita sendiri yang bagai istana kita sendiri, mahligai kita sendiri yang kita dapat mendirikan keluarga kita di dalam nya.

So kalau nak cari rumah idaman boleh lah daftar di link ini :  cari rumah idaman . Kalau nak cari orang rumah idaman pula , bawak-bawak lah keluar berkenal-kenalan ok. Bukan dekat sini.

Ok. Jumpa lagi nanti.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.