Bab pelaburan ASB ni memang selalu kita dengar. Salah satu pengalaman yang seorang sahabat ni kongsi adalah mengumpul deposit rumah dengan ASB Financing.

Waktu dia mula-mula nak beli rumah, memang tak cukup duit deposit. Dia perlukan lebih kurang RM40,000 termasuk kos guaman dan lain-lain.

Disebabkan itu la dia membuat ASB Financing dan berjaya mendapatkan lebih kurang RM50,000 selepas 5 tahun.

Nak tahu macam mana dia buat? Sahabat kita ni ada berkongsi pengalaman buat ASB Financing.

Deposit Rumah Dengan ASB Financing

Dalam ASB Financing ada beberapa “teknik” yang boleh digunakan, kita tengok teknik sahabat kita ni macam mana kumpul deposit rumah dengan ASB Financing:

Tahun pertama dia masih belum mahir dengan ASB ni, jadi dia mulakan dengan ASB financing sebanyak RM100,000 dan bayaran bulanan lebih kurang RM550.

Selepas setahun, dia dapat dividen sebanyak RM7,250 (ASB dividen 7.25%). Dia buat lagi ASB financing RM100,000 sebagai sijil kedua. Dia gunakan dividen daripada sijil pertama tadi untuk bayar sijil kedua sekali gus sebanyak RM6,600 (setahun).

Sijil pertama tetap bayar macam biasa sebanyak RM550. Sijil kedua tak perlu fikir sebab dah bayar penuh untuk setahun.

Hujung tahun kedua, dia dapat dividen RM14,500 daripada kedua-dua sijil tadi.

Sama macam awal tadi, dia ambil RM6,600 bayar sekali gus sijil kedua untuk setahun. Ulang langkah ni sampai la cukup 5 tahun. Baki dividen jangan diusik.

Selepas 5 tahun dia terminate ASB financing tu dan dapat TOTAL sebanyak RM56,865. Jumlah tu adalah semua dividen dan baki financing.

Sekejap, belum habis lagi ni perkongsian sahabat kita. Pada masa yang sama dia juga buat financing ASB 2 yang orang cakap “buku purple” (dividen 7.05%).

deposit rumah dengan ASB Financing

Untuk ASB 2 ni, dia buat financing maksimum sebanyak RM200,000. TAPI, dia tak nak bayar bulan-bulan kerana kalau nak bayar bulan-bulan dia kena bayar RM1,100 setiap bulan.

Kalau campur ASB1 tadi dah jadi RM1650 setiap bulan. Jadi, dia taknak macam tu. Target dia nak bayar ASB1 yang RM550 tadi je setiap bulan.

Untuk ASB2 ni, dia gunakan simpanan yang dia ada sebanyak RM14,000 yang dia kumpul untuk deposit rumah sebelum ni.

Dengan RM14,000 tu dia gunakan untuk bayar sekali gus ASB2 tadi untuk setahun iaitu RM13,200 (RM1,100 x 12).

Teknik dia sama macam ASB1, dia ambil dividen untuk bayar sekali gus. Selepas 5 tahun, dia pun terminate jugak ASB2 ni serentak dengan ASB1 tadi.

Baki dividen yang dia ada daripada ASB2 ni dicampur dengan baki financing memberikan dia sebanyak RM34,380.

Lebih sikit daripada ASB1 tadi kan? TAPI dia tak keluarkan duit bulan-bulan. Setiap bulan dia hanya maintain bayar RM550 tu je. Jumlah yang dia dapat selepas 5 tahun berapa?

ASB1 (sijil 1 + sijil 2) + ASB2 = RM56,865 + RM34,380 = RM91,245

Banyak tu. Kalau dia tak buat ASB2 pun dalam tangan dah ada RM50,000 lebih dah. Sangat cukup untuk buat deposit rumah.

Anda pun boleh cuba. Pastikan anda betul faham macam mana nak uruskan ASB financing guna teknik sahabat kita ni. ASB Financing adalah salah satu platform untuk anda kumpul deposit rumah dengan cepat berbanding menyimpan secara biasa.

BACA LAGI: Deposit rumah lebih 10%, kenapa?