Hari ni team kakiporperty nak bawakan anda satu projek yang baru. Projek ni namanya adalah Conezion. Conezion ni terletak di IOI Resort City Putrajaya.

Sebelum ni saya personally fikir ada ke orang nak datang. Tengok 2 tahun lepas waktu lalu kawasan ni, terfikir dalam hati, apa ke gila IOI ni buat mall out of no where! Siapa nak datang. But how I was wrong!! Buka-buka je menderu orang datang. Ramai pulak tu dan dah dua tahun tak putus-putus orang datang.

Jadi, itu lah kita nak cerita tentang projek baru dari IOI Properties ni juga. Iaitu Conezion.

Connezion merupakan salah satu projek di bangunkan oleh IOI Properties. Ia nya merupakan sebahagian dari pembangaunan IOI Resort City yang besarĀ . Tapi Conezion ini lebih special dan lebih berbaloi nak beli. Jadi mari kita baca lebih lanjut.

 

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

IOI Resort City, Putrajaya

IOI Resort City adalah pembangunan bersaiz 788 ekar. Bukan kecil pembangunan IOI Resort City ni. IOI Resort City ni datang dengan impian untuk menjadi pusat tumpuan bagi selatan Lembah Kelang. Orang datang sini biasanya untuk IOI City Mall dia yang besar, tetapi banyak lagi pembangunan lain seperti golf course, Puteri Palma Residence, Hotel Marriott Putrajaya , Le Meridien dan Palm Garden Hotel. Selain tu banyak lagi office-office dan kedai-kedai berjenama dalam IOI Resort City ni. Boleh baca lanjut lagi di sini.

 

IOI Sekarang Adalah MidValley Dahulu.

Sebenarnya, kalau tengok 10 tahun lepas, jika nak melabur atau nak beli, orang akan suka beli di kawasan MidValley. Waktu tu MidValley masih lagi pada harga boleh di beli. Kalau tengok kan, IOI Resort City ni boleh lah dibandingkan dengan MidValley yang merangkumi pembangunan lengkap tapi Midvalley kecil berbanding IOI Resort City yang bersaiz 788 ekar!!

 

Di MidValley, ada mall besar, hotel dan kediaman dalam MidValley City itu sendiri. IOI Resort City bahkan lebih besar. Ia nya ada mall yang merupakan antara yang terbesar di Malaysia dan pengunjung pula tak pernah putus-putus. Selain tu IOI City juga ada hotel-hotel yang terkenal selain bangunan pejabat yang besar.

Bagi kakiproperty, IOI Resort City akan menyaingi MidValley dan pembangunan lain.

 

Conezion , IOI Resort City, Putrajaya

Conezion ni sebagaimana di beritahu adalah sebahagian dari projek perbandaran IOI Resort City ni. Bayangkan anda membeli sebuah unit di MidValley, begitulah anda beli di sini malah ianya lebih baik kerana anda membeli sekarang pada harga yang rendah. Dan anda bakal mendapat manfaat dari pembangunan IOI City ini sendiri.

Conezion ini merangkumi 2 pembangunan iaitu pembangunan komersil dan juga kediaman (service residence).

Berikut merupakan info berkaitan kediaman di Conezion ini.

  • Hak Milik : Kekal (FREEHOLD)
  • 780-1278 sqft
  • 2 bilik ke 3 bilik (2/3 bilik air)
  • 4 block
  • 2 lot parking
Sorry ye lukis tak cantik. Tapi boleh faham ni

 

Layout, Saiz dan Kemudahan Yang Ada

Layout dan Size

Ini antara layout yang ada untuk Conezion , IOI Resort City, Putrajaya

 

Kemudahan Yang Diberi kan

  • Mini Theatrette
  • Children’s art studio
  • Party Room
  • Learning Lab
  • Games Room
  • Multipurpose Court
  • Swimming pool
  • Gymnasium
  • Chill-out deck

 

Harga dan Pakej Di Tawarkan

Pemaju menawarkan Conezion pada harga berbaloi iaitu dari RM500K+ hingga RM 700K+.

Selain tu pemaju juga memberi rebate yang banyak jadi TuanPuan tak perlu keluarkan wang besar untuk downpayment dan caj guaman!!

 

 

 

Kenapa Conezion Bagus Untuk Dibeli

 

ioi resort city secara keseluruhan. besar kan?

1. Kerana Perancangan Pembandaran IOI Resort City yang Besar

Apa yang bagusnya adalah ia nya leverage on pembangunan IOI Resort City ni secara keseluruhan. Kalau di ikutkan, fasa 2 IOI City Mall (ya, dah besar, nak besar lagi) hanya 700 meter sahaja dari Connezion. Bayangkan yang anda atau penyewa(jika nak disewa kan). Dan Conezion ini sendiri adalah pembangunan kediaman paling dekat ke IOI City Mall.

 

2. Pusat Tumpuan Selatan Lembah Kelang

Kalau kita lihat, dahulu orang membeli di kawasan utara lembah Kelang. Ramai yang membeli di TTDI, Mont Kiara, Kota Damansara dan sekitarnya. Waktu itu harga masih lagi murah. Dan bila selepas beberapa tahun, ia nya membangun pesat dan mereka yang membeli di situ mengecap hasil nya.

Sekarang, jika dilihat, pembangunan maju ke arah selatan Lembah Kelang. Pemaju mula menghala ke Shah Alam, Setia Alam, Cyberjaya dan Putrajaya.

 

3. Menerima Impak Dari Pembangunan Putrajaya

Bila berada di sini, anda sebagai pembeli bukan sahaja menerima hasil dari pembangunan IOI Resort sahaja. Tetapi anda menerima impak positif dari pembangunan Putrajaya sendiri! Putrajaya ini di bangunkan sebagai pusat pemerintahan kerajaan Malaysia. Yang ramai datang adalah pelancong dan juga mereka yang berurusan dengan kerajaan. Dalam kawasan Putrajaya sendiri, tak ada mall atau tempat tumpuan setaraf IOI Resort City yang lengkap dengan golf club, mall yang besar dan hotel bertaraf lima bintang.

Jadi bayangkan hasil yang anda akan dapat dari limpahan ekonomi Putrajaya ini sendiri.

 

3. Harga Yang Berbaloi Dalam Kelas Nya

Untuk projek bersaiz 900sqft keatas dan dengan 3 bilik serta 2 bilik air, kami fikir projek ini berbaloi untuk dibeli pada harga dalam range RM500K-RM700K. Hal ini kerana , anda perlu bayangkan kenaikan harga yang anda boleh dapat seiring dengan pembangunan IOI Resort City yang bersaiz 788 ekar ini!

Jadi kami fikir, ia adalah pembelian yang amat berbaloi.

 

4. Pemaju Yang Kukuh

IOI Properties sendiri bukan calang-calang pemaju. Dah banyak projek pembangunan di bangunkan oleh IOI malah ianya adalah antara pemaju terbesar di Malaysia. Antara projek nya adalah Bandar Puteri Bangi, Warisan Puteri Sepang, Bandar Putera Kulai Johor, Bandar Puteri Puchong dan banyak tempat lagi.

 

5. Entry Yang Mudah

Pemaju menawar kan entry mudah dengan memberikan peluan anda untuk memiliki unit di sini dengan booking yang rendah. Anda juga tak perlu keluar duit pula untuk fee guaman. Selain tu banyak lagi offer-offer yang best diberikan oleh IOI Properties. Serius best!

 

 

Untuk Pelaburan Atau Duduk Sendiri?

Ini soalan yang paling ramai orang tertanya-tanya. Bagi kami ianya baik sama ada nak duduk sendiri atau untuk pelaburan.

Kalau anda nak duduk sendiri

Jika anda nak duduk sendiri, kami fikir ia tempat yang sangat ideal. Bayangkan anda tinggal di kawasan yang mudah anda nak akses segala-galanya. Anda nak ke Kuala Lumpur pun tak susah. Terus keluar highway sahaja.

Jika anda nak tinggal sendiri, yang best nya dalam Conezion ni, rumah nya tak stuffy. Siling nya tinggi. Anda kena datang tengok sendiri nanti (bawah ada form, anda daftar situ). Seriously. Rasa selesa bila duduk.

Selain tu kalau anda fikir tentang kemudahan, kedai-kedai akan ada banyak di bawah rumah anda. Anda nak tengok wayang? Di IOI city mall ada. Bila fasa 2 dah siap, anda hanya jalan kaki sahaja ke sana.

Sungguh pun begitu, walaupun ada kedai-kedai di bawah, sekuriti nya cukup bagus maka anda tak perlu risau kelesamatan anda.

Jika anda berminat main golf pula, kelab golf di sini adalah besar. Jika anda berkerja di sekitar kawasan ini juga seperti di Hospital Serdang, Cyberjaya, Putrajaya atau kawasan sekitar nya pula, ia nya tak lah jauh. Senang nak akses. Lagipun highway ada. Keluar-keluar terus masuk highway. Tak perlu jauh-jauh.

Serious Selesa!!

 

Jika Anda Mahu Buat Untuk Pelaburan

Tak perlu nak cerita banyak Tuan Puan. IOI Resort City ini akan menjadi tempat tumpuan yang besar. Saiz nya luas. Dan perancangan pembangunan nya besar dan sangat pesat membangung. Siapa sangka 2 tahun lepas hanya ada hotel Marriot dan kemudiannya IOI City Mall. Sekarang banyak lagi pembangunan lain milik IOI di dalam IOI Resort City ini. Jadi memang pasti anda membeli di sini anda akan dapat pulangan lumayan.

Tetapi bagaimana?

Capital Appreciation

Ini adalah anggaran kami. Sekarang rumah ini anda beli pada harga dalam RM 500K hingga RM 700K. Jika anda mahu jual lepas siap (terus flip) kami tak rasa ini akan menguntungkan. Lagipun pelaburan hartanah adalah pelaburan jangka panjang.

Jadi jika anda membeli di sini dan dalam masa itu anda mahu duduk atau sewakan, sangat lah OK. Selepas beberapa tahun, sudah pasti harganya akan naik considering pembangunan IOI Resort City ini sendiri.

Cuba bayangkan, condo di sekitar Mid Valley sahaja ada yang mencecah RM1 juta. Bahkan condo di dalam kawasan Mid Valley sendiri iaitu Northpoint residence ada di jual pada RM1.4 juta.

Jadi tak salah lah jika kita boleh menjangka kan kenaikan pada nilai Conezion dalam 5-10 tahun akan datang!!

 

Rental Yield (Sewaan)

Ada 3 cara cadangan sewaan yang kami boleh cadang kan.

Sewa Mengikut Kebiasaan

Ini biasa. Anda sewakan ikut kebiasaan. Sewakan kepada penyewa yang berkerja di kawasan ini dan kebiasaannya mereka yang berkerja di kawasan ini adalah golongan profesional dan mampu untuk mebayar sewa anda.

 

Sewa Mengikut Bilik

Anda boleh menawarkan sewaan mengikut bilik. Rumah anda di furnish dan siap katil, almari dan kemudahan. Kemudian anda sewakan kepada golongan profesional di sekitar mengikut harga bilik. Katalah anda sewa bilik master pada RM 1200, bilik middle pada harga RM 850 dan bilik last pada harga RM 550, maka anda boleh mendapat sewaan pada RM2600. Ia tak banyak , tapi boleh cover instalment anda dan ia nya memberi kemudahan juga pada penyewa yang hanya mencari bilik (penyewa bujang)

 

Sewa Sebagai AirBnB atau GuestHouse (Ini Lebih Untung!!)

Kami lebih mahu mencadangkan anda menggunakan strategi ini dalam penyewaan. Ada di kalangan kami yang berpengalaman dalam sewaan AirBnB, BOOKING.COM atau guesthouse dan kami yakin dengan pulangan yang dapat.

Seperti diperkatakan tadi, IOI Resort City ini adalah pembangunan yang sangat besar dan di tengah nya adalah IOI City Mall yang di dalam kompleks tersebut ada retail outlets terkenal yang banyak dan juga menara-menara pejabat yang akan menempatkan banyak syarikat terkemuka. Selain tu ada golf course dan lain-lain.

Jadi kita dah boleh pasti yang akan ada ramai akan datang ke sini sama ada untuk berkerja atau bermesyuarat. Kami lihat trend terbaru syarikat-syarikat adalah mereka ini lebih suka menempah airbnb atau guesthouse berbanding hotel untuk menjimatkan kos.

Bayangkan satu bilik hotel (2 orang) adalah hingga RM300-500 satu malam berbanding guesthouse anda di Conezion yang ditawarkan pada RM 250/malam. Ada 3 bilik dan boleh menempatkan lebih ramai orang! Tambah lagi, kediaman di Conezion ini juga bertaraf kondo!

Jadi anda boleh untuk mengguna kan strategi ini.

Katalah anda menyewa kan guesthouse anda pada RM 250/malam, maka RM250X30 = RM7500. Dah tentu ianya tak akan penuh setiap malam, tetapi jika ia nya penuh 50% (15hari) sahaja pun anda akan mendapat RM3750!! Jadi katalah unit anda penuh 60% atau 70%, maka lebih lagi lah keuntungan boleh didapati.

Disini anda dah mendapat keuntungan dari sewaan.

Jika anda mahu menguruskan sendiri pun bagus melalui airbnb dan booking.com. Jika tidak pun ada servis yang akan ditawarkan kepada anda untuk pengurusan hartanah ini.

 

Kesimpulan

Kami mendapati bahawa Conezion ini antara pelaburan yang bagus untuk anda cuba. Satu nya kerana anda leverage kepada pembangunan IOI Resort City ini sendiri. Dan dengan pembangunan IOI Resort City , anda juga akan dapat hasil nya.

Oh, actually, projek ni dah nak siap tunggu completion je… So tak perlu takut lah projek tergendalai

 


Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan ingin ke sales gallery, boleh isi maklumat di bawah.

 

[ninja_form id=8]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.