KakiReview

Colosseum Event Space, Shah Alam: Event Space Yang Cool Dan Hipster!

Korang tengah mencari tempat untuk event korang? Tak kisah lah untuk majlis kahwin ke, berinai ke, bertunang ke, birthday party ke, makan-makan ke atau pelancaran produk. Ni kami nak tunjukkan satu tempat event awesome yang baru jugak lah di buka. Tak jauh pun. Di Shah Alam je, iaitu Colosseum Event Space.

Colosseum Event Space, Shah Alam

Nama tempat ni adalah Colosseum Event Space. Terletak di Glenmarie Shah Alam. Apa yang menariknya pada Colosseum ni adalah design nya yang rustic dan stylo. Kalau biasa orang cerita pasal garden theme dan hotel ke apa ke kan, di Colosseum ni ia nya ambil design rustic. Binaan asas nya dari kontena dan di reka bentuk dengan cantik.

Jadi kalau nak ambil gambar memang insta worthy!! Nak masuk dalam instagram or facebook, confirm orang lain tengok jealous!

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

Kemudahan Dewan Acara

Colosseum Event Space ni menyediakan ruang untuk majlis korang. Dewan besar majlis nya boleh memuatkan sehingga 250 orang. Panel pintu kaca nya pula boleh di buka dan mereka juga menyediakan kemah di luar. Sebagi contoh, kalau majlis perkahwinan yang besar, panel pintu kaca dewan boleh dibuka dan mereka akan sediakan kemah yang cantik untuk menempatkan tetamu . Mudah kata kalau tetamu untuk majlis sekecil birthday party dalam 50 orang ke majlis perkahwinan  hingga 1000 orang, mereka boleh sediakan!

bila kemah di pasang

Untuk majlis korang, korang boleh berbincang dengan pihak pengurusan untuk menyediakan meja dan kerusi serta peralatan-peralatan yang lain. Sebagai contoh, katalah nak buat pelancaran produk, mungkin meja tak diperlukan sangat, maka boleh minta pihak pengurusan menyusun kerusi sesuai untuk acara. Tambah lagi dewan acara Colosseum ini dah lengkap dengan PA System berkualiti tinggi!

 

Kemudahan Lain-Lain

Bilik Mesyuarat / Seminar

Selain dari pada dewan acara yang besar, Colosseum juga ada bilik meeting atau bilik seminar yang private di tingkat atas nya. Jadi kalau kata lah nak buat seminar dari 10-50 orang, ia menyediakan ruang yang lengkap dengan PA System, Projector, layar putih dan meja serta kerusi yang bersesuaian.

 

Bilik VIP

Yang ini jarang ada pada tempat event yang lain. Colosseum turut menyediakan bilik istirehat untuk VIP. Contohlah, kalau ada majlis pelancaran produk, VIP datang awal, maka ini lah tempat yang bagus untuk mereka duduk sebentar dan berehat sebelum acara bermula!

 

Bilik Penginapan

Colosseum turut menyediakan bilik penginapan dalam kawasan nya. Kenapa nak disediakan? Contoh lah macam mak ayah dah penat maka mereka boleh berehat di bilik tersebut bahkan bermalam di sana jika memerlukan. Bilik penginapan ini lengkap dengan semua kemudahan.

 

Surau

Ini lagi satu yang kami puji dengan Colosseum ni. Ia turut menyediakan kemudahan surau untuk tetamu supaya tetamu tak lah susah untuk mencari tempat menunaikan solat.

Senang kata, semuanya lengkap di Colosseum Event Space ni.

Acara Yang Sesuai

Colosseum ini amat versatile. Boleh di gunakan untuk semua majlis sama ada besar atau kecil dan boleh custom tailored untuk majlis tersebut. Senang kata boleh di uruskan!

Majlis Perkahwinan Dan Majlis Besar Lain Seperti Open House atau Annual Dinner

Majlis Bersaiz Kecil Ke Sederhana (pertunangan, birthday party, pelancaran produk)

Seminar

 

Majlis Harijadi

Pelancaran produk Tap-In oleh TIMES

 

Harga Dan Pakej

Haaaa.. dah tengok cantik mesti dah fikir nak buat event kat sini kan. Sama ada majlis perkahwinan atau apa aja, tempat ni sangat cool dan hipster!

Harga nya oleh kerana pihak Colosseum berbaik hati maka ia nya bermula dari RM 4888 sahaja untuk sewaan dewan. Tapi kalau nak pilih ikut pakej juga (maksudnya semua all-in) untuk majlis yang besar seperti perkahwinan, boleh dibincang dengan pihak pengurusan. Berbaloi lah harga nya!

 

Berminat ke? Nah, isi borang di bawah. Nanti mereka akan hubungi korang!

Leave a Reply