Jika anda seorang yang baru berjinak dalam bidang hartanah, pasti dah dah jumpa atau bakal jumpa beberapa singkatan yang selalu digunakan dalam hartanah ni. Antaranya ialah CF, CCC, VP, CPC, CMGD.

Apa kah maksud sebenar disebalik singkatan tu. Adakah singkatan tu untuk rumah subsale atau projek, atau guna pakai untuk kedua-dua sekali. Kadang-kadang nak tanya benda apa singkatan tu, agak segan kan. Jadi mari kita tengok benda apa CF, CCC, VP, CPC, CMGD ni.

“Apa itu CF, CCC, VP, CPC, CMGD?”

Saya akan susun ikut susunan daripada mula sehingga akhir. Maknanya, jika singkatan tu guna sebelum rumah dibina, itu jadi yang first. Yang last pulak adalah singkatan yang digunakan setelah rumah siap.

1) Yang pertama sekali adalah CPC iaitu singkatan untuk Certificate of Practical Completion. CPC ini akan dikeluarkan oleh arkitek yang bertangungjawab ke atas sesuatu projek kepada kontraktor utama projek tu. Kalau arkitek berpuas hati dengan kerja-kerja kontraktor tu baru CPC akan dikeluarkan.

CPC ni juga mungkin termasuk di bawah CF yang mana akan memerlukan beberapa dokumen sokongan daripada pihak bomba, perparitan, saliran air, sisa kumbahan, dan sebagainya.

Pentingnya CPC ni untuk kontraktok sebab mereka nak claim bayaran. CPC tu adalah bukti mereka dah siapkan kerja mengikut spesifikasi daripada arkitek dan semua pihak.

2) VP iaitu Vacant Possession. Diberikan kepada developer daripada arkitek selepas CPC. Bila dapat VP, developer dah boleh bagi kunci kepada pembeli. Pada masa yang masa developer boleh dapat lagi beberapa percent bayaran daripada pembeli atau bank pembeli.

Tapi, pembeli masih belum dibenarkan untuk renovate rumah walaupun dah dapat kunci.

Start daripada VP ni la defect liability period akan bermula. Anda sebagai pembeli dah boleh pergi check apa yang tak kena dengan rumah, dan boleh mintak developer repair. Untuk defect liability period ni, ada artikel lain saya akan buat.

CF, CCC, VP, CPC, CMGD

2) CF adalah singkatan untuk Certificate of Fitness. Di keluarkan oleh pihak berkuasa negeri. Untuk dapatkan CF ni, semua pihak yang terlibat mesti keluarkan surat sokongan atau pun approval. Ini termasuk la dengan pihak dari pihak berkuasa tempatan itu sendiri yang buat inspection.

Bila cakap semua pihak kena approve, temasuk la yang CPC tadi tu. Ada CPC, ada surat approval daripada semua pihak yang terlibat, baru la akan dapat CF.

CF ni pun sama macam CPC, untuk membolehkan claim bayaran. Tapi bukan hanya untuk kontraktor, developer pun akan dapat claim bayaran daripada bank.

Bila ada CF, pembeli rumah dah boleh start duduk kat rumah yang dibeli.

3) CCC ni pula adalah Certificate of Completion and Compliance. Kalau ikutkan, sekarang CCC dah menggantikan CF. Fungsi yang sama cuma CCC akan dikeluarkan oleh arkitek dan jurutera bukannya pihak berkuasa tempatan.

4) CMGD pula adalah certificate of making good practice. Dikeluarkan oleh arkitek kepada developer setelah tamatnya defect liability period. Dapat CMGD ni baru la developer dapat claim lagi bayaran daripada pembeli atau bank pembeli.

BACA LAGI: Tips Check Defect 

Sebenarnya CF, CCC, VP, CPC, CMGD penting kepada developer dan kepada anda yang nak buat rumah sendiri. Kalau anda nak tahu, bila developer jual, atau pun anda beli cash sesuatu rumah under-construction, bukan 100% developer akan dapat duit tau. Developer akan dapat mengikut peringkat siap dan juga peringkat dapat certificates tadi tu. Untuk anda pula, jadikan sebagai pengetahuan. Bila developer cakap belum dapat VP lagi, belum dapat CCC lagi, anda dah tau apa maksud developer. Tak perlu pening-pening dah.