Tahun ni banyak pengambilan penjawat awam, mungkin ada di antara pembaca yang baru dapat masuk ke sektor kerajaan ni kan. Jadi mesti ramai yang excited ni nak tau cara memohon pinjaman perumahan kerajaan.

Untuk makluman yang belum tahu, penjawat awam ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang menyediakan pinjaman atau pembiayaan untuk kakitangan kerajaan yang nak beli rumah.

Kelebihan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Kenapa ramai yang excited dengan pinjaman perumahan kerajaan ni? Apa yang best sangat, macam sama ja dengan pinjaman bank. Bulan-bulan kena bayar jugak kan.

Yang pertama, pinjaman perumahan kerajaan confirm lulus. Cuma berapa margin yang anda dapat tu bergantung kepada gaji dan komitmen anda.

Kalau tinggi gaji komitment lak rendah, boleh la dapat 100%, kalau tak, dapat la 90% ke, 80% ke. Sebab LPPSA sekarang dah kira Debt Service Ratio (DSR) jugak.

Yang kedua, DSR yang dikira tak termasuk dengan komitmen loan dengan bank.

DSR yang dikira oleh LPPSA dikira mengikut apa yang ada dalam slip gaji sahaja. Mereka tak tengok laporan CCRIS.

Cara Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

Kalau ikutkan anda memang kena apply online melalui website LPPSA.

Tetapi disebabkan bila yang apply selalu isi borang tak lengkap, pihak LPPSA ada pegawai yang akan buatkan untuk anda borang online tu.

Boleh ja buat sendiri, tapi kebanyakkan memang akan ada part yang anda tak tahu nak isi apa, jadi lebih baik bagi pegawai yang buatkan.

Macam mana nak cari pegawai tu? Agent kebanyakkan ada contact dengan pegawai LPPSA yang handle permohonan pinjaman ni.

Gunakan la agent sebaik-baiknya sebab sebagai buyer anda tak perlu bayar apa-apa kepada agent.

Yang penting anda perlu sediakan slip gaji anda, dan offer to purchase letter sahaja. Tak perlu tunggu sampai S&P Agreement siap. Proses akan ambil masa 14 hari.

Bila dah diterima, baru la anda kena print out semua dokumen dan minta tandatangan ketua jabatan dan kemudian hantar kepada LPPSA.

Jangan risau, anda akan di guide oleh pegawai tersebut sampai la settle. Yang penting untuk anda adalah bahagian print borang, sediakan dokumen, dan dapatkan tandatangan ketua jabatan kemudian hantar kepada LPPSA tu secepat yang mungkin, jangan lengah-lengah sebab ada masa yang terhad. Semoga berjaya.

BACA LAGI: Cara Kira Kelayakan Beli Rumah