Majoriti rakyat Malaysia sudah semetinya bekerja di sektor swasta. Ada yang dapat gaji basic dan ada juga yang dapat gaji komisen. Kali ni kita tunjuk Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta.

Pernah tertanya tak kalau gaji anda banyak ni, berapa harga rumah yang anda boleh beli?

Jadi, Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta ni kita akan tengok mengikut gaji.

Rekod CCRIS

Cara kira agak ringkas sebenarnya, tak pening pun. Untuk pekerja swasta yang sangat penting adalah laporan CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System.

CCRIS ni kena pergi print out di bank negara. Sekarang ni dah ada online CCRIS tapi tetap kena daftar di bank negara untuk first time nak guna.

Dalam CCRIS tu ada rekod komitmen bulanan anda dengan kata yang lain pinjaman-pinjaman anda dengan bank termasuk la PTPTN.

Pertama sekali, pastikan CCRIS anda tiada tunggakan kalau anda betul-betul berniat nak beli rumah.

Contoh seperti gambar di atas ni. Rekod pinjaman yang lain bersih tiada tunggakan. Angka ” 0 ” di sebelah kanan tu menunjukkan tiada bulan tertunggak.

Tapi bahagian kotak merah tu adalah PTPTN, lihat tunggakan PTPTN adalah 81 bulan kemudian berakhir dengan 76 bulan. Boleh nampak dia sedang kurangkan tunggakan bulanan PTPTN.

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta

Kita masuk bab mengira pulak ye. Bila kira kelayakan pinjaman, penanda aras kemampuan anda adalah DSR (Debt Service Ratio) atau dikenali juga sebagai DBR (Debt Burden Ratio).

Katakan la Maybank hanya bagi DSR 50% untuk gaji bawah RM3000. Bermakna anda hanya boleh ada komitmen setakat RM1500 sahaja kalau gaji RM3000.

Kalau gaji RM2000, komitmen maksimum setakat RM1000 je la iaitu 50% daripada gaji. Gaji ni gaji bersih ye selepas tolak KWSP dan SOCSO. Elaun tak tetap tak dikira.

Setiap bank lain-lain ye DSR yang mereka letak. Kita ambik contoh bank yang letak DSR 50%.

Gaji bersih anda adalah RM2200 bermakna komitmen adalah RM1100. Katakan la anda hanya bayar personal loan RM200 sebulan.

cara kira kelayakan

Daripada formula di atas,

0.5 = (200 + rumah baru ) / 2200

Rumah Baru = ( 0.5 X 2200 ) – 200 = 900

Jadi kita dapat RM900 yang boleh untuk bulanan rumah baru. Macam mana nak tau harga rumah baru tu? Guna formula 200.

Bulanan rumah baru tu darab dengan 200.

RM900 X 200 =RM180,000.

Secara kasar harga rumah yang anda layak ialah RM180,000.

Ringkas je kan? Sebenarnya banyak lagi yang bank akan tengok bila anda nak apply untuk pinjaman rumah. Tapi kalau anda tahu secara ringkas nak kira kelayakan ni dah memudahkan kerja anda nak survey rumah nanti.

BACA LAGI: Tiada Slip Gaji Boleh Beli Rumah Tak?