Kat Malaysia ni, ada dua cara jual rumah yang selalu di praktikkan. Pertama, jual sendiri, dan kedua jual guna ejen.

Kedua-dua cara jual rumah tu masing-masing ada kelebihan dan kekurang yang tersendiri.

Cara Jual Rumah Di Malaysia

Jom tengok kelebihan dan kekurangan kedua cara jual rumah tu.

1) Menerusi ejen hartanah

Cara jual rumah ni paling senang dan cepat.

Ada beberapa kelebihan jika guna ejen ni. Antaranya, anda dapat menjimatkan masa anda untuk buat iklan dan juga urusan dokumentasi.

Rumah anda berpotensi untuk terjual dengan cepat jika guna ejen kerana ejen mempunyai network yang luas. Ada juga ejen yang memang ada ready buyer.

Pemilihan peguam pula anda tak perlu pening sebab ejen mempunyai kenalan-kenalan peguam yang mahir dalam situasi/kes tertentu seperti leasehold, master title, atau pun kes low cost.

Semasa viewing pula, anda hanya perlu pergi buka pintu je. Segala penerangan dan rundingan akan dibuat oleh ejen.

Kalau nak lagi senang, lantik seorang ejen ekslusif, serahkan kunci rumah kepadanya. Tak perlu anda nak pergi buka pintu setiap kali pembeli nak viewing.

Kalau ada pembeli confirm nak beli, segala urusan booking, loan bank, peguam, dan lain-lain akan diuruskan oleh ejen. Anda hanya tunggu agreement siap untuk sign ja.

Kekurangan bagi cara jual rumah menerusi ejen ialah upah ejen. Selalunya agent fee adalah 3% daripada harga rumah. Kalau rumah anda harga sangat tinggi, agent fee boleh ja nego.

Walaupun 3% perlu dibayar, tetapi jika anda seorang yang sangat sibuk, sangat berbaloi guna ejen.

Oh. Kalau anda perlukan khidmat Ejen Hartanah untuk menjual kan hartanah anda boleh lah klik ke sini : Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

cara jual rumah

2) Jual sendiri

Kalau anda tak terlalu sibuk, cara jual rumah yang terbaik untuk anda mungkin dengan jual sendiri.

Jika anda jual sendiri, anda dapat jimatkan 3% agent fee.

Anda juga boleh berunding dengan pembeli secara direct, di situ mungkin anda boleh dapatkan harga yang lebih tinggi jika anda power bab-bab nego harga.

Dari segi peguam pula, jika anda ada kenal peguam sendiri, anda boleh lantik peguam yang anda percaya.

Kekurangan dengan cara macam ni adalah memerlukan anda meluangkan banyak masa untuk reply pertanyaan pembeli, bawa pembeli tengok rumah, nak ulang-alik jumpa peguam, dan lain-lain urusan.

Kesimpulan

Cara jual rumah mana yang terbaik tu terpulang kepada anda. Anda nak jimat 3%, atau pun anda tak nak pening-pening urus hal jual rumah, biar ejen ja buat.

Bagi penulis, tak perlu lah pening kepala. Serahkan pada yang pakar. Boleh klik sini jika nak jual rumah anda : Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

BACA LAGI: Tips Jual Rumah Cepat