Seperti yang anda semua tahu pada zaman sekarang ni harga rumah betul-betul dah kategori mahal. Rumah undercon area selangor ni dalam 400k-500k, bermakna gaji bersih perlu dalam RM4000 ke atas untuk beli. Jadi, saya yakin mesti ada di antara anda yang bercadang nak beli tanah dan buat rumah sendiri.

Kalau beli tanah dan buat rumah sendiri ini kos mungkin lebih rendah berbanding beli rumah daripada pemaju atau rumah subsale. Tetapi kena tau cara beli tanah untuk buat rumah ni, tak boleh hentam beli macam tu saja.

“Cara Beli Tanah Untuk Buat Rumah”

1) Pastikan tanah yang bakal anda beli mepunyai satus geran individu yang berasingan bukannya di bawah master title. Bank tak akan bagi loan kalau tanah tu bawah master title.

2) Check zon tanah tu. Kalau anda nak tahu setiap ada ada zon masing-masing. Jika tanah tu di bawah zon industri, anda tak boleh buat rumah kediaman. Pasti tanah tu dalam zon perumahan.

3) Untuk memudahkan urusan, anda boleh lantik peguam yang boleh uruskan pembelian tanah. Biar peguam uruskan dulu tentang hal-hal semakan tanah. Kalau semua dah memenuhi syarat dan ikut undang-undang, baru la anda proceed untuk beli.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau boleh lantik peguam yang berpengalaman dan panel dengan bank. Nanti mudah untuk anda buat loan.

4) Pinjaman untuk pembelian tanah pula hanya 60%-70%. Jadi perlu sediakan cash yang lebih jika nak buat rumah sendiri. Ada yang saran untuk anda buat personal loan untuk beli tanah jika tak ada cash yang banyak, tetapi personal loan agak tinggi interest.

5) Lepas dah berjaya beli dan tukar geran, anda dah boleh mula dapatkan approval daripada pihak yang terlibat untuk plan rumah anda. Selalunya kontraktor yang akan uruskan. Jadi pilih la kontraktor yang berpengalaman dan dah banyak buat rumah guna loan bank ni.

Pastikan anda mula bina rumah dalam tempoh 6 bulan selepas dapat tanah jika anda nak claim KWSP untuk rumah anda tu:

BACA LAGI: Pengeluaran KWSP untuk rumah

“Apakah Masalah Yang Selalu Timbul Bila Beli Tanah?

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pembeli tanah ada dikongsikan oleh TheVocket:

  • tanah lot yang dibeli tidak wujud
  • tiada geran individu yang berasingan
  • penjual gagal memindahmilikkan tanah lot kepada pembeliwalaupun pembeli telah membuat bayaran sepenuhnya harga jual beli
  • jual beli tanah lot tidak dibuat mengikut prosedur perundangan yang sebenar dan tidak diuruskan oleh peguam hartanah yang berpengalaman
  • tanah lot yang dibeli tidak boleh dipecah lot akibat masalah perundangan
  • tanah lot yang dibeli tidak sesuai untuk didirikan rumah di atasnya di mana ianya tidak termasuk dalam¬†zoning¬†perumahan atau saiz dan bentuknya tidak sesuai untuk didirikan rumah yang dikehendaki
  • penjualan tanah lot yang berlapis dimana satu lot tanah dijual kepadalebih daripada seorang pembeli
  • dan pelbagai lagi masalah lain yang kalau saya hendak cerita disini akan mengambil masa berhari-hari lamanya.

Jadi untuk anda beli tanah dan buat rumah sendiri mungkin menjimatkan wang daripada terus beli rumah yang dah siap atau under construction, tetapi anda perlu lebih teliti dan berhati-hati supaya anda tak kena hadap masalah-masalah tertentu bila anda nak buat rumah nanti.

Sebagai tambahan, bagi anda yang ada keinginan untuk membeli rumah bersesuaian dengan bajet harga rumah yang anda tetapkan. Anda boleh klik di sini: Beli Rumah, kami akan semak untuk anda.

 

6 thoughts on “Cara Beli Tanah Untuk Buat Rumah Sendiri”

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Saya Firdaus, terima kasih kerana berkongsi ilmu hartanah. Walaubagaimanapun, di manakah saluran yang boleh dipercayai untuk mencari tanah yang hendak dijual?

    Terima Kasih,
    Firdaus

    1. Salam Firdaus. Banyak saluran yang boleh di percayai.
      1) berkenalan rapat dengan rakan ejen hartanah berdaftar yang sudah lama dalam industri
      2) iproperty
      3) propertyguru

    1. geran bersama ada 2 kategori

      1) geran kongsi lot lidi
      Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli. Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang. Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.

      2) geran pemilikan bersama
      Jika pemilik2 geran bersama telah berpakat untuk jual, tidak jadi masalah. Jika ada setengah setuju, ada yang tidak, baik elakkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.