Selalu kita banyak berbincang dan bagi contoh cara beli rumah medium cost, macam mana pulak cara beli rumah low cost?

Sama atau berbeza? Rumah low cost ada syarat tau nak beli dan memang kena tau caranya.

Kalau boleh, banyak tu orang nak beli rumah low cost sebab harga yang rendah.

Tapi sebelum tau cara beli rumah low cost ni, anda juga perlu tahu tentang kelebihan dan kekurangan rumah low cost ni.

Kelebihan Rumah Low Cost

Paling yang ramai suka memang la harganya yang murah. Semuanya bawah RM200,000.

Kalau dekat kawasan bandar pun boleh dapat RM180,000 macam tu. Kalau luar bandar sikit mungkin dalam RM120,000 boleh dapat dah.

Kalau harga macam tu, komitmen bulanan baru RM600-900 ke bawah. Best kan.

Kelebihan lain ialah rumah low cost dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah, jadi yang gaji tinggi tak boleh la nak bolot.

Kekurangan Rumah Low Cost

Antara kekurangan yang sering jadi bualan ialah:

1) Ruang Letak Kereta

Disebabkan untuk cut cost pembinaan, tapak pembinaan sudah semestinya tak luas. Jadi ruang parking kereta sangat terhad.

Satu blok yang ada 50-80 unit mungkin hanya dapat 20-30 tempat letak kereta sahaja. Tiada slot khas mengikut rumah.

Untuk parking kereta memang akan sangat mencabar, yang guna motorsikal mungkin tak perlu risau bab parking.

2) Maintenance

Maintenance pula agak kurang kerana kebanyakan penghuni susah nak bayar Maintenance Fee.

Kekurangan pungutan duit maintenance menyebabkan blok anda tak anda diselenggara dengan baik. Tambah-tambah lagi jika yang ada lif.

3) Pendatang asing

Paling kurang best banyak pendatang asing di sesuatu kawasan tumpuan industri.

Disebabkan sewa yang murah, banyak syarikat yang menyewa untuk pekerja asing.

Tapi bukan semua rumah low cost adalah masalah ni.

4) Kebersihan

Disebabkan perkara 3 dan 4 tadi, kebersihan rumah low cost tidak terjaga. Kebanyakan rumah low cost agak kurang bersih.

Walau macam mana pun, kekurangan di atas ni bukan la nak takutkan anda supaya cancel beli rumah low cost tu. Kita berkongsi agar anda boleh siapkan diri dengan situasi yang bakal anda hadapi. Jadikan low cost rumah pertama, nanti dah cukup gaji dan deposit, beli la rumah kedua yang medium cost pulak.

Syarat dan Cara Beli Rumah Low Cost

Cara beli rumah low cost tak ada beza dengan cara beli rumah yang lain TETAPI perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Syarat rumah low cost ni pula di bawah kerajaan negeri. Akan ada sedikit perbezaan.

Contoh di Selangor, syarat-syarat beli rumah low cost adalah seperti:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin di Negeri Selangor
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja
  5. Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
  6. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di jadual di bawah :

    Julat Harga Pasaran
    (Jenis A/RKR/KSR/ setaraf dengannya)

    Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM)

    RM 100,000.00 dan ke bawah

    5,000.00

      RM 100,001.00  –  RM 250,000.00

    7,000.00

      RM 250,001.00  –  RM 300,000.00

    9,000.00

      RM 300,001.00  dan ke atas

    10,000.00

    Sumber: LPHS

Kalau Kuala Lumpur pula syaratnya:

  1. Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
  2. Telah berkahwin
  3. Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
    – tidak melebihi RM3,000.00 untuk Kos Rendah
    – tidak melebihi RM4,000.00 untuk Kos Sederhana.
  4. Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  5. Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
  6. Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti

Kebanyakkan berbeza dari segi gaji dan ada tambahan syarat tertentu. Jadi sila semak dulu syarat untuk negeri anda di website lembaga perumahan negeri masing-masing. Kalau anda memenuhi syarat, cari peguam yang pakar untuk pembelian rumah low cost untuk mempercepat proses anda dapat rumah.