Pernah dengar rumah lelong tak? Kalau yang pernah dengar mesti tentang murahnya rumah lelong, tapi tahu tak cara beli rumah lelong?

Betul, memang rumah lelong jauh lebih murah daripada harga market sebab nama pun lelongkan.

Rumah lelong ni adalah rumah yang dilelong oleh pihak bank apabila peminjam gagal membayar untuk tempoh waktu tertentu.

Bank akan lelong untuk cover baki pinjaman mereka tu. Harga rumah tak tetap, dan bergantung kepada pihak bank.

Harga rumah juga bergantung kepada bidaan. Eh, bidaan? Ha, bab bidaan akan disentuh sekejap lagi.

Cara Beli Rumah Lelong

Rumah lelong ni bukan la rumah undercon yang ada di satu tempat saja. Rumah lelong ada di merata tempat di pelbagai negeri.

Sebab itu la langkah yang pertama sekali anda perlu cari listing rumah lelong ni.

Listing rumah lelong anda boleh cari di surat khabar, beli di website, atau pun melalui bank.

Dalam listing tu, akan ada maklumat rumah termasuk alamat rumah tersebut. Cari la rumah di kawasan yang anda nak.

Selepas tu baru la masuk langkah kedua iaitu membuat tinjauan. Tinjauan ni sangat penting untuk anda tengok keadaan kawasan dan juga keadaan rumah.

Kalau rumah rosak teruk, anda nak kena anggar kos repair rumah tu pulak. Kalau rumah tu berpenghuni, nak kena bagi notis suruh pindah.

Kalau penghuni ni owner lama, lagi la susah nak suruh pindah. Jadi, memang wajib buat tinjauan.

Langkah ketiga adalah survey harga pasaran dan tetapkan harga maksimum yang anda boleh bayar untuk rumah tu.

Ingat ye, ni rumah lelong. Pastikan harga anda dapat lebih rendah daripada harga pasaran. Lagi satu, masukkan sekali kos untuk repair rumah tu jika ada kerosakkan teruk.

Nanti akan ada bidaan untuk setiap rumah, harga akan naik setiap kali peserta bida. Itu pentingnya tetapkan harga maksimum agar tak terlebih budget. Nanti asyik lawan bida, tak sedar harga terlebih tinggi, kan dah rugi.

Yang keempat pula, sila sediakan deposit yang mencukupi dan semak dulu kelayakan pinjaman anda.

Nak sertai lelongan rumah ni, anda perlu meletakkan deposit ikut harga rumah, akan dipulangkan jika kalah.

Tapi kalau menang, anda perlu bayar harga rumah dalam tempoh tertentu. Kalau lambat, deposit burn. Kalau loan kena reject pun deposit burn.

Apa pun sebab anda, deposit tetap akan burn kalau anda dah menang tapi tak boleh bayar. Sebab tu kena semak kelayakan dulu sebelum pergi membida.

Akhir sekali, sila pergi ke tempat membida seawal yang mungkin. At least 2-3 jam awal.

Untuk memudahkan anda, kami sarankan untuk anda gunakan otai rumah lelong atau agent yang pakar cara beli rumah lelong. Terutamanya yang first time. Membida rumah lelong ni agak complicated, kalau tersalah langkah hilang la deposit. Jadi, dapatkan nasihat daripada agent anda dulu ye.

BACA LAGI: Jangan Beli Rumah Lelong??