Mungkin ada yang dah tahu atau ada baca artikel tentang ASB Financing atau loan ASB, ada di antara anda tertanya-tanya.

Tanya tentang apa? Selalu jadi pertanyaan adalah “Nak buat loan ASB dulu atau beli rumah dulu?”

Sebab ada yang ada berbelah bagi, nak beli rumah dulu pun dah mampu tapi pada masa yang sama nak buat loan ASB.

Kalau nak buat dua-dua serentak, tak lepas pulak. Jadi, mana satu ye?

Loan ASB Dulu atau Beli Rumah Dulu?

Perkara ni tak ada betul atau salah pun, cuma ada segelintir daripada rakan-rakan yang minta pendapat.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kena tengok kepada objektif dan situasi anda sekarang.

Contoh 1:

Anda nak beli rumah, dah buat semakan loan dan memang lulus untuk beli rumah. TAPI, deposit tak cukup.

Untuk contoh 1, masalah anda adalah deposit tak cukup. Jadi adalah lebih baik anda buat loan ASB dulu untuk dapatkan modal.

Nanti terminate loan ASB tu anda akan dapat lebihan untuk buat renovation sekali.

Contoh 2:

Deposit dah cukup, loan pun dah lepas. TAPI, duit simpanan akan jadi kosong, tak boleh nak renovate rumah lepas tu.

Untuk yang macam ini anda boleh proceed ja beli rumah tu. Bab renovate tu anda akan ada masa 6-9 bulan untuk kumpul duit.

Sebab apa? sebab 6-9 bulan tu baru anda akan dapat rumah tu atas nama anda. Itu adalah proses pembelian rumah.

BACA LAGI: Tempoh Proses Beli Rumah

loan ASB dulu atau beli rumah dulu

Kalau anda beli rumah subcon/projek lagi la banyak masa anda ada. Rumah projek kalau landed selalunya 24 bulan, kalau apartment/kondo dalam 3-4 tahun sebelum anda kena bayar full monthly payment.

Jadi anda boleh budget berapa kos renovate dan berapa nak simpan. setiap bulan.

Lepas tu, kalau anda masih lagi ada kemampuan buat la loan ASB, sedikit pun tak apa.

Boleh guna untuk modal rumah kedua anda di masa hadapan, mana tau ada rezeki kan.

Kesimpulannya anda tak perlu pening, tengok kepada situasi. Kalau boleh buat kedua-dua sekali pun tak ada masalah, lagi best.