Boleh Ke Bina Rumah RM 50,000? Scam Ke Nie?

SAYA BUKAN ENGINEER…. TAPI SAYA NAK TAHU, BOLEH KE NAK BINA RUMAH ALA BANGLO DENGAN MODAL RM 50K?? KETAHUI APA YANG ANDA HARUS FAHAMI DALAM MEMBINA SEUNIT RUMAH

Dari awal awal lagi saya ingin jelaskan, Rm 50K adalah budget memang boleh dilakukan…. Namun begitu, sila baca hingga habis supaya kita tidak dikatakan “tiada ilmu” mengenainya dan tetapi pandai pula berkata kata….

Relek relek…. Jangan stress sangat baca benda ni… Kita santai santai sahaja….. Perlahan lahan hadamkan…. Anda akan dapat berfikir secara rasional nanti dan akhirnya mampu mendapat jawapannya nanti…….

Baiklah, saya sebenarnya terpanggil untuk mengupas perkara ini kerana agak ramai yang pm dan berterusan bertanya tentang kemunculan tokoh artis hebat di saluran TV arus perdana, tak lain tak bukan ia mengenai rumah seakan banglo dengan harga yang murah dan sangat mampu milik iaitu Rm 50k sahaja….

Gila lah…. sapa tak nak duduk banglo kan… orang lain bayar berjuta- juta nak ada banglo…. Kita boleh dapat banglo dengan modal Rm 50K. Jarang orang kurang cerdik mampu tolak tawaran sebegitu…..

OK, mungkin sebelum ini ramai yang mengenali saya hanya sebagai “Abam Pegang Burung” atau Perunding Hartanah. Namun tidak ramai yang mengenali saya sebagai jurutera yang agak berpengalaman dalam bidang kejuruteraan lebih 17 tahun. Kalau nak cerita satu persatu…. panjang la pula.

OK… itulah secara ringkas, saya sememangnya pernah bertugas dalam industri kejuruteraan awam dan mekanikal ringan dan berat…Oklah cukup kot sedikit pengenalan…..

SEBELUM JAUH, FAHAM DULU APA MAKSUD RUMAH??
==============================================

OK, faham dulu apa maksud rumah??
Rumah bermaksud ruang untuk kita tinggal dimana
i) tempat tinggal itu cukup berlantai untuk kita berlindung

ii) ia juga cukup ruang untuk kita bernaung dari pengaruh keadaan alam sekitar dari hujan panas, maksudnya cukuplah ia berdinding dan berbumbung juga lengkap keperluan ruangnya
Rumah tadi juga, secara fizikal tidak perlu mengandungi unsur-unsur berlebihan dari segi kemewahan atau keindahan atau estetik melampau.

APAKAH YANG MENYEBABKAN HARGA SEBUAH RUMAH ITU MURAH ATAU MAHAL UNTUK DIBINA???
===============================================

Berikut adalah kos kos asas yang perlu diambil kira untuk menyiapkan seunit rumah…..
i) Kos Tanah – Jika sememangnya ada tanah percuma Rm 50k masih berkemungkinan
ii) Kos Barangan Asas – Selalunya kos batu bata atau konkrit atau kos binaan stuktur atau kos asas samada “piling” atau asas papak sehingga naiknya bangunan hingga ke atap… pendawaian, peralatan asas elektrik seperti “switch” atau kipas dan sebagainya….

Memang ada teknik boleh jimat, seperti pengunaan “gypsum board” untuk dinding dalaman…. Kaedah “IBS” tidak dinafikan mampu menjimatkan…. tetapi kos kos asas tetap perlu diambil kira.

iii) Kos Buruh – Ia juga antara kos yang tertinggi, terutamanya bagi kerja kerja khas…. Bagi yang kurang biasa dengan kerja kerja pembinaan…. buruh ada kemahiran berbeza untuk mendapatkan kemasan terbaik….

Jangan sesekali fikir ia sangat mudah untuk mendapat pekerja yang boleh buat semua benda…. 3 in 1…. Kebiasaannya bagi, pekerja mahir kerja lepaan dinding atau “plaster” jarang boleh melakukan kerja pendawaian elektrik. Malah kebiasaanya, mereka ada kemahiran mereka sendiri… ada yang mampu buat kesemua kerja atap dan ada yang biasa kerja tetulang atau kerja kerja struktur.

iv) Kos Mesin – Ia juga merupakan antara kos tertinggi juga dalam kerja kerja pembinaan banguan, ini adalah kerana kebiasaannya…. sewaan mesin adalah sekali dengan “operator”nya.

Jangan pandang rendah kepada mereka, kerana “operator” mempunyai berlesen dan bertauliah sebagai pengendali mesin mengikut pengkhususan seperti mesin angkat atau sebagainya.

Sebagai contoh pemandu lori tidak mesti boleh mengendali mesin kren. Ok… saya tambah lagi, semakin tinggi bangunan bermaksud maka semakin lama juga pengunaan mesin tersebut…. Ini bermaksud, akan semakin tinggi kos operasi kren, kos minyak dan selengara, kos sewa juga kos operator….

v) Kos Penyediaan Tapak Sebelum Membina Bangunan – Ini paling mudah tetapi ramai kebanyakan mereka yang kurang faham kejuruteraan merasakan ia kurang penting….. sedangkan ia menentukan kestabilan stuktur bangunan tersebut selepas siap…. Serius ini sangat penting….

Baiklah, saya jelaskan lagisebelum menaikkan bangunan, adalah penting memastikan tapak bangunan tersebut selamat…. .
Jangan salah faham maksud yang saya ingin sampaikan…. Selamat yang saya maksudkan adalah usaha bagi mengelakkan dari kejadian tanah runtuh atau mendapan melampau selepas bangunan siap….

Ok ok… Masih tak faham ye, jika membina bangunan tanpa memastikan tanah dan stuktur rumah tadi stabil…. Ia bakal beri bencana dan kesusahan kepada pemilik akibat mendapan dan akhirnya keretakan stuktur nanti… Jadi, jangan ambil mudah….

vi) Kos Pematuhan Spesifikasi Bahan – Ini antara terpenting, mungkin bagi yang bukan aliran kejuruteraan, anda mungkin hanya akan faham “Konkrit” itu kita gunakan untuk buat stuktur…. tetapi bagi kami yang sememangnya dalam bidang… terdapat gred gred khas sesuai untuk menampung beban bangunan…. Ia ditentukan oleh jurutera bertauliah…

Sebagai contoh, jika kita kata untuk tetulang stuktur Gred 30, maka ada campuran asas yang harus dipatuhi…. Nilai jumlah simennya, nilai batunya… saiz batunya…. Jika perkara ini, langsung tidak penting dan tiada kawalan…. Pasti ia kerja mudah, dan dalam masa yang sama membawa risiko kepada pemilik….
vii) Kos Pemasangan Meter Air, Elektrik dan Pembentungan – Ia juga kos yang biasa untuk setiap rumah baru…. Nak kata sangat murah tidak juga…. tetapi ada kos kos yang pemilik harus tanggung…….

JADI, BOLEH KE BINA RUMAH MACAM BANGLO 50K?
===========================================

Boleh, tapi sila lihat dulu spesifikasi bangunan…. Jika bangunan mengunakan teknik hebat kejuruteraan German sekalipun….. perkara dia atas adalah keperluan yang harus pemilik ambil kira…… Walau ia tidak mustahil, walau apa mereka bentangkan logik….. ambil kira faktor yang saya katakan….

Tapi, paling paling penting adalah jangan pikir untung dahulu. Kaji cara mereka berkerja dan apa proses yang mereka jelaskan….. Sebagai contoh, bayar 100% dulu barulah dapat rumah…. Maka kena 200% hati hati kerana anda mungkin bakal tidak akan menerima rumah anda…..

Paling kita takut adalah, Rm 50k tadi hanya janji dan mimpi yang bakal tidak tertunai. Dalam proses pembinaan rumah kebiasaanya, adalah biasa dibayar secara “progressive” atau mengikut tahap peratusan penyiapan kerja…. Bukan bayar penuh dan akhirnya mereka hilang dan mimpi tadi tidak tertunai.

Walaupun mereka kata mereka pakar, jangan sesekali tertipu, kononnya teknologi mereka melangit tinggi…. takut takut ia hanya janji melambung tinggi sahaja nanti…..

Saya lepaskan kepada kebijaksanaan anda untuk membuat penilaian, jika ditanya Rm 50k boleh atau tidak…..

Jawapannya , PASTI BOLEH…

Cuma, tahu apa spesifikasi….. ketahui apa yang dibayar itu, berbaloi dengan apa hasil yang bakal kita terima nanti…..

Jangan hanya termakan janji, seronok membayar 50k, akhirnya anda pula hidup kesugulan dengan hanya impian banglo tangisan ternanti nanti…

Semoga panduan diatas beri manafat untuk anda, akhirnya ia mampu mengelakkan dari menjadi mangsa igauan dan mimpi mimpi yang tak sudah….

** Pssttt, saya nak tanya kalau anda pernah atau biasa buat kitchen cabinet pun makan 5k ke 8k, sebab harganya Rm 150 hingga Rm 220 per foot run… Tapi ni cerita, 50k nak buat banglo‚Ķ ok ke??

Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG
Sahabat Hartanah Anda Yang Perihatin

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty