Betul ke beg ni boleh selamatkan nyawa kita dari jadi mangsa kebakaran?

Jangan tak percaya. Memang sudah ada beg yang dicipta untuk menyelamatkan nyawa dari terkorban dalam nahas kebakaran. Jika anda berada di bangunan yang tinggi dan terperangkap di balcony kerana api sudah mulai marak sampai ke depan pintu rumah, beg ini mungkin boleh menyelamatkan anda. Beg ini amat sesuai untuk siapa-siapa yang tingal di bangunan kediaman tinggi lebih dari 2 tingkat.

Iyelah. Jika nak lompat dari tingkat ketiga dan keatas, keberangkalian untuk selamat dari impak lompatan adalah rendah. Maka, beg penyelamat kebakaran ni boleh meningkatkan kebarangkalian anda untuk anda keluar dari tingkat rumah anda dengan selamat. Tapi , INGAT! Cuma guna beg ini jika betul betul terdesak. Jangan la sebab anda malas nak berebut turun tangga semasa Fire Drill, anda gunakan Beg Penyelamat Kebakaran ini pulak. Ini buang tabiat namanya.

Diasaskan oleh skyscaver.com, beg ini dicipta dengan ciri-ciri:

  • Tahan haba
  • Boleh menampung berat dari 30 ke 120 kg
  • Automatic Mechanical Braking System yang menurunkan mangsa dengan kelajuan 1 to 2 meter sesaat
  • Full High Rise Safety System termasuk Certified Carabiner dan dua Anchor Points

Cara Menggunakan Beg Penyelamat Kebakaran

  • Click: Cara nak guna pun mudah sahaja. Anda cuma perlu sarungkan beg sandang ini sepeti beg sandang anda yang lain. Kemudian ketatkan semua tali keselamatan ke badan.
  • Hook: Sangkut anchor anda ke pre-installed anchor point di kawasan tingkap atau balcony.
  • Exit: Segera keluar dari rumah anda melalui tingkap atau balcony. Jangan risau, beg ini mempunyai brek keselamatan yang membolehkan anda turun dengan kelajuan selamat dan terkawal.

Berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh lihat video cara penggunaan beg ini di sini.

Cara-cara Untuk Membeli Beg Penyelamat Kebakaran

Dipasarkan di Amerika Syarikat, anda boleh mendapatkan beg penyelamat kebakaran ini melalui laman web rasmi Skyscanner.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Anda boleh memilih beg ini dari 3 jenis pilihan. Semuanya jenis pilihan ini mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang sama kecuali jumlah panjang tali: 25 meter, 50 meter dan 80 meter. Pastikan anda dah siap siap kira tinggi tingkat yang anda tingkat sebelum membeli beg ini ya? Nanti tak pasal pasal terlalu pendek pula.

Apapun, banyak lagi cara-cara yang kita boleh lakukan jika terperangkap dalam kebakaran di tempat tinggi. Tapi, Beg Penyelamat Kebakaran ini mungkin boleh meninggikan kebarangkalian kita untuk selamat. Jadi, tak salah bersedia kan?

Semoga bermanfaat!

Rujukan:

  1. Skysaver Official Website

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

FB : Kaki Property

#kakiproperty

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.