Categories
Coretan KakiProperty

Beli Rumah Masa Gawat? Ini Tips Dari Tuan Afyan Mat Rawi

Tahun 2016 dijangka tahun gawat pada kita semua. Walaupun begitu, keinginan memilik rumah itu ada. Sebenarnya, semasa waktu ini lah offer hartanah tersangat lah banyak dan tersangat lah awesome. Ada hartanah 2nd hand yang dijual hingga 10-20% di bawah market value. Banyak tu! Baca lanjut untuk tips beli rumah masa gawat.

afyan-cover-copy

afyanJika anda mahukan listing rumah yang menarik dari kami boleh like page facebook kami iaitu KakiProperty dan HartanahKLSelangor.com di facebook. Jangan lupa tekan like dan follow!

Mari kita lihat apa pendapat Tuan Afyan Mat Rawi katakan dalam membeli rumah masa gawat. Tuan Afyan adalah Perancang Kewangan Islam (IFP) yang terkenal dan merupakan orang yang kental memerangi scammers dan skim cepat kaya kaki tipu yang berleluasa. Anda boleh ikuti beliau dengan like dan follow Facebook page beliau iaitu Afyan Mat Rawi, IFP

Mari, kita lihat apa beliau kata :

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Seorang rakan bertanya saya nasihat saya utk membeli rumah utk didiami pada zaman gawat sebegini. Ini respon saya:

1. Beli rumah subsale, yakni rumah “2nd hand ” dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.

2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun.

3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.

4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.

5. Pilih bank yg berikan harga yg tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.

6. Beli rumah yg installment lebih kurang sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.

7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerjaatau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.

Bernas kan info beliau.

Tambahan dari saya :

  1. Jangan takut untuk mula membeli.Try shop around.

2.Cuba lihat pasaran lelong.But proceed with care

3.Untuk pasaran subsale (2nd hand) try to shop around. Jika harga ok dan berkenan di hati, ambil saja.Cuba untuk negotiate harga terbaik.Sekarang adalah buyers market.Untung untung boleh dapat harga dan keadaan lebih baik dari rumah lelong.

  1. Tuan Afyan mengatakan elakkan rumah underconstruction. Jika mahu juga, lihat bukan hanya pada tawaran tetapi pada kreadibiliti syarikat pemaju tersebut.

Selain itu jika rumah itu sudah atau hampir siap dibina dan pada harga yang elok,mungkin boleh pertimbangkan.Ada satu saya syorkan. Ianya terletak di Senawang.Kawasan perumahan strategik.Besar pula saiz nya. Rumah cuma tunggu kunci saja dan booking hanya RM300! Nak tahu lebih lanjut boleh klik link post facebook ini: Rumah Teres Besar Senawang RM300! (Anda klik dan akan dibawa ke post fb saya.Boleh lah add saya terus ?)

Saya sarankan jika anda punyai kewangan yang kukuh, start lah beli rumah sekarang dalam tahun ini. Sama ada untuk beli sendiri atau untuk investment, ini lah masa terbaik untuk shopping hartanah.

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Kalau anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

By Tajul Rijal Annuar

Tajul Rijal adalah seorang Usahawan dan Perunding Hartanah. Beliau adalah salah seorang pengasas Kakiproperty.com.

Di masa lapang nya beliau suka menikmati sushi dan makanan korea bersama adik nya serta bermain bersama anak buahnya, Amsyar dan Cik Min.

Beliau pakar dalam digital marketing dan hebat dalam teknik sales. Selain itu, beliau juga Perunding Hartanah berpengalaman yang telah membantu klien nya menjual hartanah mereka dengan jayanya.

Untuk konsultansi, boleh whatsapp beliau di 0182407720

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.