Beli rumah dengan KWSP? Ada step yang betul tak supaya tak sangkut tengah jalan? Relax. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jom follow step berikut.

Sebelum kita proceed mesti ada yang masih tertanya-tanya,

“Apa itu KWSP?”

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lazim dikenali sebagai  KWSP/EPF ialah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)

Apakah tujuan KWSP ditubuhkan?

Tujuan KWSP ini adalah menyediakan persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai,Pendek kata kita gelar dia sebagai ‘forced saving‘ atau simpanan yang dipaksa.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau ikutkan, simpanan ini adalah 23% daripada gaji; yang mana 11% daripada gaji kita dan 12% pulak ditambah oleh majikan dicarumkan kepada akaun KWSP individu.

Erti kata lain,KWSP ni ibarat back up untuk diri.Jika KWSP ini tiada,maka hampir ramai pekerja tiada skim pencen,kesudahannya merana di kemudian hari.

Akaun KWSP kita ada dua, Akaun 1 dan Akaun 2 

Akaun 1 adalah 70% daripada jumlah gaji yang ditolak dan akaun ini hanya boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat, iaitu mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.

Akaun 2 pula 30% daripada jumlah yang ditolak. Akaun 2 ni la yang kita boleh keluarkan untuk tujuan tertentu, contohnya untuk membeli rumah.

So macam mana cara nak beli rumah dengan KWSP step by step?

1. Semak KWSP dan Semak Kelayakan                    Pinjaman

  • So kalau nak check baki dalam KWSP dan penyata tahunan senang je,anda boleh pergi ke kiosk KWSP terdekat atau pejabat KWSP berdekatan.

    beli rumah dengan KWSP

    Gambar: Mesin Kiosk KWSP

  • Setiap kali membeli rumah, deposit rumah memang diperlukan untuk kebanyakan kes pembelian rumah. Standard 10%, 90% loan
  • Kebiasaannya bank akan bagi maksimum loan adalah sebanyak 90% dan yang selebihnya anda cover sendiri

“Apa syarat kelayakan untuk beli rumah dengan duit                KWSP?”

  1. Ahli bertaraf Warganegara atau Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa tarikh permohonan
  3. Akaun Simpanan dalam Akaun 2 masih minimum RM500
  4. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran untuk beli rumah pertama guna kwsp(untuk pembelian rumah kedua atau ketiga) melainkan rumah pertama tu dah pindah milik atau kena jual.
  5. Ahli telah menandatangani surat perjanjian membeli rumah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan.

Tidak Layak Untuk Mohon Pembelian Rumah Dengan KWSP sekiranya:

  • Membeli rumah tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk overdraft
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Tertaluk pada syarat kelayakan tadi.Anda boleh apply untuk kebanyakan jenis rumah kediaman seperti banglo, SemiD, teres, apartment, condominium, studio apartment, townhouse, atau SOHO.

Pastikan loan anda diberi oleh syarikat berlesen. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan semasa dalam proses pembelian rumah. Basically kebanyakan daripada kita apply loan beli rumah dengan pihak bank dan tidak menjadi suatu masalah kerana bank sudah pun berlesen.

Bagi mereka yang berurusan membuat loan dengan badan-badan lain hendaklah menepati syarat berikut:

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

Seperti mana awal tadi berkaitan deposit rumah, anda perlu cover guna duit sendiri dulu,kemudian baru claim dengan KWSP. Jangan salah faham ye, KWSP tak bagi anda cash untuk pembayaran deposit tersebut. Kalau tak mesti ramai yang akan salah guna.

2. Buat Pengiraan Jumlah Pengeluaran  KWSP

ansuran rumah

“Macam mana nak kira jumlah pengeluaran untuk beli           rumah dengan duit KWSP??”

CONTOH  PENGIRAAN PENGELUARAN KWSP

amount  yang boleh dikeluarkan ada dua, individu dan bersama

  • Individu

Jumlah pengeluaran adalah perbezaan antara harga rumah dengan loan dan tambah 10% daripada harga rumah;atau semua simpanan akaun 2

(Harga Rumah – Loan)+10% harga rumah = Jumlah boleh keluar

CONTOH:

Harga Rumah RM500,000. Loan 90%(RM450,000), 10% harga rumah(RM50,000)

(RM500,000 – RM450,000)+RM50,000

=RM100,000

Jadi jumlah boleh keluar adalah sebanyak RM100,000.

“Kalau Akaun 2 tak cukup dengan jumlah pengeluaran?”

Jangan risau anda boleh keluarkan semua jumlah dalam Akaun 2 tu yang penting tak kacau Akaun 1.

  • Bersama

Basically kes ni berlaku antara suami dan isteri iaitu gabungan lebih dari satu nama yang boleh buat join loan. Pengiraan jumlah pengeluaran adalah tetap sama atau boleh keluarkan semua akaun 2 masing-masing mengikut jumlah maksimum yang dibenarkan.

Contoh jumlah pengeluaran RM100,000, masing-masing sepatutnya RM50,000(suami dan isteri)

Akaun 2 Suami: RM70,000

Akaun 2 Isteri: RM40,000

Jadi, akaun 2 Isteri boleh keluar semua RM40,000 sebab kurang daripada RM50,000

Tapi akaun 2 si suami hanya setakat RM60,000 sebab hasil tambah dua dua dah cukup RM100,000

3. Lengkapkan dokumen dan hantar                        permohonan kepada KWSP

Syarat, Kelayakan dan jumlah yang boleh dikeluarkan dah tahu,

beli rumah dengan KWSP“Jadi macam mana nak apply KWSP ni untuk tujuan beli          rumah?”

Bila semua syarat anda yakin lepas,anda perlu pastikan semua dokumen yang  diperlukan adalah  lengkap. Apabila semua lengkap, pihak KWSP akan proses permohonan anda dalam tempoh 14 hari, duit akan ditransfer masuk ke dalam akaun bank simpanan.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
  4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen sokongan:

  1. Sale and Purchase Agreement

  2. Offer Letter Loan rumah anda

  3. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes pembelian

4. Terima Duit Beli Rumah

Apabila semua lengkap ,pihak KWSP akan proses permohonan anda dalam tempoh 15 hari, duit akan ditransfer masuk ke dalam akaun bank simpanan dengan syarat:

  • Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bagi mereka yang tinggal di luar negara ,jangan risau bayaran adalah melalui Draf Bank Asing

Kesimpulan

Pengeluaran KWSP ini sedikit sebanyak membantu dari segi kewangan. Dengan wujudnya forced saving ni dapat memastikan anda mempunyai wang simpanan secara efisien dan dapat memudahkan proses membeli rumah. Dalam pada masa yang sama dapat merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah idaman anda yang mungkin tergendala akibat kesempitan wang dan ansuran pinjaman yang terlalu tinggi.

Bagi segelintir daripada anda rasa dokumen dan syarat yang dikenakan agak leceh untuk beli rumah dengan KWSP, percayalah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Kalau fikir semula ianya berbaloi sebab boleh dapatkan semula deposit yang kita keluarkan.

Jadi, dengan artikel ini moga ia dapat membantu anda daripada berlaku kekeliruan berkenaan cara untuk membeli rumah dengan KWSP.

Sumber rujukan: KWSP

Jika anda ingin membeli rumah atau mungkin semak harga rumah boleh rujuk di SINI, nanti kami tengokkan.