Eh, ada ke orang beli rumah, boleh pergi haji? Macam pelik je, skim apa pulak ni. Cabutan bertuah ke apa ni.

Sebenarnya memang tak mustahil pun anda beli rumah dan kemudian boleh pergi haji.

Ha, ni la yang selalu orang sebut markup loan di mana anda dapat duit selepas beli rumah.

Beli Rumah Dengan Markup Loan

Apa sebenarnya markup loan ni? Markup loan ni adalah bila anda beli rumah tapi loan rumah tu anda apply lebih tinggi daripada harga rumah yang anda nak beli.

Sebagai contoh, rumah yang anda nak beli harga yang diletak oleh owner rumah tu ialah RM200,000 sahaja. Tetapi harga market adalah RM250,000.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Bila anda apply untuk loan, anda perlu apply seolah-olah harga rumah tu harga RM250,000. Ingat, bank hanya akan bagi 90% daripada harga rumah.

Kalau apply untuk RM250,000, jika lulus anda hanya dapat RM225,000. RM25,000 adalah lebihan untuk anda.

beli rumah

 

“Eh, duit bukan dapat kat owner ke? Takkan owner bagi balik kat kita?”

Soalan ni memang selalu ditanya. Yela kan, tak pasal-pasal beli harga terlebih tinggi pulak.

 

Untuk pengetahuan anda, bank tak bagi terus kepada owner. Duit tu bank akan bagi kepada lawyer.

Jadi lawyer akan transfer RM180,000 kepada owner (setelah tolak 10% deposit), dan baki RM45,000 kepada anda.

Tetapi, mesti la ada persetujuan daripada kedua-dua pihak dan kena inform dengan lawyer.

“Bank bagi ke buat macam tu?”

Bank memang tak bagi, jangan la anda pergi bagitahu pihak bank yang anda nak buat markup loan, memang la kena reject sebab bank akan cuba bagi serendah yang mungkin. Kita pulak nak setinggi yang mungkin.

“Habis tu, tak perlu bayar deposit la?”

Yang itu boleh nego dengan owner. Tapi selalunya owner memang akan mintak deposit 10%. Semua orang nak duit. Kalau anda dapat deal dengan owner untuk zero deposit memang rezeki anda cukup baik.

Kalau anda buat markup loan, bermakna anda boleh dapatkan balik duit anda yang digunakan untuk deposit rumah tu. Lepas tu boleh la guna duit tu untuk pergi haji ke, vacation ke, renovate ke, sebab rumah pun dah dapat.

Kesimpulan

Untuk buat markup loan ni tak senang. Anda perlu dapatkan peguam yang mahir dengan markup loan ni. Tak pun, cari ejen yang mahir. Paling penting kena cari rumah yang dijual pada harga jauh di bawah harga market.

BACA LAGI: Sebab Bank Reject Loan Anda

Pada anda yang nak beli rumah atau semak harga rumah bolehlah ke sini: Khidmat Membeli Rumah, nanti kami tengokkan.