Kali ni kita ada satu lagi perkongsian daripada sahabat KakiProperty. Apa yang menarik kali ni adalah sahabat yang seorang ni beli kereta, rumah dan kahwin dengan ASB.

Ha, kalau sebelum ni anda dengar atau ada baca kebanyakan yang guna ASB ambil masa selama 5 tahun, tapi dia ni hanya 3 tahun dan boleh dapatkan sebuah kereta, rumah dan juga kahwin.

Fuh, macam mana tu dia boleh dapatkan modal untuk beli kereta, rumah dan kahwin dengan ASB dalam masa 3 tahun.

Beli Kereta, Rumah dan Kahwin dengan ASB

Sahabat kita pada waktu tu baru sahaja habis belajar dan baru dapat kerja dengan gaji RM2000 lebih sikit. Pasangan dia pun gaji lebih kurang ja.

Masing-masing berpakat nak kahwin dalam masa 3 tahun dan terus beli rumah dan kereta. Kenderaan mereka waktu hanya la motorsikal dan juga komuter.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Masa dia belajar dulu dia banyak pergi kursus-kursus kewangan, jadi dia tahu banyak jugak selok belok ASB ni.

Dia pun buat ASB Financing sebanyak RM200,000 dengan bayaran bulanan RM1,100 sebulan. Baki gaji masih ada seribu lebih, cukup untuk hidup bujang.

Pasangannya pun mengikut jejak langkah dia, sama-sama buat ASB Financing RM200,000.

pelaburan asb financing

Kenapa mereka nak buat ASB, kenapa tak simpan je RM1,100 tu?

Kalau dia simpan sendiri dalam RM1,100 sebulan, 3 tahun dia hanya dapat RM 39,600. Campur dengan pasangan dia akan dapat RM79,200. Banyak? Tunggu dulu.

Dengan pelaburan ASB pula, selepas 3 tahun dia terminate ASB financing tu dia dapat lebih kurang RM52,000 (dividen + baki financing). Dicampur dengan pasangannya dah jadi RM104,000.

Kan lebih untung mereka guna ASB financing. Lagi satu dengan financing ni lebih berdisiplin sebab kena bayar kepada bank daripada simpan sendiri.

Berbekalkan duit itu la mereka berkahwin dengan modal RM20,000. Kemudian deposit kereta RM10,000. Bayar lebih katanya sebab nak kurangkan bayar bulanan.

Akhir sekali yang semua orang nak adalah rumah. Mereka gunakan RM50,000 untuk deposit rumah berserta kos guaman.

Baki yang lain digunakan untuk renovate rumah dan disimpan untuk waktu kecemasan.

Sekarang ni mereka masih lagi buat ASB financing cuma tak banyak disebabkan komitmen bulanan. Tapi sekurang-kurang mereka dapat menggandakan wang mereka.

Di sini bukan nak promote ASB ye, tapi sekadar nak berkongsi macam mana sahabat yang lain boleh kumpul duit untuk dijadikan deposit rumah. Cuma dengan ASB ni anda perlu bersabar, tetapi hasilnya sangat berbaloi.

BACA LAGI: Beli rumah tanpa deposit

Anda ada bajet tersendiri dan jenis rumah yang anda ingini?

Inginkan lokasi yang sesuai dan sebagainya, bolehlahlah ke sini: Beli Rumah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.