Pernyataan ‘’kalau bayar cepat loan rumah, mesti cepat habis’’ tidak seratus peratus BETUL! Ada situasi di mana pernyataan ini adalah salah.

Mesti korang tertanya-tanya bayar habis cepat, pon kena denda? Biar betul! Walau pada mulanya pernyataan ni korang rasa agak pelik dan sukar difahami, sis akan terangkan tentang perkara ini kepada korang.

Bank-bank di Malaysia akan menawarkan pelbagai kadar faedah untuk menarik minat target pelanggan mereka, korang mungkin seronok jika berjaya ditawarkan oleh pihak bank dengan kadar faedah yang rendah, tetapi korang kena ‘alert’ tentang syarat-syarat dan terma dokumen pinjaman perumahan korang.

Baca Perbezaan Loan Konvensional dan Loan Islamic. Kebanyakan pihak peminjam langsung tidak pernah mengambil tahu, tapi perkara ini merupakan salah satu perkara penting untuk dititikberatkan sebelum membuat pinjaman perumahan.

‘Lock-in-period’ adalah satu istilah yang digunakan oleh pihak bank kepada pihak peminjam supaya pinjaman perumahan dibayar mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak bank.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Tempoh ‘lock-in-period’ bergantung kepada pihak bank mengikut syarat dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank. Jika korang sebagai pihak peminjam bertindak membayar pinjaman perumahan korang lebih awal dari  masa yang ditetapkan oleh pihak bank, korang mungkin akan dikenakan tindakan penalti atau denda oleh pihak bank sebelum korang boleh menebus rumah yang dibeli!

Penalti yang dikenakan biasanya dikira dalam bentuk peratus daripada jumlah pinjaman perumahan atau mana-mana jumlah yang ditetapkan oleh pihak bank bergantung kepada pakej dan dokumen perjanjan perumahan.

Kenapa bank wujudkan ‘lock-in-period’ ni?

Bank mempunyai keuntungan minima yang perlu dicapai apabila menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar faedah rendah.

Bagi menampung kos pinjaman perumahan yang ditawarkan, bank menggunakan mekanisme ini sebagai salah satu cara memastikan mereka masih mendapat kos keuntungan yang masih minima.

Saya baru semak, memang pinjaman perumahan saya ada ‘lock-in-period’, macam mana ni?

Jangan panik! Tidak ada kesalahan jika pinjaman perumahan korang mempunyai ‘lock-in-period’ ini, ini semua bergantung kepada matlamat pinjaman perumahan korang, jika korang tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melunaskan pinjaman perumahan korang awal.

Bagi pelabur hartanah, jika nilai kenaikan hartanah masih boleh menampung penalti yang akan dibayar, perkara ini tidak menjadi sebarang masalah atau korang terpaksa menunggu sehingga tempoh ‘lock-in-period’ ini tamat sebelum melunaskan pinjaman perumahan korang.

Sebab tu pentingnya matlamat dalam pembelian mana-mana rumah supaya korang faham tentang pembelian rumah dan membuat tindakan dan pilihan yang betul. Baca Bahaya Beli Rumah Sebelum Ada 4 Asas Ini!

Banyak ilmu dan perkara yang perlu dipelajari sebelum membuat pembelian rumah yang pertama ni! Dengan usaha, sis yakin korang pasti berjaya!