Bayaran ansuran bulanan rumah yang tinggi setiap bulan membuatkan kebanyakan generasi muda tidak dapat menampung kemampuan komitmen kewangan bagi pemilikan rumah kerana pendapatan bulanan yang masih lagi rendah atau sederhana.

Perkara ini sering menjadi isu dan faktor sebilangan generasi muda bertindak untuk melengahkan lagi pembelian rumah pertama mereka.

Gambar: Maybank.com

Pelbagai skim dan bantuan tidak kira dari kerajaan atau swasta telah cuba diusahakan untuk membantu pemilikan rumah bagi generasi muda tanpa terlalu membebankan mereka.

Baru- baru ini, pihak Maybank telah melancarkan lagi satu skim pinjaman bagi membantu pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda iaitu skim pinjaman  Maybank Maxihome Ezy.

Skim ini menawarkan jumlah sebanyak RM 10 billion untuk program ini. Berita lanjut mengenai jumlah RM 10 billion yang diperuntukkan boleh di baca di SINI. Jumlah ini merupakan jumlah yang besar dan membuka peluang yang besar kepada generasi muda.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Apa itu Maybank Maxihome Ezy?

Maybank Maxihome ini telah digambarkan oleh pihak Maybank sebagai satu skim pinjaman yang boleh membantu generasi muda memiliki rumah sendiri seperti membeli teh tarik di mana penggunaan skim pinjaman ini dapat membuatkan korang ‘tarik’ lebih banyak aliran tunai yang boleh digunakan untuk kos pemindahan dan juga ubah suai.

Bagaimana Maybank MaxiHome Ezy ini berbeza dari skim pinjaman rumah yang lain?

Kebanyakan generasi muda seperti korang yang baru sahaja dalam fasa baru melangkah ke alam pekerjaan mempunyai masalah dan isu tentang ansuran bulanan rumah dan skim pinjaman ini berbeza dari skim pinjaman lain kerana menawarkan ansuran bulanan rumah yang lebih rendah bagi lima tahun pertama pembiayaan.

Pembayaran penuh ansuran bulanan hanya akan bermula pada tahun keenam.  Dengan ini, korang sebagai generasi muda akan mempunyai lebih aliran tunai dan kurang rasa terbeban.

Apakah jenis pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank Maybank?

Pinjaman ditawarkan adalah pinjaman islamik dan konvesional. Jadi korang mempunyai pilihan untuk memilih pinjaman untuk diri anda mengikut pilihan anda.

Pinjaman ini juga menawarkan pembayaran secara fleksibel dan juga direka unik untuk membolehkan pembeli membuat pembayaran tambahan pinjaman dan mengurangkan bayaran tambahan itu tanpa sebarang penalti.

Kelebihan penggunaan skim pinjaman ini

  • Bayaran ansuran bulanan lebih rendah untuk lima tahun pertama

Ansuran bulanan yang lebih rendah akan memberi lebih aliran tunai kepada generasi muda dan jika dimanfaatkan dengan betul, dapat memberi kestabilan kewangan yang betul dengan pengurusan kewangan yang betul.

  • Bayaran yang fleksibel

Bayaran yang fleksibel bagi pinjaman ini, ini bermaksud korang boleh bayar lebih dari ansuran bulanan untuk mengurangkan faedah dari bank dan yang paling BEST, korang boleh keluarkan balik lebihan bayaran ansuran bulanan yang dibayar jika korang memerlukan tunai untuk digunakan.

  • Tiada penalti dikenakan

Tiada penalti akan dikenakan jika korang buat pembayaran lebih dan juga kalau korang keluarkan semula lebihan duit yang telah dibayar.

Bagi pendapat sis, skim pinjaman perumahan ini sangat sesuai dimanfaatkan jika korang pandai mengurus kewangan korang dan adalah salah satu usaha yang baik untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda . Ini bukanlah ‘paid review’ dari pihak Maybank dan sis hanya nak kongsi pilihan pinjaman yang lebih inovatif dan fleksibel untuk korang tau! Untuk maklumat lebih lanjut mengenai skim ini, korang boleh layari sendiri laman web Maybank untuk maklumat lebih lanjut dan permohonan di SINI.

Nak beli rumah? Klik SINI