Berita Hartanah

Bank Negara Memberikan Amaran Mengenai Pasaran Hartanah

Pasaran hartanah malaysia kini disifatkan oleh Bank Negara sebagai sedang berhadapan dengan masalah ketidakseimbangan dari segi bekalan dan permintaan. Terdapat banyak lambakan rumah yang masih gagal untuk dijual termasuk beberapa ruang komersil yang masih kosong tidak berpenghuni. Bank Negara memberikan amaran mengenai pasaran hartanah terkini.

Bank Negara Memberikan Amaran Mengenai Pasaran Hartanah

Bank Negara Memberikan Amaran Mengenai Pasaran Hartanah

Dalam buletin suku tahunan Bank Negara yang diterbitkan pada tahun lepas pada bulan November, masalah kekurangan bekalan bahi rumah mampu bilik turut dibangkitkan.

Keadaan ini akan bertambah buruk jika trend bekalan dan permintaan ini tidak berubah dalam masa terdekat ini. Terutamanya Johor, sebuah negeri utama yang bakal berhadapan dengan ketidakseimbangan pasaran hartanah yang terbesar.

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

Menurut bank negara sudah tiba masanya untuk tindakan dari semua pihak untuk memastikan masalah ini berjaya untuk ditangani kerana ia mampu memberikan kesan negatif kepada mikroekonomi dan kestabilan kewangan negara.

Bukan itu sahaja, malah sehingga kini jumlah unit kediaman yang tidak terjual hari ini sedang berada pada kadar tertinggi berpunca daripada projek perumahan baru yang tidak selaras berbaning apa yang mampu dibayar oleh isi rumah.

Untuk suku pertama tahun ini sahaja, sejumlah 130,690 unit kediaman yang tidak terjual berjaya direkodkan. Ia hampir mencecah dua kali ganda purata unit yang tidak terjual antara 2004 hingga 2016, iaitu 72,239 unit.

 

Leave a Reply