Bandar Sri Permaisuri merupakan sebuah bandar di Cheras, Kuala Lumpur. Ia terletak berdekatan dengan Bandar Tun Razak dan Salak South. Pada tahun 2000, bandar ini mula dibuka kepada kediaman perumahan, dengan hartanah majornya adalah apartment dan kondominium.

Hasil usaha sama antara PPC Glomac Sdn Bhd dan Kuala Lumpur City Hall, Bandar Sri Permaisuri bermula dengan keluasan 220 ekar sebelum ia sepenuhnya dibangunkan menjadi perbandaran yang bersepadu, komersial dan perbandaran rekreasi. Penduduk di sini dianggarkan sekitar 70 ribu penduduk.

Lokasi Bandar Sri Permaisuri

KakiReview: Bandar Seri Permaisuri

Kawasan bandar baru ini menjadi lokasi yang strategik untuk didiami kerana ia terletak di bahagian selatan pusat bandar Kuala Lumpur dan ianya juga berada di dalam kawasan pembangunan Koridor Raya Multimedia(MSC). Taman Tasik Permaisuri adalah salah satu tarikan utama untuk jogger dan runner di perbandaran ini.

Bandar ini menjanjikan infrastruktur dan kemudahan yang bersifat sibernetik, disamping mengekalkan lebih 40 ekar kawasan hijau dan taman rekreasi.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Antara kediaman yang ada di kawasan ini adalah Pangsapuri Cemara, Kondominium Bayu Tasik, Kondominium Bayu Tasik 2, Kondominium Cengal, Villa Laman Tasik, Pangsapuri Cendana dan Pangsapuri Sri Penara.

Akses Lebuhraya dan Pengangkutan Awam

Penduduk perbandaran ini dapat keluar dan masuk dari bandar secara mudah dengan beberapa pilihan, daripada menggunakan lebuhraya kepada kemudahan pengangkutan awam.

Sumber: mrt.com.my

Sebagai contoh RapidKL LRT melalui Stesen LRT Salak Selatan(PH3) atau Stesen KTM Komuter Salak Selatan. Selain itu, Bas RapidKL(U44) – Stesen Monorel Bukit Bintang – Bandar Sri Permaisuri – Stesen Monorel Bukit Bintang.

Untuk lebuhraya pula, penduduk di sini boleh menggunakan akses lebuhraya melalui East–West Link Expressway, Sungai Besi Expressway (BESRAYA), Kuala Lumpur–Seremban Expressway,  Kuala Lumpur-Putrajaya Highway, Maju Expressway dan Middle Ring Road II (MRRII).

Kemudahan

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri
  • Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tasik
  • Sekolah Kebangsaan Seri Tasik

Bank

  • Maybank Cawangan Bandar Sri Permaisuri, No. 59, 59-1 & 59-2, Jalan Sri Permaisuri 8
  • Easy-RHB Bandar Sri Permasuri, No. 51, Jalan Dwitasik 1
  • Agro Bank Cawangan Cheras, No. 65G & 65-1, Jalan Dwitasik 1
  • Bank Simpanan Nasional Cawangan Bandar Sri Permaisuri, No. 73G & 73-1, Jalan Dwitasik 1

Rumah Ibadah

Sumber: mahaguru58.blogspot.com

  • Masjid An-Najihin
  • Surau Al Hidayah, Pangsapuri Cemara
  • Surau Al Amin, Pangsapuri Sri Penara

Sumber: Wikipedia