Kalau cerita pasal dekorasi atau hiasan, selalu kita cerita pasal rumah orang dah berkeluarga. Kalau bujang jarang sekali. Kalau ada pun rumah orang perempuan. Biasanya rumah lelaki ni orang kata sepah. Tak terurus. Kalau terurus pun sangat simple. Yang ada tilam, bantal, sekeping pinggan dan sebiji cawan. Dah. Setel!

Tapi untuk Bro Ben Firdaus Azraai ni, rumah bujang bukan bermakna kena simple tak hidup dan tak bermaya. Beliau hiaskan rumah nya jadi cantik dan menarik.

Jom tengok!!


 

 Tips Bro Firdaus Untuk Deko Rumah

1st time nak reveal umah sendiri. I mean rumah sewa. Jangan sebab rumah sewa alasan untuk tak nak rumah cantik. Nak tunggu rumah sendiri memang lambat lagi.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Tips how to decorate ur house:

1. Jangan takut to explore

2. Always refer to your designer friend kalau boleh

3. Tak semestinye korang full blast beli semua baru melainkan korang betul betul dpt bonus raya then gigih korang sakan shopping

4. Beli bermula dengan kemampuan, tak mampu beli set meja makan beli kerusi dulu . Dalam kes aku, aku beli kaki ikea satu rm30 dan kemudian pergi hardware or dptkan memana pintu terpakai jadikan top. Kalau meja tu x rata korang mayb perlukan glass untuk top meja

5. Rak rak lama yg korang rasa menyampah tengok dan hampir di campak ke laut cuba repaint, paling selamat cat hitam sebab dapat sorokkan segala keburukan yg ada

6. Tak perlu beli lampu fancy mancy kat kedai beribu ringgit. Aku beli lampu meja ikea RM60 seketul pastu aku jadikan lampu gantung. Mentol beli je hardware baru berapa ringgit

7. Kerusi meja makan tak semestinya sedondon. Nak beli sama mcm mahal kan. Kalau campur pun rare gak. Baru hipster. Tapi kerusi aku sedondon sebab ni kerusi recycle event aku so tak de cost dah hahahah

8. Nak lembutkan suasana rumah, fresh flowers mmg terbaik la. Selain bunga plastik yg menyusahkan korang ntuk cuci dari habuk ape kata korang tebang or cantas skit ranting dan dedaun kat depan umah korang. Letak dalam pasu isi air. Boleh la bertahan dalam seminggu. Bende hidup ni boleh buat rumah lebih segar

So jangan takot nak cantikkan rumah walaupun tu sekadar rumah sewa. Tak kan korang nak balik kerje or kelas tengok rumah korang sedih je. At least kalau rumah cantik korang nak balik pun ada semangat dan nak memulakan hari esok pun masih bertenaga. Anyway ada banyak cara ntuk korang cantikkan umah. Ni adalah antaranya. Lain org lain kemampuan. Sikit sikit lama lama jadi bukit 😋😋.

Ini rumah sewa aku.kebanyakkan barang recycle dan beli bende baru pun ikot kemampuan. Hampir 5 bulan jugak lepas pindah baru boleh complete.


 

Cantik kan rumah Bro Firdaus ni!! Sebenarnya tak susah pun dan bukan nya perlukan keluar duit sekali banyak. Tambah sikit-sikit dan susun cantik-cantik ikut kreativiti. InsyaAllah cantik!!

Cuba lah!