KakiReview

Ascott Star KLCC : Permata Terbaru Kuala Lumpur

Ascott Star KLCC : Permata Terbaru Kuala Lumpur

Beberapa hari lepas kami dapat email jemputan untuk hadiri majlis pelancaran sebuah projek baru di tengah ibu kota Kuala Lumpur tercinta. Jadi semalam kami pun menunaikan lah janji untuk hadir ke majlis perasmian tersebut. Dia kata dekat dengan KLCC. Kadang-kadang developer ni poyo je kata kat kawasan tu tapi sebenarnya jauh, but this one memang dalam jarak jalan kaki ke KLCC.

OK. Cut it short. Nama development ni adalah Ascott Star KLCC. Macam biasa degar ASCOTT ni kan? (nanti kita cerita lanjut). Kami pun sampai ke Show Room dia yang super awesome dan cantik.

Projek ni di bangunkan oleh pemajunya Apline Return Sdn Bhd dan di kelolakan oleh The Ascott Ltd. Kita biasa dengar Ascott ni kan? Kalau perasan Ascott ni adalah hotel-apartment mewah yang ada di KL, Kuching dan Putrajaya. Dan menurut Regional Manager nya, En Erwin, mereka juga sedang meneroka pasaran di Melaka dan beberapa negeri lain! Nak tahu lebih lanjut pasal ASCOTT ni boleh ke website nya the-ascott.com

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

ASCOTT Star KLCC ni adalah permata terbaru di Kuala Lumpur. Ia nya mengkhususkan kepada kehidupan dan gaya hidup yang mewah. Pembangunan dalam Star City yang ada nya ASCOTT Star ni ada 3 blok bangunan. Dan buat setakat ni blok 1 dan 2 DAH HABIS TERJUAL!! Bayangkan dalam suasana ekonomi yang agak suram, ramai yang membeli projek ni.

Konsep Ascott Star ni adalah “service apartment” yang mewah.   Yang Tower 3 ni lah Ascott Star. Ascott Star ada 471 unit apartment dari size 700 sqft ke size 2972 sqft. Ada yang datang dari size 1 bilik ke 4 bilik.

Ascott Star ni ada roof-top skypark yang bileh nampak pemandangan Kuala Lumpur dan ada infinity pool seluas 25m, gymnasium, sky lounge dan skybar. Selain tu siapa yang tinggal di ASCOTT ni boleh ke Star Boulevard yang akan menjadi pusat tumpuan pelancong. Star Boulevard ni nanti selain mempunyai tempat hiburan dan restoran, ia akan ada juga Star Walk Of Fame? Apa tu Star Walk of Fame? Pernah nampak kan dalam TV di Hollywood ada tapak tangan artis tu. Haa, macam tu lah nak dibuat di ASCOTT. Salah seorang yang ada tapak tangan nya adalah Dato Jimmy Choo, pereka kasut antarabangsa terkenal selain daripada ramai lagi artis antarabangsa yang lain.

Pada hari semalam kami dijemput untuk ke perasmian ASCOTT ni di Sales Gallery nya di Jalan Yap Kwan Seng. Waktu ni kami agak skeptikal boleh ke di jual projek ni. Ada ke permintaan. Memandangkan suasana ekonomi agak suram dan ramai pula penyewa expatriate yang sudah keluar meninggalkan Kuala Lumpur.

Ternyata telahan kami salah.

En Erwin Yeo, Regional Manager Ascott Singapore & Malaysia

Menurut En Erwin, ASCOTT menyasarkan penyewa korporat dan profesional dari dalam negara dan pastinya dari luar negara. Mereka ini adalah profesional yang datang berkerja di Malaysia dalam tempoh yang lama dari beberapa minggu hingga beberapa tahun. Golongan seperti ini, adalah mereka yang berprofil tinggi dan kebanyakan mereka diberi penempatan yang premium oleh syarikat mereka. Jadi menurut En Erwin, ASCOTT pasti akan mendapat sambutan yang hangat.

En Alan Koh, COO Alpine Return Sdn Bhd.

Menurut En Alan Koh , COO Alpine Return Sdn Bhd pula, beliau menyatakan yang projek ini dah pun mendapat sambutan hangat. Bayangkan blok 1 dan 2 dah habis dijual. Menurut En Alan, pembeli blok 1 Star City, 60% adalah dari pembeli luar negara manakala baki nya adalah rakyat Malaysia. Dan di blok 2 pembeli nya hampir sama rata dari luar negara dan dalam negara. Ini kerana pembeli luar negara yakin dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan juga mengambil peluang pada nilai mata wang Malaysia yang rendah.

Tahukah anda yang Ascott Star ni bermula pada harga RM 1.6juta? Nampak mahal kan? Tapi sebenarnya considering harga di tengah KL dan berdekatan KLCC itu adalah harga yang sangat reasonable!!

Tambahan lagi dari sudut pelaburan, projek ni sangat lazat menggugat jiwa. Katalah pembeli dari Singapura, nilai RM 1.6juta hanyalah dalam SGD 500K sahaja!! Kalau pembeli dari Amerika Syarikat , ia nya hanya USD 380K sahaja!!

Dan lagi pula nilai sewaan apartment dan kondo di KLCC bukan murah. Kebanyakan nya sewa RM 10,000 ke atas!

terkejtu den tengok haa

Jom sambil tu kita tengok gambar yang kami ambil sepanjang majlis ini.

 

Melihatkan development nya yang awesome, ada pembaca kami yang berminat dan mampu memiliki boleh lah ke Sales Gallery nya. Kami yakin anda pasti puas hati.

Kami dari Kakiproperty tak sabar melihat projek ini menjadi kenyataan. Goodluck Ascott Star!!

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply