KakiReview

KakiReview : Apartment FREEHOLD di Sentul, Kuala Lumpur.

Apartment FREEHOLD di Sentul, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tahun 2017 ni banyak orang mengatakan yang ia nya adalah buyers market.. Jadi banyak offer menarik yang keluar. Tak kira lah dalam apa pasaran. Jadi saya nak cerita tentang satu offer yang awesome di Sentul.

Sebenarnya saya terkejut yang ramai tak familiar dengan area Sentul ni, jadi mari kita lihat dulu Sentul ni di mana.

Sentul – Bandar Peluang di Kuala Lumpur

Ramai yang saya bertanya tak berapa familiar area Sentul ni, tapi kalau tengok bangunan dengan design yang pelik ini, pasti semua kenal .

Sentul terletak ke utara KLCC dan hanya 10 km sahaja dari KLCC. Ianya bersempadan dengan perbandaran lain iaitu Segambut, Setapak dan Gombak. Ia nya dihubungkan dengan jaringan lebuhraya seperti DUKE highway , Mahameru highway dan juga jalan utama seperti Jalan Pahang, Jalan Kepong, Jalan Genting Klang dan Jalan Ipoh.

Selain itu ia nya dihubungkan dengan jaringan LRT dan KTM. Boleh dikatakan Sentul ini kawasan yang amat strategik dari segi jaringan perhubungan dan pengangkutan.

Boleh lihat peta kawasan Sentul di sini :

Sentul, Kuala Lumpur

SentulPoint – Satu Project Awesome Dari UOA GROUP

Ok. Projek yang saya cerita ni nama nya adalah SentulPoint. SentulPoint di bangunkan oleh UOA Group satu nama yang tak asing lagi dalam dunia hartanah ni. Antara projek UOA yang terkenal adalah Bangsar South dan pembangunan sekitarnya. Jadi ini adalah satu projek yang best dari pemaju yang kuat. Dah tak perlu risau tentang kreadibiliti pemaju.

Projek ni terletak di Jalan Sentul Pasar. Nanti kita cerita lebih lanjut tentang lokasi. SentulPoint menawarkan apartment suite yang bersaiz sederhana dari 700sqft ke 1000 sqft bertaraf FREEHOLD pada harga yang menarik. Dan kalau ikut lokasi pun sangat bagus.

Location

Ok. Kita tengok peta google dulu.

Project nya yang sebenarnya adalah seberang jalan dari Sales Gallery ni. SentulPoint ini terletak di Jalan Sentul Pasar. Dari Sentul Point ke KLCC hanya lah 9km, manakala ke PWTC pula hanya lah 5.4 km sahaja!! Senang kata strategik lah location nya.

Konsep Pembinaan dan Layout

Sentul Point merupakan projek FREEHOLD dan terletak di Jalan Sentul Pasar. Sentul Point ini dibina sebagai suite apartment. Size nya bermula dari 700 kps hingga 1001 kps. Saiz 700++ kps datang dengan 2 bilik dan saiz 850 kps ke atas datang dengan 3 bilik.

Di apartment ini , sebenarnya banyak kemudahan yang diberikan oleh pemaju. Antaranya adalah :

  • Library –(wooo, best ni)
  • Kolam renang
  • Taman
  • Taman permainan
  • Maze Garden
  • BBQ pit
  • Deck Yoga
  • Indoor Gym (hit the iron hard, bro!)
  • Surau

Dan banyak lagi lah. Plus, oleh kerana ini adalah Suite Apartment, tingkat bawah nya adalah kedai-kedai dan restoran, jadi tak perlu lah risau kalau malas nak keluar cari barang ke. Turun bawah je dah jumpa kedai.

Harga , Diskaun dan Booking.

Harga Sentul Point bermula dari RM 380K. Not bad bagi sebuah apartment FREEHOLD di Bandar Kuala Lumpur. Ada apartment yang sudah jauh dari Kuala Lumpur dengan kedudukan yang tak berapa strategik pun sudah bermula pada RM400k.

Tapi jangan risau, selain dari itu banyak lagi offer di beri oleh pemaju seperti diskaun dan lain-lain. (nak tau kena lah ngopi.Nak cerita sini P&C sebenarnya). Selain dari tu pemaju hanya kenakan booking RM5000 sahaja untuk memiliki rumah ni. Cerita panjang, nanti kita sambung bila berjumpa ya!

Kenapa Anda Patut Pilih SentulPoint??

Nak bagi banyak sangat, tak habis cerita. Kita cerita yang bagi saya few of the best reason lah.

1. FREEHOLD

Bukan senang dah nak cari apartment bertaraf condo yang datang dengan title FREEHOLD di dalam Kuala Lumpur pada harga yang masih di kira berbaloi dan mampu di miliki!

2. Lokasi Strategik

Terletak di Sentul yang dalam Bandar KL dan hanya 9km je dari KLCC. Semua tahu, makin dekat dengan Pusat Bandar, harga semakin mahal, tetapi Sentul Point bermula dengan harga yang masih lagi OK. Selain dari KLCC ia juga mudah nak ke tempat penting yang lain seperti Hospital Kuala Lumpur dan PWTC.

3. Perhubungan dan Pengangkutan

Sentul Point di hubungkan dengan DUKE dan lebuhraya Mahameru. Selain itu kalau nak ke Setapak, Jalan Pahang dan Jalan Genting Kelang boleh digunakan. Selain dari itu stesen LRT juga tak jauh iaitu stesen Sentul Timur dan Sentul Star. KTM pula yang terdekat adalah KTM Batu Kentonmen dan LRT Kampung Batu

4. Harga yang masih AFFORDABLE

Untuk sebuah suite apartment, FREEHOLD dan disertakan dengan pelbagai kemudahan serta terletak di lokasi yang bagus, harga yang bermula dengan RM380k adalah harga yang affordable.

5. Sesuai Untuk Duduk Sendiri atau Investment

Bercakap pasal harga sebelum ini, kita boleh lah cerita sedikit tentang tujuan pembelian. Kalau anda beli untuk duduk sendiri, ini dah cukup bagus. Ia nya FREEHOLD. Size nya pun OK dah.

Katalah anda adalah pasangan muda baru berkahwin, ada anak seorang atau dua orang yang masih kecil, dan anda berkerja di KLCC atau sekitarnya, anda beli apartment ni. Selepas beberapa tahun, anda ada rezeki dapat anak lebih ramai dan mahu cari rumah lebih besar (cari saya nanti!) , anda boleh jual kan rumah ini.

Dengan harga RM 380k, ruang untuk harga nya naik masih ada. Jadi ia nya bagus untuk anda beli dan selepas beberapa tahun anda jual semula!

 

Kesimpulan

Mengikut pendapat saya, SentulPoint ini adalah salah satu projek yang anda perlu pertimbangkan. Mahu mencari apartment FREEHOLD dengan segala kemudahan dan di lokasi yang bagus pada harga yang affordable, adalah sesuatu yang jarang boleh kita jumpa pada waktu sekarang. Lagi pula ia nya sesuai untuk anda sama ada untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan!

Jadi, why not anda daftar info di bawah. Nanti kami boleh tunjukkan project ni dekat anda. Boleh lah kenal-kenal juga nanti.

 

Berminat?

Boleh lah isi maklumat di bawah. Pihak kami akan menghubungi anda nanti.

[wpgform id=’2114′]

Join The Discussion