Margin dalam pinjaman perumahan atau biasa disebut secara mudahnye bermaksud berapa banyak peratusan wang yang anda boleh pinjam dari bank.

Margin ini kebiasaannya dibandingkan secara peratus daripada jumlah pinjaman yang korang buat. Sebagai contoh, jika Bank A memberi ada margin perumahan sebanyak 90% bagi rumah yang bernilai RM 100 000, anda hanya akan mendapat RM 90 000 pinjaman dari bank.

Kepentingan margin dalam pinjaman perumahan

Apa pentingnya untuk korang survey dan tahu pasal margin pinjaman perumahan ni?

Margin perumahan ini akan menentukan berapa banyak kos yang perlu dikeluarkan oleh korang untuk membayar harga rumah korang.

Sebagai contoh mudah, jika korang membeli harga rumah berharga RM 100 000 dan dengan margin 90% korang perlukan 10% lagi iaitu sebanyak RM 10 000 untuk membayar pinjaman rumah korang.

Jadi pastikan korang ‘alert’ dengan margin yang ditawarkan supaya korang dapat membuat bajet yang sesuai dengan kemampuan kewangan korang tau!

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Faktor yang mempengaruhi margin pinjaman perumahan

Menurut bacaan sis di artikel dari loan street  di sini, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi sesuatu margin pinjaman perumahan.

Dalam kupasan artikel ini, sis akan lebih fokus kepada pinjaman hartanah kediaman yang melibatkan kebanyakan pembeli rumah di Malaysia.

1.Pinjaman hartanah kediaman

Kebiasaannya untuk pembelian rumah pertama dan kedua, kebanyakan bank menawarkan margin pinjaman sebanyak 90%  dan rumah yang ketiga adalah sebanyak 70%.

Selain itu, bank-bank juga akan  mengehadkan margin pinjaman perumahan untuk jenis-jenis permohonan pinjaman rumah berikut berdasarkan polisi kredit dalaman mereka:

  1. Pembelian untuk pelaburan
  2. Lebih daripada 1 pinjaman perumahan yang sedia ada
  3. Tanah untuk rumah yang dibina khas
  4. Projek pemaju yang telah dikenali memberi diskaun kepada pelanggan.

Ada tak bank yang tawarkan margin 100%? Saya tak payah guna modal langsung la kan?

Buat masa ini,margin pinjaman perumahan sebanyak 100% ada ditawarkan oleh beberapa buah bank dengan syarat dan kelayakan yang tertentu tapi sis nak INGATKAN bahawa 100% margin pinjaman BUKAN  bermaksud anda dapat membeli rumah TANPA MODAL, korang sebagai pembeli harus mengeluarkan juga anggaran 10%-15% jumlah dari pinjaman perumahan untuk kos seperti ‘booking fees’, bayaran guaman dan ‘downpayment’ untuk deposit rumah.

Macam mana korang nak buat perbandingan awal margin perumahan ni?

Sis nak ingatkan peratus margin ini adalah bergantung kepada kelayakan dan juga keadaan kewangan korang yang mana bank akan nilai, tapi secara kasarnya untuk membuat anggaran margin dan juga bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan korang, sis cadangkan korang layari link ini di laman web ‘loanstreet’ untuk perbandingan dan anggaran margin maksimum yang diperolehi.

Selain itu, berita baik lagi, kadar kelulusan untuk pinjaman perumahan juga semakin meningkat dan korang boleh rujuk untuk lebih info lagi di sini.

Seronok kan dah tahu serba sedikit pasal margin pinjaman perumahan ini, lagi banyak ilmu yang diperoleh pasal pembelian rumah ini, korang selangkah jauh dari pembelian rumah yang akan merugikan. Buatlah pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kewangan korang! Good luck!